Saturday, July 04, 2009

Edisi Tensen Tahap Gaban


Makin lama makin jarang aku update blog ni, kan? Masa mula2 dulu kan main aktif...hehe..

Bukan aku sengaja. Aku ni kan seorang Blogger Terlampau...sibuk. Sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Betulll..tak tipu kerana aku Blogger Terlampau...jujur.

Disebabkan sibuk, tak ada masa nak update blog ni. Tapi rasanya bukan ramai pun yang membaca blog yang tak seberapa ni kot. Blogger Terlampau...rendah diri pulak aku ni, kan? Nak buat camana...memang rendah pun...hehe...

Maka dengan ini aku pun dengan berbesar hati nak update blog ni untuk kepuasan diri aku sendiri dan untuk menghilangkan tekanan atau stres yang aku rasakan sekarang ni. Ya, aku Blogger Terlampau...stres. Mana taknya, kerja di office makin menimbun-nimbun banyaknya. Nak datang office hari ni tak boleh pulak. Masa aku tengah banyak kerja, masa tulah diorang ni nak upgrade network pulak. Dengki betul! Tak ada masa lain ke nak buat? Ini membuatkan aku bukan sahaja Blogger Terlampau...stres, malah Blogger Terlampau...tensen dan yang seangkatan dengannya...huhu...

Apa jugaklah yang aku merepek ni, ek? Tak mengembangkan minda langsung! Nak buat camana, aku Blogger Terlampau...tak siuman pada waktu dan ketika ini. Habislah korang pun jadi tak siuman bila baca entri ni. Sorry ye. Bukan aku sengaja (hehe...2 kali ulang ayat yang sama...memang Blogger Terlampau...suka mengulang aku ni...).

Oklah...aku dah mati akal nak tulis apa lagi dah. Baik aku berhenti di sini. Salam daripada Blogger Terlampau...apa2 ajelah...

Chow cincau!


No comments: