Sunday, July 19, 2009

Cerita Bas


Tambang pengangkutan awam akan dinaikkan mulai Ogos ni? Untuk apa ye? Aku tak paham.

Sebagai seorang rakyat yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, aku amat2 bergantung kepada pengangkutan awam terutama sekali bas. Aku tak kisah sangat sebenarnya kalau tambang naik...setakat tiga, empat posen kira masih boleh jimat berbanding kalau aku menggunakan kereta sendiri (motor tak tau la, mungkin lebih jimat, kot). Yang menjadi persoalannya di sini - adakah dengan kenaikan kadar tambang ni akan menjanjikan kenaikan mutu perkhidmatan pengangkutan awam (di sini aku khususkan kepada perkhidmatan bas)?

Malas la nak komen lebih2. Lebih baik aku citer pasal bas yang selalu aku naik sama ada untuk pegi keje atau untuk keluar berfoya2..hehe...

Aku selalu naik bas Metro, tau. Bas paling glamer kat Malaysia ni aku rasa. Bas yang istimewa jugak. Nak tau kenapa? Rasanya korang tau kenapa. Istimewa sebab kalau korang teringin nak naik roller coaster tak payah susah2 naik Genting sana...naik jer bas Metro. Mesti korang akan rasakan adrenalin rush sama macam korang naik roller coaster. Tapi bergantung kepada keadaan jugak sebenarnya. Bukan setiap masa driver bas Metro akan pandu laju2. Ada jugak masa bas dipandu macam kura2 berlumba dengan arnab. Ada sebab jugak ni sebenarnya.

Banyak betul sebab ye. Korang mesti pening. Aku pun pening.

Ok, sebab yang terbesar adalah persaingan di antara pengusaha2 bas. Dalam kes bas Metro tempat aku ni, ia bersaing hebat dengan bas SJ. Dua2 ni memang macam anjing dengan kucing. Disebabkan persaingan sengit, maka terciptalah istilah2 berikut di kalangan mereka:

Racing - apa diorang ingat jalan raya tu trek lumba F1 ke? Aku terpaksa menabahkan diri setiap kali kalau aku dengar perkataan racing disebut2 oleh driver bas. Maksudnya bas SJ ada di belakang atau di depan bas Metro menuju ke destinasi yang sama. Mereka akan ber racing together gether. Apa tujuan racing ni? Untuk dapatkan penumpang di perhentian bas seterusnya ler. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat...cepat2 ler bergerak ke perhentian seterusnya untuk tarik penumpang di sana. Kadang2 masa tengah racing, bas tak berenti kalau ada sorang dua jer yang tahan bas...aku tak paham betul sebab tak semestinya perhentian yang seterusnya ada ramai orang. Diorang ni memang sengaja menolak rezeki ke apa?

Goyang - bukan goyang Inul ye. Goyang ni biasanya berlaku semasa bas masih di KL dan Jalan Ipoh dan tak ada kelibat bas SJ kelihatan. Inilah yang aku maksudkan bas dipandu macam kura2 berlumba dengan arnab. Bas dipandu dengan gear 1 je. Orang yang berjalan kaki lengang kangkong pun lagi laju daripada bas tu bergerak. Tak ke tensen tu? Lagi tensen sebab memang diorang sengaja goyang sementara menunggu bas SJ menjelmakan diri. Bila dah menjelma...apa lagi, racing ler jawabnya.

Tarik - bukan tarik tali (walaupun konsepnya agak sama). Maksudnya di sini tarik penumpang ler. Cara tarik? Berhenti ler lama2 kat perhentian2 bas yang utama sambil konduktor menjerit2 panggil penumpang naik bas masing2. Sebelah sini tarik, sebelah sana pun tarik...tak macam tarik tali ke tu?

Itu ajelah istilah yang ada kot? Aku belum mengkaji secara terperinci lagi akan istilah2 lain yang mungkin digunakan oleh mereka...setakat berkongsi apa yang aku tau jer.

Kenapa perlu ada persaingan yang tak sihat macam ni? Yang jadi mangsa, pengguna. Nak salahkan pengusaha2 bas bersaing bagai nak rak? Aku rasa tak patut pulak. Dah nama pun berniaga, mesti nak untung. Dan mereka akan gunakan apa cara sekalipun untuk dapatkan keuntungan, kan? Nak salahkan pemandu dan konduktor? Tak patut jugak sebab selain gaji asas mereka bergantung kepada komisen bagi setiap jumlah kutipan tambang yang diorang dapat dalam sehari. Diorang mesti nak mendapatkan komisen semaksima mungkin dan daripada maklumat yang aku dapat hasil perbualan aku dengan sorang konduktor bas SJ lebih kurang 2 tahun lepas (agak outdated pulak), mereka (konduktor jer, aku tak tanya pulak driver dapat berapa) akan mendapat komisen sebanyak RM10 bagi setiap RM1000 tambang yang berjaya dikumpul dalam sehari. No wonder la diorang beria2 tarik penumpang. Agaknya kalau bas Metro dan SJ naikkan tambang, naik jugak ke komisen yang diorang akan dapat? Kalau naik...hmmm...makin menjadi2 ler diorang ni bersaing nanti. Erm...

Kesimpulannya, berdasarkan kepada perkara di atas, aku berpendapat kerajaan yang patut mengendalikan pengangkutan awam; bukannya syarikat2 persendirian yang hanya berorientasikan keuntungan. Habis citer.

No comments: