Sunday, January 16, 2011

Nenek

Sudah tuakah saya? Mungkin juga. Mengapa saya berkata begini? Kerana saya baharu sahaja mendapat satu berita yang sangat mengujakan. Berita yang menunjukkan saya sudah tua pun mengujakan? Mungkin itu yang bermain di fikiran kalian. Tidak mengapalah...saya sendiri pun merasa pelik.

Tidak sabar pula saya hendak kongsikan berita ini. Apa beritanya? Sudah bersedia?

Jeng...jeng...jeng...saya akan menimang cucu pada bulan Jun tahun ini, insya-Allah. Berita ini baharu sahaja disampaikan oleh anak saudara saya. Menurut katanya, isterinya sedang hamil dan dijangka bersalin pada bulan Jun ini. Alhamdulillah.

Semoga mereka dikurniakan dengan anak yang soleh/solehah...amin.

Teruja sungguh saya rasa!

Saya bakal bergelar nenek?

WOW!

2 comments:

Kurma said...

Nampaknya takleh panggil ko Mak ET dah.. Nek ET ke Wan ET? Please choose... atau Tok ET (dalam keluarga aku.. panggilan Tok tidak tertakluk pada jantina lelaki semata2)

Siti R said...

Ntahla...xpe, msh ada byk masa utk pk..hehe