Hari ini, genap sembilan tahun emak meninggalkan aku dan adik beradik. Sayu rasa hati bila mengingat kembali apa yang berlaku pada sembilan tahun yang lalu.
Segala-galanya masih segar dalam ingatan, bermula daripada masa kakak mengkhabarkan berita buruk ini kepadaku sehinggalah kepada upacara pengkebumian. Seolah-olah baru semalam perkara ini terjadi.
Pertama kali dalam hidup, aku menangis sepanjang hari sehingga mata membengkak. Terasa seolah-olah hidup aku sudah tiada makna disebabkan kehilangan emak. Dalam hati tertanya-tanya, adakah aku sahaja yang berperasaan begitu? Aku tidak tahu. Yang ku tahu, ada seseorang yang ingin aku selami isi hatinya - abah.
Dalam kesedihan, aku sempat memerhatikan abah semasa jasad emak belum dikebumikan. Ingin juga aku ketahui apakah perasaannya bila emak sudah tiada. Seperti biasa, abah tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya termenung memerhatikan jasad emak. Namun semakin diperhatikan, aku mula menyedari bahawa renungan matanya menunjukkan dia dalam kesedihan. Tidak semena-mena hatiku bertambah sayu. Mungkinkah abah sebenarnya masih menyayangi emak? Mungkinkah abah juga merasa kehilangan? Entahlah.
Tiada jawapan yang aku temui. Namun, empat hari kemudian, belumpun reda rasa sedih kehilangan emak, sekali lagi kami adik beradik mendapat berita buruk. Abah ditimpa kemalangan. Kalau tidak silap aku, abah dilanggar sebuah motorsikal. Pada 24 Februari 2001 iaitu setelah empat hari bertarung nyawa, akhirnya abah juga pergi menyahut seruan Ilahi.
Kalau tidak kerana emak baru sahaja pergi, aku tidak merasakan yang aku akan berasa sedih dengan pemergian abah. Kesedihan ditambah lagi dengan kata-kata seorang jiran yang begitu menyayat hati. Katanya mungkin emak dan abah pernah berjanji untuk sehidup semati...walaupun mereka tidak dapat hidup bahagia bersama di dunia, tetapi mereka mati dalam jarak waktu yang begitu hampir. Dia turut mendoakan agar mereka dapat bersatu di akhirat kelak...
Akhirnya emak dan abah disemadikan bersama-sama - jasad abah dikebumikan bersebelahan dengan kubur emak. Sebagaimana yang dikatakan jiran tersebut, aku juga mengharapkan agar mereka benar-benar dapat bersatu di akhirat kelak.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

10 comments:
Sabarlah...
pastinya kenangan masih basah dalam ingatan. Kirimankan doa pada ayahanda dan bonda yang menanti di sempadan akhirat.
Saya mengerti akan isi hati Mak ET. Ayahanda saya yang tercinta juga baru sahaja pergi pada Ogos lepas.
Semoga tabah sentiasa.
sabar byk2 ye..al-fatihah 4 arwah parent awk...
AttOkz & ShaFril: Terima kasih...
Ayahanda saya pergi pada 17 Ogos... 4 hari selepas birthday Mak ET.
Terima kasih kembali.
Tarikh abah ko pegi lebih kurang sama ngan abah aku pergi. Tapi aku tak ingat bila tarikh sebenar, samada 22hb atau 23hb..
Aku tanak sedih jadi aku tanak ingat sangat.. patut ke aku fikir begitu?
Tapi doa dan ingatan terhadapnya tak pernah lupa.
AttOkz: Owh...sorry to hear that..
Org lelaki biasanya lebih tabah menghadapi kehilangan org t'sayang..atau mmg tak mahu tunjukkan perasaan sebenar? Apa2 pun kita kena redha, kan?
Kurma: Sorry to hear that, Rin...Pada aku takde masalah...mmg doa dan ingatan tu lebih penting. Doa2 kita antara yg dpt bantu mereka aman di sana, kan?
Mak ET,
Memang lelaki jarang dan tabah untuk menyembunyikan perasaan mereka. Tapi masa Babah saya meninggal tempohari saya memang tak malu dan tak menahan airmata untuk keluar. saya merupakan anak Babah yang paling kurang berada disisinya sebab sejak usia 12 tahun lagi sudah duduk di asrama hinggalah bekerja. Jadi semacam ada perasaan ngilu dan hiba di hati kerana tak puas untuk hidup dengan Babah.
airmata saya keluar tak tertahan-tahan saat memandikan dan menurunkan Babah ke liang lahad.
Tapi bila rasa ikhlas dicampakkan Allah dalam hati, maka redha timbul dalam diri...
Saya turut merasa sedih T_T
Sabar la ye..
Hari rabu ni ye...genap 9 tahun.
Khususab ila arwahi...ummul kitab, Al-Fatihah.
Terima kasih kerana berkongsi rasa.
Sama-sama.
Post a Comment