Tuesday, March 09, 2010

Edisi Tension 2010

~Sigh~

Minta maaf, ya. Mengeluh kejap. Minggu lepas dan minggu ini merupakan antara minggu yang mencabar dalam hidup aku sebagai seorang pekerja yang berdedikasi. Kerja-kerja terpaksa ditanggung seorang diri memandangkan orang harapan aku sedang menjalani proses pemulihan selepas dibedah pada minggu lepas. Semoga dia cepat sembuh. I miss you, Mira (mendalam maksudnya ni...hehe...).

Sebenarnya aku tak mahu mengeluh. Tapi petang tadi masa tengah buat kerja, tiba-tiba aku bukan rasa macam nak terjun tiruk, tapi nak terjun bangunan. Memang tak waras fikiran aku masa tu.

Maka, cepat-cepat aku ingatkan diri aku akan ayat 6, Surah Alam Nasyrah yang bermaksud,

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Yelah. Bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian. Manalah tahu...selepas bersusah-susah ni, Allah nak bagi rezeki kat aku. Dapat bonus 6 bulan ke nanti. Appraisal pun dah nak dekat dah ni. Kena bodek bos...hahaha (gelak jahat).

Dan aku rasa kalau tak kerana aku teringatkan ayat di atas (dan bonus  tak kiralah berapa bulan yang mungkin berada dalam genggaman) aku mungkin dah terjun bangunan. Buat Bungee Jumping ke...BASE jumping ke...mesti best! Tapi lagi best kalau dapat humban semua kerja yang tengah menimbun atas meja tu...ada chance dengan bonus-bonus melayang sekali...hahaha...

Ermm...dah melalut pulak. Lebih baik aku berhenti di sini sebelum keadaan menjadi lebih parah.

~ Full stop ~

3 comments:

Kurma said...

apa kata kau gunakan kekuatan menghumban tu di lapangan boling? wah wah..

ko tau? kat bawah ni Word Verification yang aku kena tulis adalah 'debot'.. sungguh comel perkataan ni.. aku bayangkan seorang yang debot (gempal tapi comel)

AttOkz Dikulgai said...

Sesungguhnya ingatlah yang 5 sebelum datang yang 5.
Ehem! kerja mestilah ikhlas, barulah menjadi redha dan ibadah. Moga dengan itu nanti keberkatan datang mengetuk pintu rezeki.
(tapi bagus juga kalau dapat bonus 6 bulan, boleh la orang tu belanja...hehehehe)

* Awk, orang rated entri ni. boleh dimasukkan dalam kantung blook untuk suntingan.
psst..kalau nak terjun tiruk, sila pastikan darjah untuk landing betul dan juga payung cadangan ada dibadan. :P

Siti R said...

Kurma: Ye tak ye jugak...tp kena tggu lg seminggu nak lepas geram nih..

A'ah la...comey. Alalalala...debot, debot, debot...(mcm pggil kucing...) (^.^)

AttOkz: Org ikhlas ni...(kalau dpt org senyap2 jer....selamat xyah blanja...hihihi)

*Owh, iyo ko? Ok, ok... Yelah, yelah....org mmg fail kalau bab terjun tiruk ni..huhu...