Thursday, January 13, 2011

Siti R di Tahun 2011

Tahun 2011 ini sebenarnya saya begitu berkobar-kobar untuk kembali aktif menulis di dalam blog ini. Namun malangnya sudah hampir setengah bulan berada di tahun baharu, tetapi blog ini masih 'sepi' daripada tulisan-tulisan hebat saya (hahaha! Perasan).

Saya tidak suka dengan perkembangan yang tidak sihat ini lalu mengambil keputusan untuk melakukan 'bedah siasat'. Hasilnya, saya mendapati bahawa saya:

1. lebih banyak membuang masa di Facebook (FB) pada masa terluang. Bukannya buat apa pun, cuma melihat-lihat status rakan-rakan FB yang kebanyakannya hanya kenalan dan saya tidak kenal secara peribadi tetapi cuma kenal nama sahaja. Tidak mengapalah kerana kebanyakan daripada mereka ialah orang-orang yang hebat. Jadi, untuk menjadi penulis yang hebat, terlebih dahulu saya perlu berkawan dengan orang-orang yang hebat. (Begitulah yang sepatutnya wahai Siti R).

2. cepat merasa mengantuk apabila hendak mula menulis. (Bertahanlah wahai Siti R).

3. masih tiada idea yang best untuk dijadikan entri. (Berusahalah wahai Siti R).

4. berasa lebih mudah mengarang ayat dalam kepala; semasa pen/keyboard tiada di tangan. Apabila pen/keyboard berada di tangan - 'karangan' saya hilang entah di mana. Situasi ini pernah saya kongsikan di blog ini. Sila baca di sini. Ya, saya masih lagi berhadapan dengan situasi yang sama...huhuhu~ (Bertabahlah wahai Siti R).

5. suka mengedit tulisan sendiri walaupun baharu menulis beberapa baris ayat. Ini yang menyebabkan saya lambat menulis kerana banyak membuang masa. Saya perlu menghalang editor semulajadi yang ada dalam diri ini daripada menganggu saya menulis. Selepas habis menulis baharulah boleh dilepaskan cikpuan editor itu. (Bersabarlah wahai Siti R).

6. sememangnya malas. Dulu masa muda-muda saya selalu mengamalkan satu doa untuk mengelakkan diri daripada jadi malas (saya sudah tidak ingat apa bacaan doanya). Memang masa muda-muda dulu saya sangat rajin menulis walaupun hanya untuk bacaan sendiri. Apabila sudah meningkat usia, semakin malas pula. Jadi, saya perlu berubah menjadi seperti dahulu. (Berubahlah wahai Siti R). 

Masih ada baki 11 1/2 bulan untuk saya menulis dengan aktif. Doakan semoga saya berjaya.

2 comments:

Kurma said...

Kongsila doa tu.. aku pun malas sangat. Eh tapi aku ada alasan terbaik.. aku sibuk skang ni.. (sampai bilala tak sibuk ceh)

Siti R said...

X ingatla...kena carik blk. Kalo jumpa aku bg...