Saturday, July 18, 2009

Yang Tersurat?? Yang Tersirat??

Suka dengar lagu Stairway to Heaven nyanyian Led Zeppelin? Aku suka jugak lagu ni. Memang best bangat. Sekali sekala melayan lagu ni memang syok. Lagu lama memang berhantu, kan? Makin lama dengar makin sedap. Jom layan jap!



Dalam best best tu ada yang tak bestnya. Tak best sebab ada yang mengatakan dalam lagu ni terdapat hidden message yang tak berapa enak untuk ditelan oleh akal fikiran yang waras. Ini berdasarkan kepada satu e-mel yang aku terima beberapa tahun yang lepas yang aku ingat2 lupa akan isi kandungannya. Aku tak tau la korang pernah terima e-mel yang sama atau tak? Aku tak tau aku masih simpan atau dah padam e-mel tu. Kalau ada lagi pun, tak kuasa aku nak mencarinya, eh. Dalam e-mel tu mengatakan bahawa lagu Stairway to Heaven ni kalau didengar secara terbalik liriknya bertukar kepada lirik yang memuja2 setan...maka sebagai orang Islam kita diingatkan agar tidak mendengar lagu ni...lebih kurang, sendiri mau ingat la...

Betul ke kalau didengar secara terbalik atau dalam bahasa Inggerisnya backwards, kita akan dengar Robert Plant memuja2 setan laknat tu? Dari Stairway to Heaven ke Stairway to Hell?? Apa kejadahnya ni...hohoho...Atas rasa tanggungjawab (cheh....) maka aku merayau2 di You Tube untuk mendapatkan kepastian. Banyak pulak aku jumpa lagu ni yang dimainkan secara terbalik. Kalau didengar tanpa lirik memang sepatah haram pun aku tak paham. Macam dengar alien yang menyanyi...eh...macamla aku penah dengar alien menyanyi, ek...hehe...Ok, ok...merapu pulak aku ni.

Oleh itu, mari kita dengar lagu terbalik ni beserta dengan lirik yang popular yang diterjemahkan oleh entah sapa2 yang takde keje tapi rajin sangat membuang masa menyusahkan diri mendengar dan menulis lirik mengikut apa yang mereka tangkap dari suara Mr. Plant ni (cuba baca dengan satu nafas..boleh tak? Hehe...).



Kalau didengar malam2 buta dan seorang diri di dalam gelap memang boleh meremang bulu roma. Aku rasa agaknya tulah sebabnya timbul perkataan2 yang menakutkan yang didengar oleh orang yang menterjemahkan lirik lagu terbalik ni. Kalau nak kata lagu ni memuja setan, pada pendapat aku agak
tak logik pulak. Sebab masa mula2 dok sebut pasal kristian dalam diri dia dan pasal Tuhan. Tengah2 lagu baru masuk pasal setan tu. Last sekali Israel pulak (tapi ni memang setan bertopeng manusia pun...ermmm).

Tapi kalau dikaji lebih mendalam, sebenarnya meletakkan mesej tersembunyi dengan menggunakan recording technique memang wujud dan ia dipanggil sebagai backmasking. Siap ada senarai lagu2 yang ada unsur2 backmasking ni. Dahsyat sungguh. Tak tau la nak kata apa dah...sama ada Led Zeppelin memang sengaja atau tidak menerapkan mesej tersembunyi, tu bukan masalah aku. Bukannya aku nak dengar lagu ni secara terbalik...buat sakit telinga jer mendengarnya, kan? Lagu ni dah cukup merdu untuk didengar secara betul, buat apa susah2 nak dengar secara terbalik pulak.

...dan kalau dilayan lagu2 yang didengar secara terbalik ni memang takkan habis. Akan ada jer lagu2 yang diletak dalam You Tube yang telah diterbalikkan. Yang tak tahannya lagu tema Spongebob Squarepants pun ada! Tak senonoh betul la diorang ni....

No comments: