Wednesday, March 17, 2010

Sempurna

Demi sahaja melihat wajah trainer pada petang tadi, kepala aku ligat menyanyikan lagu 'Halimah Jongang.'  Siap cakap kat Mirra pulak tu. Mirra kata dia pun tak terfikir; bila aku cakap barulah dia perasan.

Tiba-tiba aku rasa bersalah. Iskk!! Jahatnya fikiran aku. Maka, cepat-cepat aku mengawal diri dan bermuhasabah - aku ni sempurna sangat ke? Kekurangan diri teramatlah banyak kalau dibandingkan dengan orang lain.

Astaghfirullah al'azim. Bertaubat Siti R, bertaubat!

Nota kaki: Siapalah yang 'bagus' sangat buat siri/lagu Halimah Jongang tu? Kalau tak kerana selalu terdengar di TV, tak adanya aku terfikir apa yang aku fikir masa training tadi. I hate the series and I hate its theme song!

4 comments:

AttOkz Dikulgai said...

Awk,
yang 'bagus' sangat buat lirik, lagu n menyanyikan sekali ~ Eddie Hamid.
Pada orang, lagu ni bukanlah lagu untuk menghina apatah lagi mengutuk ciptaan Allah (keagungan dan kebesaran yang bukan tandingan makhluk : terimalah taubat ku dalam penetapan iman).
Dari sudut pandang optimis, lagu ni sama seperti lagu-lagu lain dalam tema cinta. Cuma agak menarik kerana menggunakan entiti yang taboo/janggal dalam masy. melayu.
Jadi, tak perlulah membenci. Yang perlu diperbetulkan adalah persepsi diri.
Nah! Orang pastekan lirik lagu ni secara penuh.
Renung-renungkan...dan selamat berama..eh, selamat berblog!

Halimah Jongang - Eddie Hamid

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki

Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri

Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi

Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu

Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba

Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang

Ha... ha... Halimah jongang

Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

Kurma said...

Orang jongang ni berseri-seri..

AttOkz Dikulgai said...

Betul tu Pn.Rin...
Kalau lelaki ~ sbb dia ada 'misai warna putih'. Kalau perempuan lak, tentulah kerana 'kemancungan' giginya itu..

Siti R said...

AttOkz: Ya, awak...org dah perbetulkan. Thanks for reminding me.

Thanks for the lyrics as well, but I still hate the song. Bukan sbb liriknya, tp sbb lagu dia pd pendgran org ni agak annoying...sama dgn lagu Pak Long yg popular tu...boleh kacau jiwa dibuatnya :P

Kurma: Ya, betul (^_^)