Sesudah Dibedah
Saya terjaga semasa sedang dipindahkan dari meja bedah ke pengusung. Keadaan saya antara sedar dengan tidak. Mamai. Suara-suara sekeliling terdengar sayup-sayup. Sekejap mata saya terbuka, sekejap lagi tertutup. Begitulah keadaan saya sepanjang diusung kembali ke wad.
Sampai di wad saya cuba memfokuskan penglihatan walaupun agak sukar. Bilik di mana saya ditempatkan semula agak familiar. Nampaknya saya ditempatkan semula di katil saya dan bukan di wad HD (High Dependency) iaitu merupakan mini ICU. Kemudian saya cuba melihat jam dinding yang terletak di atas pintu masuk bilik. Kalau tidak silap mata yang melihat, masa itu waktu sudah melepasi pukul 11.00 pagi.
Saya masih lagi diberi ubat bius/penahan sakit melalui satu mesin. Bahagian perut hingga ke kaki terutama kaki kiri terasa kebas - langsung tidak terasa apa-apa. Setiap kali saya memegang peha kiri, pasti saya teringatkan 'Spongebob Squarepants' kerana saya terasa seperti sedang memegang span. Disebabkan itu, urine catheter dipasang supaya saya tidak perlu pergi ke tandas. Saya juga mendapati bahawa saya mengalami bleeding walaupun tidak banyak.
Masuk waktu tengah hari saya tidak makan. Sebab saya tidak makan tengah hari adalah kerana tekak yang terasa sangat loya. Doktor ada memberitahu bahawa ada kemungkinan saya akan mengalami muntah-muntah jika saya alah atau tidak tahan dengan ubat bius yang diberikan. Sampai pada satu masa memang saya telah termuntah.
Semasa Dr. Siti Zaleha melawat saya selepas pembedahan, dia ada bertanya jika saya ada muntah. Setelah diberitahu bahawa saya ada muntah, doktor meminta supaya dos ubat dikurangkan. Saya juga baharu mendapat tahu bahawa ubat bius yang diberikan kepada saya adalah Epidural. Hah? Epidural? Saya ingatkan orang yang hendak bersalin sahaja yang boleh diberikan Epidural. Rupa-rupanya Epidural juga boleh digunakan untuk pembedahan di bahagian perut.
Kehilangan
Semasa kunjungan itu juga doktor memberitahu apa yang dilakukannya sepanjang pembedahan. Doktor memberitahu, seperti yang dijangka, cyst saya telah melekat pada usus. Jadi, Dr. Sukumar Nadesan telah diberi tugas untuk memisahkan kedua-duanya. Sebelum cyst dibuang, doktor telah menyedut 'isi'nya terlebih dahulu. Kemudian doktor menyampaikan berita tidak baik. Ovari kiri saya terpaksa dibuang kerana telah rosak teruk. Bukan itu sahaja. Appendiks saya juga turut dibuang kerana sudah inflame. Masya-Allah. Betapa keputusan saya untuk meneruskan pembedahan amat tepat sekali. Kalau saya mengelak untuk dibedah, lambat-laun saya terpaksa juga menghadapinya. Kalau bukan kerana cyst, kerana appendicitis. Jadi pada perkiraan saya, untuk satu pembedahan itu, doktor telah melakukan 4 prosedur ke atas saya - Laparatomy (pembedahan perut), Cystectomy (membuang cyst), Oophorectomy (membuang ovari) dan Appendicectomy (membuang appendiks).
Doktor juga memberitahu bahawa terdapat cyst di ovari kanan saya. Tetapi ia merupakan jenis fluid jadi doktor hanya menyedutnya keluar.
Hari-hari di Hospital
Hari pertama pembedahan saya hanya diberikan minum air kosong sahaja. Walaupun dos ubat telah dikurangkan, saya masih lagi muntah-muntah. Yang keluar hanya air sahaja kerana perut saya memang kosong.
Hari kedua selepas pembedahan, rasa loya telah berkurangan. Maka, pada pagi itu Dr. Sukumar yang melawat saya telah membenarkan saya makan bubur pada tengah hari nanti. Doktor berpuas hati kerana saya ada 'membuang angin' beberapa kali. Doktor juga memberitahu bahawa ubat bius saya akan dibuka pada tengah malam nanti. Seram sejuk saya mendengarnya. Seram memikirkan bagaimana sebenarnya rasa sakit di kawasan pembedahan itu nanti. Takut juga saya dibuatnya.
Dr. Siti Zaleha pula semasa melawat ada bertanya sama ada saya mahu melihat specimen cyst dan appendiks saya. Saya bersetuju untuk melihatnya. Selepas doktor meninggalkan saya, nurse yang diarahkan untuk mengambil kedua-dua specimen kembali ke katil saya untuk menunjukkannya kepada saya. Kedua-dua specimen telah dimasukkan ke dalam botol kecil yang berasingan. Saya hanya memandang sekali lalu sahaja sebelum menyerahkannya kembali kepada nurse tersebut.
Selepas tengah hari, seorang nurse yang berpangkat sister telah mendapati tangan kiri saya di mana jarum dipasang untuk IV drip dan untuk suntikan antibiotik semakin membengkak. Disebabkan itu, seorang nurse dipanggil untuk membuka jarum di tangan kiri. Jarum baharu dipasang di tangan kanan pula. Selepas ditukar ke tangan kanan, baharulah tangan saya tidak membengkak dan semasa suntikan antibiotik dibuat, saya tidak lagi merasa sakit. Saya rasa tangan kiri saya memang tidak kuat menahan sakit. Ini sesuatu yang saya perlu ingat di masa hadapan, sekiranya saya dimasukkan ke hospital lagi (harap-harapnya tidak).
Pada waktu petang, saya muntah lagi. Habis semua yang dimakan waktu tengah hari tadi dimuntahkan. Nasib baik selepas itu saya tidak muntah lagi.
Pada lebih kurang pukul 11.00 malam, ubat bius saya habis. Disebabkan Dr. Sukumar telah berpesan ubat bius saya perlu dihentikan pada tengah malam, nurse tidak menggantikan dos yang baharu tetapi terus menghentikannya. Tiub yang dipasang di tulang belakang juga dibuka. Lubang tebukan ditutup dengan plaster.
Pada pagi hari ketiga selepas pembedahan, jarum di tangan dibuka. Saya sudah tidak perlu IV drip lagi. Urine catheter juga dibuka. Pagi itu 'seksaan' pertama yang saya perlu tempuh; dipaksa bangun dari katil dan diminta cuba untuk duduk. Dengan bantuan 2 orang sister, saya bangun dan duduk di kerusi bersebelahan katil. Sementara itu, mereka menukar cadar katil saya. Kemudian, masa untuk ke bilik air. Sister hendak membantu tetapi saya tidak benarkan. Maka, berjalanlah saya dengan langkah yang kecil-kecil seperti orang yang baharu lepas bersalin.
Sepanjang berada di hospital saya hanya makan bubur sahaja. Dalam masa yang sama, saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang dimakan. Atas nasihat ahli keluarga dan rakan-rakan, saya berpantang seperti orang lepas bersalin.
Discaj
Pada pagi Sabtu, 31/12/2011, Dr. Siti Zaleha menggantikan plaster di tempat saya dibedah. Baharulah saya dapat lihat luka pembedahan. Ia tidaklah sepanjang mana; lebih kurang panjang pembaris pendek yang boleh dimuatkan dalam bekas pensel. Saya juga mendapati perut saya membuncit terutama sekali di sebelah kiri. Mungkin ia disebabkan oleh luka dalaman dan saya juga sudah menduganya selepas membaca di sini.
Atas permintaan, doktor membenarkan saya discaj pada hari tersebut setelah 5 hari duduk di hospital. Lebih kurang tengah hari urusan discaj selesai. Sepatutnya kakak saya yang menjemput, tetapi abang ipar saya terkandas dalam kesesakan lalu lintas pula. Nasib baik abang saya yang sulung datang melawat pada waktu itu, jadi saya pulang dengan beliau. Sebelum pulang, saya dibekalkan dengan ubat-ubatan dan sijil sakit. Saya diberi cuti selama 6 minggu bermula dari tarikh masuk hospital.
Saya ada satu bulan setengah untuk recover. Entah boleh, entah tidak...

5 comments:
test2
Berdebar pulak baca kisah siti ni.. saya juga nanti perlu di bedah untuk buang cyst. Harap2 semuanya berjalan lancar..Cuma yang sedihnya pembedahan ni xboleh claim insurans sebab insurans belum matang lagi masa tau ade cyst..
Insya-Allah...xde apa2. Bykkan berdoa & semoga pembedahan cik Zai nnti berjalan dgn lancar dan selamat.
Ooo...nnti bedah di hospital kerajaan atau swasta?
Boleh tnya cycst yg dihidapi tu besar 6cm ke? Riso sgt sbb br taw ada cycst.. but xtaw if masih ok or x? Ada tnda2 x nk taw cycst tu pecah or x?
Ukuran cyst saya dulu lebih 7 cm. Biasanya kalo dh lebih 5 cm doktor akan suggest bedah.
Owh...macamana boleh dpt tau? Dah jumpa Gynae ke? Saya pun tak pasti apa tanda2 cyst tu dh pecah...tp melalui pembacaan saya dpt tau kalo dh pecah, akan rasa sakit yg amat sgt dan akan jd emergency case. Dr. akan bedah time tu jgk sbb merbahaya...kalau tak silap darah boleh merebak dan ganggu organ badan yg lain...wallahu'alam
Post a Comment