Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Petang itu semasa sedang belajar matapelajaran Tauhid, Cikgu Awang yang ditakuti dihormati mula menyoal pelajar-pelajarnya akan sifat-sifat Allah yang 20 beserta dengan maknanya sekali. Sesiapa yang tak dapat menjawab dengan betul atau tidak tahu jawapan, akan didenda berdiri sehingga habis waktu belajar matapelajaran Tauhid. Soalan pula ditanya tidak mengikut turutan daripada sifat yang pertama hingga yang ke 20.

Untuk sifat yang keempat, Cikgu Awang menyoal aku. Terpaksa aku mengingat daripada sifat yang pertama hingga yang ketiga. Dalam hati mengingat-ingat...Wujud, Kidam, Baqa'... 

"Mukhalafatuhu lilhawadith, cikgu. Bersalah-salahan Allah dengan segala yang baru," jawabku dengan penuh yakin.

Cikgu Awang menyengih sambil menyuruh aku duduk. Gembira agaknya dia dengan jawapan betul aku kerana dah beberapa orang rakan sekelas yang lain gagal menjawab. Akibatnya mereka tidak dibenarkan duduk.

Setelah puas mendera menyoal, Cikgu Awang terus menyambung pengajarannya pada hari itu. Kali ini dia bercerita tentang sifat-sifat Nabi Muhammad SAW pula. Dia juga ada bercerita sebab musabab kenapa nabi-nabi dan rasul-rasul diutus daripada kalangan manusia; bukan daripada kalangan jin atau malaikat. Kalau dikira daripada logik akal atau dalil aqli, nabi-nabi daripada kalangan manusia sudah tentunya  sifat dan fe'elnya sama dengan manusia yang lain. Mereka juga makan, minum, tidur, berkahwin (sebut saja pasal kahwin, budak-budak lelaki mula mengekek-ngekek ketawa...yang perempuan pula tersipu-sipu. Padahal semua baru 10 - 11 tahun) dan sebagainya; cuma sifat mereka jauh lebih baik daripada manusia biasa. Kalau nabi-nabi dan rasul-rasul diutuskan daripada kalangan jin atau malaikat, sudah tentunya bersalahan dengan sifat manusia. Silap haribulan manusia jadi takut pula dengan mereka.

Habis mengajar, Cikgu Awang mengemukakan soalan terulung sebelum dia menamatkan kelas. Soalannya berbunyi begini. Kenapa Nabi Muhammad SAW diutus menjadi rasul?

Sekali dengar, macam susah nak jawab soalan tu. Mungkin ada kena mengena dengan sifat-sifat yang ada pada para Nabi - Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah...Aku tengok muka masing-masing tegang terutama sekali mereka yang belum kena soal masa awal-awal tadi. Aku masih boleh rileks sebab sudah disoal tadi...jadi aku sudah ada imuniti...hahaha...

Kemudian aku menjadi bertambah rileks apabila aku rasa aku sudah menemukan jawapan kepada soalan penuh muslihat yang diberikan oleh cikgu. Seorang demi seorang kena soal. Belum ada yang dapat memberikan jawapan yang betul. Maknanya seorang demi seorang kena berdiri.

Akhirnya yang tinggal beberapa orang pelajar yang boleh dikira sebagai top students dalam kelas. Salah seorangnya, Mamat (pesaing terdekat aku...hehe...) dan kakaknya Shidah (yang duduk sebelah aku). Semasa cikgu menyoal Mamat, aku menoleh ke arahnya yang duduk di meja tengah di sebelah belakang (aku dan kak Shidah duduk di meja tepi barisan hadapan). Hendak ditolong, tetapi Cikgu Awang dah berdehem-dehem sambil memberi amaran tak ada sesiapa dibenarkan menolong kawan-kawan yang lain. Mamat mengalah...dia kata dia tak tahu jawapannya. Mamat tak dapat jawab soalan cikgu? Rasa macam tak percaya...

Sekarang yang tinggal cuma kak Shidah dan aku. Yang lain-lain semuanya kena berdiri akibat tidak menjawab dengan tepat. Yang memang telah sedia berdiri sebelum tu pun masih kena berdiri kerana mereka juga tidak dapat menjawab soalan tersebut. Kak Shidah resah gelisah kerana  dah tahu selepas ini pasti giliran dia kerana dia belum kena soal lagi. Dia menguis-nguis lengan aku apabila namanya dipanggil cikgu. Cikgu nampak. Dia menjegilkan matanya pada aku yang tengah tersengih-sengih macam kerang busuk. Kak Shidah juga tersengih-sengih sambil tertoleh-toleh ke arah aku.

"Apa jawapan dia?" tanya cikgu Awang sekali lagi. Kak Shidah kata dia tak tahu. Cikgu pandang satu kelas. Nampaknya satu kelas sudah berdiri kecuali aku.

Cikgu Awang pandang aku. Memandangkan semua tak boleh jawab, terpaksalah cikgu tanya aku juga walaupun aku sudah ada imuniti. Cikgu mengulang soalannya kepadaku sekali lagi, "Kenapa Nabi Muhammad SAW diutus menjadi rasul?"

Aku pun menjawab soalan cikgu seperti yang terlintas dalam fikiran aku beberapa ketika selepas dia mula-mula menyoal tadi.

Kalau tadi muka dia garang, kali ni cikgu tersenyum.

"Haaa...betulll...dudukkk..."

Sekali lagi aku selamat...hahaha...Budak-budak yang lain ada yang mengeluh, ada yang tepuk dahi, ada yang tertawa kecil. Ada yang berkata, "Laaa...itu ke jawapannya?"

Macam mana? Tahukah kawan-kawan apa jawapannya? Nak cuba jawab? Kalau betul, kawan-kawan akan mendapat sesuatu...

Salam Maulidur Rasul...

13 comments:

ShaFril said...

salam maulidur rasul =)..emm apa jawapannya?hehe

rezs said...

salam maulidur rasul.. aku rasa jawapannya ialah supaya manusia mengenal Allah; tahu hukum-hakam & kewajipan masing2..

Kurma said...

Nabi Muhammad diutuskan untuk menjadi contoh umat manusia kan?

Siti R said...

ShaFril, rezs & Kurma: Soalan cikgu yg lengkap adalah, kenapa nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi rasul, bukan jin atau malaikat (maafkan saya sbb ingat2 lupa..ada bhgian yg tertinggal..huhu..). Jwpannya adalah krn nabi Muhammad ialah seorang manusia...

Sekian, terima kasih (^_^)V

* Jawapan rezs & Kurma pun betul jugak...he

AttOkz Dikulgai said...

Ala awk ni..org baru nak cuba jawab, dah bagi jawapan lak..hehehehe~

Ini subjek tauhid, subjek yang buat saya kadang-kadang terlelap dan kadang-kadang kena lepuk dengan ustaz. Tapi subjek paling diminati ialah subjek munakahat.
Dari darjah 4 sampai darjah khas ~ score A! hahahahaha~

Kurma said...

haha AttOkz.. subjek munakahat tu saya pun sukaa hahaha tapi bab awal2 je hahahahaha

Siti R said...

AttOkz: Ah, sudahlah! Sapa suruh lambat jawab?

Eleh...kalau awk x cakap pun org tau mmg awk suka Munakahat :P

Kurma: Ko pun sama? Isk3...

ShaFril said...

oo xpa2..if da bhgn yg trtggl tu mmg dpt jwb trus hehe

AttOkz Dikulgai said...

O0o0o..mcm tu eh anggapan awk kat org ye? uhuhuhuhuhu~ sedey sedey~

Lelaki normal yg straight mmg suka bab-bab munakahat ni. hahahahaha~

Siti R said...

ShaFril: Ooo..eh? Xde apa yg tertggl dah..hehe..

AttOkz: Yelah..lelaki mmg mcmtu :P

AttOkz Dikulgai said...

Hah...betul la tu. Daripada bersikap hipokrit macam pura-pura budiman tetapi hakikatnya SYAITANAN lagi tak guna kan, awk?
:P

AttOkz Dikulgai said...

Eh, org mmg dah ready made body-man & berbudi-man. hahahahaha~
takdela, orang ni mcm yg awk tgk je la...

Siti R said...

Owh..iya kah? Heh..