Pada satu hari di tahun 2011, seorang rakan baik saya bercerita bahawa salah seorang rakan sepejabat saya telah menyaksikan suatu kemalangan yang berlaku bersebelahan dengan pejabat saya. Sebuah bas RapidKL telah melanggar seorang gadis yang sedang menyeberangi jalan untuk ke tempat kerja.
Dia bercerita bahawa walaupun gadis itu cedera di mana bahagian kakinya luka teruk, dia cuba menolak apabila ada orang menawarkan diri untuk membawanya ke hospital. Alasan yang diberikan, dia ada banyak kerja yang perlu disiapkan di pejabat. Nampaknya, dalam menanggung kesakitan dia lebih risaukan kerjanya yang banyak di pejabat daripada dirinya sendiri. Saya pula boleh tidak merasa hairan dengan kata-kata gadis itu. Kepada rakan saya tadi saya katakan, kalau perkara itu terjadi kepada saya (minta-minta dijauhkan), rasanya saya juga akan ucapkan perkara yang sama seperti gadis tersebut. Nampaknya kerja benar-benar telah menguasai diri saya.
Namun, selepas apa yang terjadi kepada diri saya baru-baru ini, saya mula sedar bahawa sebenarnya saya tidaklah gila kerja seperti gadis tersebut, malah merasa amat lega apabila dapat 'berhenti' kerja buat sementara ini. Seperti kata seorang rakan baik yang lain, sebenarnya pembedahan yang telah saya jalani itu merupakan suatu perkara yang baik bagi saya kerana saya dapat berehat lama dan sekaligus saya tidak perlu merasa stres dengan kerja lagi. Ya, saya rasa itu salah satu daripada hikmahnya saya diberi ujian ini. Lagipun saya rasa stres ini merupakan salah satu penyumbang masalah cyst saya dulu semakin teruk.
Terus terang saya tidak merindui langsung pejabat saya, apalagi kerja-kerja yang sedang menanti. Tetapi malam tadi saya ada termimpikan rakan-rakan sepejabat, termasuk rakan yang bercerita tadi yang juga merupakan bekas rakan sepejabat.
Hahaha! Inilah salah satu simptom orang yang sudah hendak masuk kerja semula setelah bercuti panjang agaknya. Dulu masa zaman sekolah, saya selalu mimpi pergi sekolah sehari atau dua hari sebelum sekolah akan dibuka semula selepas cuti. Sekarang terbawa-bawa pula ke alam bekerja.
Kesimpulannya, saya hendak beritahu bahawa esok saya akan mula bekerja semula. Oh tidakkkk!!!

2 comments:
ko dah keje? bape lama coti ek?
Hidup bukanlah untuk kerja semata-mata. Hidup adalah menjadikan diri dan keluarga anda bahagia hahaha
Dah semalam. Berapa lama...sila lihat tajuk :P
Hari ini aku smbg MC balik...smpi 2 minggu..lalala
Oh...begitu ye. Tp sejak ptg semlm smpi hari ni aku x rs bahagia... T_T
Post a Comment