Sunday, March 07, 2010

Rindu

Entah mengapa. Rindu ini datang lagi. Dia bagai memanggil-manggil namaku. Andai ada sayap, ingin sekali aku terbang. Membelah awan agar dapat segera sampai ke pangkuannya.

Rindu serindu-rindunya. Ingin sekali aku merenungnya di depan mata. Buat pengubat rindu dendam...yang sudah tidak tertahan lagi. Alangkah bagusnya jika aku dapat 'teleport' terus ke sisinya. Kerana ingin sekali aku memeluknya, dengan segera. Sebagai ganti hajat yang tidak kesampaian pada waktu-waktu kami menghabiskan masa bersama tidak lama dahulu. 

Teringat pada kali pertama aku terpandang akan dia. Dia yang digilai oleh sesiapa sahaja kelihatan begitu biasa pada pandangan pertama itu. Mungkin ada rasa riak yang meninggi dalam diri. Namun setelah beberapa kali bersamanya, pandanganku mula berubah. Dia yang kelihatan biasa pada mulanya beransur-ansur menjadi sasa, gagah dan menawan. Saat-saat bersamanya merupakan saat-saat yang paling indah yang tidak mungkin luput daripada ingatan. Bahagia. Itulah yang dapat aku rasakan.

Namun sebagaimana pertemuan, perpisahan juga pasti akan terjadi. Dan, orang kata perpisahan itu suatu penyiksaan. Memang benar. Amat sukar sekali untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepadanya di saat kami perlu berpisah. Air mata tidak mampu untukku tahan lagi. Tumpah jua akhirnya. Mengalir laju bagai tidak mahu berhenti. Bibir tidak berhenti berdoa...hati juga tidak berhenti mengharap. Andai ada jodoh dan panjang umur, pasti kami akan berjumpa lagi.

Semoga Allah memperkenankan.

* Ya Allah, rindunya aku kepada rumah-Mu; Kaabah. T_T

7 comments:

ShaFril said...

ada rezeki p la lg insyaallah amin =)

AttOkz Dikulgai said...

Kali ni pergi jgn hanya 'ziarah' je..tp tunaikanlah rukun ke-5 tu.
boleh letak nama Hajah depan nama Mak ET.
Insya Allah~

Siti R said...

ShaFril: Amin...tq

AttOkz: Insya-Allah...

AttOkz Dikulgai said...

Rindu dan ikhlas hanya dengan izin-Nya. Jadi beruntunglah jika rasa sedemikian dicampakkan dalam hati.

Org pun teringin nak gi sana~ nak berdoa kat Jabal Rahmah. hehe~

Siti R said...

Haaaa...ni Siti Rahmah mendoakan semoga hajat awak tu tercapai...amin...

AttOkz Dikulgai said...

Amin...
semoga...

:P

Siti R said...

Org hadiahkan 'batu bersurat' kpd AttOkz di muka buku...semoga dapat dijadikan peniup semangat utk berkunjung ke sana nnti. :P