"You tak rasa you ni macam playgirl ke?" tanya Amir sebaik sahaja aku memasuki keretanya.
Eh, dia ni. Macam dia tahu sahaja yang aku hendak beritahu dia bahawa aku merasakan diri aku seperti seorang playgirl pada hari itu. Belum sempat aku hendak beritahu, dia sudah awal-awal tanya dahulu. Aku tersengih-sengih memandang Amir sambil mengiakan kata-katanya. Susah betul dapat kawan yang pandai baca fikiran aku ni...hendak sorok pun tak boleh.
Jangan salah faham. Aku bukan seorang playgirl (jatuh saham kalau betul aku macam tu...hahaha). Yang sebenarnya, tengahari itu aku keluar minum sekejap dengan kawanku yang bernama Najib (bukan PM Malaysia) kerana dia datang untuk memulangkan buku 9 Nyawa yang dipinjamnya tempohari. Balik rumah aku buat kerja yang dah terbengkalai sikit-sikit. Tidak lama kemudian si Amir pula SMS mengajak aku ke IKEA untuk menjayakan program jalan-jalan cari idea kami.
Maknanya, aku keluar dengan 2 orang lelaki dalam satu hari. Hebat tak aku?
Baik, kita tinggalkan kisah playgirl. Baik aku cerita buat apa aku dan Amir pergi ke IKEA pula. Kami ke sana bagi mencari idea untuk bilik bacaan di rumah baru aku nanti.
Di IKEA, kami meninjau-ninjau rak-rak buku yang dipamerkan. Belek punya belek, tengok punya tengok, aku masih tidak boleh hendak membuat keputusan rak buku yang bagaimana aku hendak pilih untuk bilik bacaan aku nanti. Idea Amir sangat menarik pada pendapat aku. Tetapi aku perlu ambil masa untuk memikirkannya. Seboleh-bolehnya aku hendak menjadikan bilik bacaan itu nanti seselesa mungkin kerana aku pasti akan menghabiskan banyak masaku di sana.
Apa-apapun, aku percaya Amir tidak akan menghampakan aku. Aku juga mengharapkan semoga dia akan mengotakan janjinya padaku - hendak menjadikan rumah aku lebih cantik daripada rumah Chik...hehehe...
Jangan marah ya, Chik ~ peace no war ~ heheh..

12 comments:
Cadangan sikit,
Kalau Mak ET suka membaca sambil baring, saya cadangkan single DayBed..letakkan di hujung sudut bilik. Kemudian, di tengah bilik, hamparkan dengan carpet yang sedondon warna DayBed tp kontra dengan warna dinding.
DayBed di Cavenzi ~ RM200. Karpet di Udani ~ RM150.
Siti nanti dah siap ko jemputla aku ke bilik ko tu..
AttOkz: AttOkz pun boleh baca fikiran saya ke? Oh nooo...
Saya mmg dah lama berangan nak letak daybed pun...kawan saya tu pulak bg cadangan letak carpet...saya suka ^_^V
*Isk3..takde unsur2 surprise langsung!
Kurma: Ko mmg termasuk dlm senarai kawan2 yg dibenarkan lepak kat bilik bacaan tu nnti (sambil2 tu bolehla cari2 idea, ek)..jgn risau...=)
Mak ET,
hahahahaha~ ayooo..dh boleh bc minda Mak ET. Abesla rahsia Mak ET! kekekekekeke! takde la, actually apa yg saya sarankan tu merupakan perkara yang telah saya buat untuk bilik bacaan merangkap ruang kerja alias tempat kreatif saya di rumah. Saya memang suka membaca sambil baring even ada fakta mengatakan tabiat sebegitu akan memberi kesan pada mata. Tapi peduli apa saya, yang penting saya mencapai tahap selesa dgn cara itu.
* nak unsur surprise? hahahaha~ tambahkan elemen feng shui dengan meletakkan pokok hidup atau aquarium kecil dalam bilik bacaan Mak ET nnt. pasti berbaloi! :P
Pn. Rin,
Aah kan..warming house party atau kenduri doa selamat xde ke? hehehehe~
Ya betul tu.. nanti aku angkut TOTO aku skali .. ala2 Kelab Tidur Dengan Buku
AttOkz: Saya pun suka baca sambil baring...lps tu terus tidur...baca kurang, tidur yg lebih..hehe..Sebab tu masuk Kelab Tidur Dengan Buku.. :)
Kurma: Insya-Allah kalau ada rezeki lebih bole ler buat house warming...kalau tak buat pun, ko bole datang bila2...nak angkut katil pun bole...hehe..
Mak ET,
Haih~ rasanya ramai lagi yang serupa perangai dengan kita kan? iskh iskh..
tp almarhum babah pernah kata, tak mengapa kalau tidur dengan buku yang baik isi kandunganya, moga-moga syafaat akan masuk ke dalam diri orang yang membaca hatta ketika itu sedang tidur.
tp harap-harap buku Mak ET jangan ada peta 'air liur basi' atau sepatah kata jawa ~ ngences sudahlah...uhuhuhuhuhu~
ada ke? :P
Pn. Rin,
kita kena tunggu ni sampai pertengahan tahun ni. semoga rezeki Mak ET berlimpah ruah, boleh la buat kambing panggang seekor! uhuhuhuhuhu!
Erk, nak join jgk la..tp nak angkut khemah boleh? heh~
Mana ada. Itu fitnah semata2...
Amin...
Ha, bole..pegi ler berkhemah kat hutan di seberang jln rumah... :P
Mak ET,
jadi eh khemah depan laman?
uhuhuhuhu~
X boleh...nnti khemah AttOkz akan mencacatkan keindahan laman saya. Nak berkhemah, pegilah ke hutan...dekat jer dgn rumah...hehehehe...
O0o0o0..mencacatkan keindahan laman yang semak ngn lalang tu ye? xpe xpe..
org pacak khemah dlm rumah awk, dekat laluan ke toilet. so saper nak masuk toilet kena byr tol dulu!
uhuhuhuhuhuh~
Sebelum awk pacak khemah kat dpn toilet, org pacak toll booth kat dpn umah org dulu. Sapa nak masuk kena byr tol especially kalau org tu nama dia AttOkz...tol dia mahal drp org lain. Biar dia x dpt masuk...hahahaha...
Post a Comment