Thir13en Ghosts. Sebuah filem yang membuatkan saya tidak menyukai filem bergenre seram. Entah kenapa filem ini sangat-sangat menakutkan saya. Saya tidak pernah menontonnya sehingga habis. Takutt!!
Itu sepuluh tahun yang lalu (filem ini ditayangkan pada tahun 2001). Sepanjang sepuluh tahun yang lalu hingga semalam, saya tidak lagi menonton filem-filem seram. Bukan tiada, kalau ada pun...filem seram bercorak komedi seperti filem "Zombieland" (best gila!). Kebanjiran filem-filem seram di pawagam juga merupakan salah satu faktor mengapa saya menyampah hendak menonton filem bercorak demikian.
Tetapi hari ini, kerana 'terpaksa', saya memberanikan diri untuk menonton filem seram. Filem seram Melayu (jangan tak percaya...hahaha!). Banyak juga saya baca rebiu yang mengatakan filem tersebut sangat bagus. Lain daripada filem-filem seram (Melayu) yang lain dan sangat menyeramkan. Ada juga dibaca di status rakan-rakan FB yang mengatakan filem tersebut bagus.

Jadi, apabila diajak untuk menonton filem tersebut saya bersetuju sahaja walaupun agak keberatan pada mulanya. Lagipun, sekarang ini tidak ada filem yang menarik untuk ditonton.
Tamat filem, saya rasa seperti tertipu. Filem tersebut langsung tidak menyeramkan saya. Tidak tahu sama ada saya sudah jadi berani atau secara tidak sedar saya telah mempraktikkan teknik *'nekad sesaat memasuki bilik mayat' (agak ironi kerana hero filem tersebut bekerja di bilik mayat) apabila bersetuju untuk menonton filem tersebut. Saya juga tidak tahu apa yang lainnya filem tersebut jika dibandingkan dengan filem-filem seram (Melayu) yang lain kerana saya pun tidak pernah menonton filem-filem seram (Melayu) yang lain. Ada watak yang mengelirukan saya...makcik yang kononnya misteri, tetapi saya rasa dia langsung tidak ada kaitan dengan gangguan yang dihadapi oleh hero dan tidak juga membantu merungkai misteri tersebut (atau saya sebenarnya yang kurang fokus semasa menonton...huhu). Rasanya kalau watak itu tiada pun, tidak mencacatkan jalan cerita.
Apa-apapun saya hendak beritahu, filem "Khurafat: Perjanjian Syaitan" is too overrated. Tontonlah kalau anda peminat tegar filem seram. Ermm...nasib baik juga saya tidak menonton dengan kakak saya. Kalau tidak, pasti gamat dewan dengan suara jeritan dan pekikan dia. Now, THAT is SCARY!
* Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknik 'nekad sesaat memasuki bilik mayat,' bacalah novel "Diari Mat Despatch: Lelaki Baik."

10 comments:
ooo overrated ek Khurafat.. aku tgk Ngangkung kat dvd adik ipar.. memula je lawak pahtu boring...
Sungguh ku tidak percaya kamu menonton filem melayu..
Mungkin selepas ini beralih ke hindustan;mungkin...
Kurma: Itu pendapat aku semata2...tp kalo dok sorg2 mlm2 takut gak bila teringat blk scene seram...hahaha!
Zatara: Mungkin jugak...you'll never know :P
haa...kan.
Haa...kan apa? Hakan Sukur?
You'll never know eh..(poyo!)
a'ah,Hakan Sukur..pandai pun.
Ye la tu..sampai mempraktikan teknik untuk tidak tutup lampu apabila hendak tidur.
Owh terpaksa tengok rupanya. I see.
Memang Khurafat langsung tidak menyeramkan sebab scene yang dikatakan seram itu sudah boleh dibaca dari awal.
Setuju dengan pendapat awak bahawa watak makcik yang misterius itu tidak langsung menjadi value-added dalam plot. Sebagai sentakan adrenalin juga tidak sampai. Mungkin sebagai tempelan semata-mata bagi menambahkan konflik untuk watak utama.
* Oleh kerana teori nekad sesaat memasuki bilik mayat itulah ada yang nekad kan? *wink*
No comment :P
jawapan selamat seorang artis?
huh!
Of course! U lupa ke? I ni kan artis...bkn setakat suratkabar, majalah pun ada muka i...hahaha!
Post a Comment