Sunday, October 04, 2009

Cerita Sensasi Lagi Menyangsikan

Sebelum aku mula menulis dalam blog, aku sebenarnya rajin juga menulis secara manual...tulis jurnal. Malam ni aku rasa macam nak berkongsi salah satu daripada entri yang aku buat dalam salah satu jurnal aku tu. Ia boleh dikatakan sebagai salah satu pengalaman pelik yang pernah aku alami. Pada pendapat aku la...mungkin pendapat korang takde apa yang peliknya pengalaman aku ni. Tapi apa yang pasti, ia sering membuatkan aku tertanya-tanya setiap kali aku membacanya.

Baiklah, tanpa membuang masa aku salin balik sebijik-sebijik macam yang aku tulis dalam jurnal tu (maklumlah nak copy and paste
tak boleh...huhu...). Maaflah kalau cara penceritaan kurang menarik...maklumlah aku ni tak pandai bercerita dan tak pernah terfikir pun nak berkongsi dengan sesiapa, cuma untuk bacaan sendiri kononnya.

Tarikh jurnal ialah 16/6/2006...

Petang tadi masa aku balik, berlaku suatu perkara yang aku tak sangka-sangka akan terjadi. Pelik...itulah yang boleh aku katakan tentang apa yang telah terjadi.

Ceritanya macam ni. Petang tadi aku balik dari kerja ingat nak balik naik bas SJ. Tapi bila aku sampai aje kat port biasa bas tu...tak ada satu pun bas SJ yang aku nampak. Kecewa jugak...tak dapat aku nak save RM0.80 lagi (nota tangan kanan: tambang bas SJ lebih murah berbanding dengan tambang bas Metro...heheh)...kena naik bas metro nampak gayanya.

So
, aku pun berjalan ke bus stop depan Bangkok Bank. Tak jauh pun daripada tempat menunggu bas SJ yang terletak kat tepi Bangkok Bank tu.

Masa aku berjalan ke bus stop, tiba-tiba ada sorang sami Buddha yang nampak macam lost. Bila aku dah dekat aje dengan dia, dia macam menahan aku. Nampak macam nak tanya direction aje. So, aku pun pergi dekat sikit dengan dia. Bila aku dekat aje dan nak tanya dia kenapa (nota tangan kiri: aku cuma nak bagitau aku dah lama mengamalkan semangat 1Malaysia...tak kira sapa aku akan tolong punya...hahaha), aku dengar dia bercakap sesuatu yang aku tak faham langsung. Aku ingat dia speaking ke apa...mungkin dia cakap perlahan sangat...tu yang dengar pelik tu. Tapi makin aku cuba dengar dan faham...makin aku jadi tak faham. Tercengang-cengang jugak aku...nganga ajelah.

Lepas tu bila dah habis tu, dia terus blah. Aku pun dengan keadaan yang masih terpinga-pinga pun terus jalan menuju ke arah bas. Dalam masa tu baru aku terfikir...agaknya sami tu baca mantera agaknya tadi. Hish...patutlah aku tak faham apa yang dia cakap...lepas tu aku tengok tadi pergerakan tangan dia macam dia tengah 'sembahyang'...macam dalam tv selalu tunjuk tu...

Entah apalah yang dia baca tadi? Takut jugak aku kot-kot jampi tak baik. Tapi takkanlah dia nak aniaya aku pulak, kan? Kalau dia doa yang baik-baik untuk aku...harap-harap Allah akan dengar doa dia dan memberikan segala kebaikan yang dia minta untuk aku tu kepada aku. Tapi doa orang kafir...takkanlah akan dimakbulkan pulak, kan? Aku pun tak tau sebenarnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin kalau aku ingat pada hari Isnin nanti, aku nak tanya kat Mei Yen. Kot-kotlah dia tau pasal apa sami tu buat macam tu? I hope I can get the answer, insya-Allah.

Itulah ceritanya. Did I get the answer? No. Aku tak pernah tanya Mei Yen (my ex-boss ni) tentang perkara tersebut. Aku ingat, cuma I didn't dare to ask. Maklumlah semangat 1Malaysia sungguh menebal dalam jiwa aku...aku takut dia tersalah faham pulak maksud sebenar aku menanya soalan tu nanti...kang timbul masalah lain pulak...huhu...

Nota kaki: Kadang-kadang aku terfikir, dalam ramai-ramai orang kenapa aku yang ditargetnya? Mungkin yang nampak lost bukan dia, tapi aku? Anyway, thanks for your prayer (whatever it may be), tuan sami. You're such a nice guy...

2 comments:

Kurma said...

alamak siti.. sebab 1Malaysia la ko patut tanya.. supaya kita lebih memahami dan mengenali mereka...
dan tak terus merasa sangsi dan sensasi..
apala agaknya dia baca.. kalu aku seminggu berdebor gak hehehe..

Siti R said...

hehe...masalah berat mulut nak bertanya sebenornya...berat 50 tan metrik...x terucap dibuatnya.

entah ler...berdebor n takut gak masa mula2 tu...tp dah lama2 mcm de apa2 yg x diingini berlaku, maka aku mengganggap sami tu cuma baca jampi utk naikkan seri muka...heheh