Pagi Hari Pembedahan
Seawal pagi, suasana di katil saya agak 'riuh' sedikit. Sekejap-sekejap ada nurse yang datang menjenguk. Hendak solat pun rasa tidak senang. Selepas saya solat pula ada nurse yang menghantar sarapan pagi saya. Disebabkan tidak boleh makan, saya diberikan cawan, teh uncang Lipton (atau Boh...tidak ingat pula saya) dan dua peket gula. Saya tidak terus membancuh teh. Entah apa yang saya buat, saya sendiri tidak ingat. Mungkin sedang duduk termenung atau sedang bersiap-siap untuk mandi.
Tidak lama kemudian datang seorang lagi nurse - membawa 'roket.' Untuk kosongkan perut katanya. Hendak tak hendak, terpaksa saya merelakannya. Setelah selesai, baharulah saya bancuh teh. Namun, baharu sekali hirup, terasa hendak ke tandas. Alang-alang hendak ke tandas, baik saya mandi terus.
Selesai mandi, saya menyambung sarapan yang tergendala sebentar tadi. Sambil itu saya menonton televisyen. Waktu itu sudah pukul 7 pagi. Tukar-tukar saluran, akhirnya saya berhenti di TV9. Rancangan "Tanyalah Ustaz." Alang-alang hendak bertarung nyawa (agaknyalah) nanti, baik saya menonton rancangan agama. Mungkin ia boleh menenangkan hati saya. Setelah benar-benar fokus kepada rancangan tersebut, betapa saya merasakan hidup ini penuh dengan ironi. Ustaz (tidak ingat siapa nama Ustaz tersebut) rupa-rupanya sedang membicarakan tentang persiapan kematian. Semasa rancangan berhenti untuk laluan iklan, saya ke tandas semula. Untuk 'menenangkan' perut.
Pukul 8 lebih, datang 2 orang nurse dengan membawa pengusung. Oh, masanya sudah hampir tiba. Namun, entah mengapa saya tidak lagi merasa berdebar atau takut. Sukar untuk dipercayai, tetapi saya berasa amat bersedia dan tenang sekali. Salah seorang nurse meminta saya menukar pakaian kepada gaun hospital. Setelah bertukar pakaian, datang seorang lagi nurse bertanya ada sesiapakah yang akan menunggu sepanjang saya dibedah nanti. Saya katakan tiada. Sedihnya rasa. Andainya saya meninggal dunia, saya akan meninggal sendirian atau bak kata orang putih, I'll die alone. Tragis sungguh.
Disebabkan tiada sesiapa yang menunggu saya, maka tiada sesiapa juga yang akan menjaga barang-barang berharga saya - dompet yang berisi wang sebanyak RM7.00 dan telefon bimbit yang bukan dalam kategori smartphone. Saya meminta nurse membuka safety box yang terdapat dalam almari di sebelah katil saya kerana ia telah dikunci oleh pesakit sebelum ini supaya saya boleh menyimpan barang-barang berharga tersebut.
Setelah berpuas hati semuanya OK, saya memakai sarung kepala dan kemudian berbaring di atas pengusung. Sepanjang saya diusung ke bilik bedah, saya hanya memandang siling hospital. Sudah lama saya hendak berbuat demikian. Perasan seperti berada dalam salah satu episod siri "ER" atau "Grey's Anatomy." Pergh!
Di Bilik Bedah
Tiba di bilik bedah, saya diangkat daripada pengusung ke meja bedah.
"Eh, kenapa tepi sangat ni?" tanya salah seorang nurse yang mengangkat saya.
"Ringan sangat dia ni," jawab seorang lagi nurse. Dia tersengih-sengih bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka kemudian membetulkan kedudukan saya di atas meja. Hai...badan ringan pun jadi bahan. Kalau berat?
Tidak lama selepas saya ditempatkan di meja bedah, Dr. A Sappany muncul di sebelah saya. Beliau menyuruh saya mengiringkan badan dengan membelakanginya. Doktor membuat tebukkan di tulang belakang saya. Kemudian beliau memasukkan tiub ke dalam lubang yang telah ditebuk dan mula mengalirkan ubat bius melaluinya. Beberapa minit kemudian doktor bertanya sama ada kaki saya sudah terasa 'berat.' Sebelum menjawab pertanyaannya, saya cuba mengangkat kedua-dua kaki saya. Memang benar, kaki saya sudah menjadi 'berat.' Saya langsung tidak boleh mengangkatnya. Soalan doktor itu saya jawab dengan anggukkan sahaja.
Sebaik sahaja saya menjawab soalan Dr. A Sappany, Dr. Siti Zaleha pula memunculkan diri dan memberi salam. Sebaik salam dijawab, saya mengucap seberapa banyak kali yang boleh di dalam hati. Dalam waktu-waktu kritikal itu boleh pula saya terfikir mungkin umur saya panjang lagi kerana mudah benar saya mengucap. Kemudian, tanpa sebarang amaran atau pemberitahuan, Dr. A Sappany memasangkan mask ke muka saya. Dan dengan hanya dua kali nafas, saya terus tidak sedarkan diri...

6 comments:
Siti.. aku pun suka part ER n Grey's Anatomy tu hahahaha.. so optimistic hehehehe...
Tapi perenggan akhir tu buat ku berdebar kerana emm.. ngeri memikirkan andai nyawaku sendiri tidak tahu bila kan terpisah dari jasad....
Kan...hehehe...
Yelah...syukur umur masih panjang...
sye pon baru tau ade ovarian cyst 3cm..syukur sye dapat tau awal sbelum 5cm..Tapi walaupun saiz masih kecik kenapa sye selalu rasa sakit dan lenguh sampai ke paha... owhhh bab cucuk bisu kat belakang memg sakit..pengalaman mase bersain
Owhh...sorry to hear that. Kalau masih kecik mcm tu doktor bg ubat ke mcmana?
Ermm..susah nak cakap..saya rasa setiap org akan alami simptom yg berlainan kot. Saya dulu xde rasa sakit, cuma perut kerap rasa kembung, masalah aliran period, kerap demam dan cpt letih.
Huhuhu...itu antara pengalaman yg xdpt dilupakan...
Sy pun bru tau ade cyst 7 cm... Mgkin bln 12 nie bru operate... Takut pn ade..tp lega jugak sbb dh tau punca rs sakit selama ni.. Kalu jd operate..maknenye kali ke 2 operation sbb yg pertama operate apendiks... Thanks sbb cite pengalaman... Byk info dpt..
Alhamdulillah kalau dapat info melalui cerita saya ni dan terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya ini.
Semoga cikpuan akan selamat menjalani pembedahan dan seterusnya bebas cyst..amin..
Post a Comment