Dalam tahun ini, ada dua hari berturut-turut saya rasa 'angin' satu badan semasa menaiki bas. Masakan tidak; ada dua occasions saya duduk di sebelah penumpang yang kedua-duanya jenis tidur yang 'tak hingat' orang lain. Saya faham ada masa kita akan rasa mengantuk dan akan tertidur di dalam bas. Saya juga kadang-kadang begitu. Tetapi saya pastikan kalau saya tidur, saya tidak mengganggu orang di sebelah. Namun ada situasi di mana terdapat jenis manusia yang tidurnya akan mengganggu orang di sebelah. Inilah situasi yang saya hadapi pada dua occasions tersebut. Kalau perempuan, bolehlah dimaafkan. Tetapi ini lelaki!
Untuk situasi yang pertama saya gunakan beg galas sebagai 'pendinding' agar penumpang tersebut tidak tersentuh atau terlentuk ke arah saya. Untuk situasi yang kedua, 'bom sudah meletup'...saya kejutkan penumpang tersebut apabila kepalanya hampir-hampir mencecah bahu saya (selepas itu boleh pula dia duduk tegak!).
Kejadian-kejadian tersebut mengingatkan saya kepada status yang saya tulis di dalam Facebook pada bulan lepas, "Metrobus patut contohi RapidKL perkenal bas untuk wanita sahaja..." Status ini ditulis selepas saya ternampak sticker 'Bas Wanita' di tingkap bas RapidKL semasa pulang dari kerja. Ia membuatkan saya mengidamkan Metrobus yang menjadi pengangkutan awam utama yang saya gunakan melakukan hal yang sama.
Baru-baru (atau baharu-baharu? Oh..saya keliru!!!) ini saya baca di blog 'seseorang' yang rasanya seperti kurang bersetuju dengan 'pengasingan' ini. Ada yang ditulisnya itu benar, ada yang ditulisnya saya kurang bersetuju. Tetapi saya hormati pandangannya. Kerana saya tahu dia seorang lelaki yang budiman (bodek..haha).
Memang saya tidak nafikan negara kita tidak kekurangan lelaki budiman. Ya, lelaki budiman sebenarnya masih wujud. Namun ketahuilah bahawa 'pengasingan' itu bukan sahaja untuk mengelakkan wanita mengalami gangguan seksual (yang semestinya dilakukan oleh lelaki-lelaki yang tidak budiman), tetapi juga untuk mengelak daripada gangguan 'yang berlaku secara tidak sengaja.'
Tanyalah mana-mana wanita, siapa yang suka berhimpit-himpit dengan lelaki di dalam bas/tren pada waktu puncak? Saya yakin hampir semua akan jawab tidak suka. Tanya juga mana-mana wanita, siapa yang suka duduk di sebelah lelaki di dalam bas/tren? Saya juga yakin hampir semua akan jawab tidak suka (kerana lelaki yang tidak budiman akan duduk mengangkang sehingga melebihi 'sempadan' kerusi atau ada yang seperti sengaja duduk rapat walaupun di sebelahnya seorang wanita). Mungkin ini hanya perkara kecil dan remeh-temeh bagi lelaki, tetapi bagi saya perkara kecil dan remeh-temeh inilah yang menyebabkan saya sangat bersetuju dengan 'pengasingan' tersebut.
Lagipun, 'pengasingan' tersebut bukanlah dilakukan secara total. KTM Komuter cuma menyediakan dua koc (kalau tidak silap saya) tengah khas untuk wanita. Manakala RapidKL cuma menyediakan perkhidmatan 'Bas Wanita' untuk waktu-waktu tertentu (semestinya waktu puncak) sahaja.