Hahaha...mintak maaf kerana aku memulakan entri dengan gelak tawa yang mengada-ngada. Aku pun tak tau sebab apa aku tergelak. Mungkin sebab aku ternampak muka korang yang terkejut beruk atau terpinga-pinga melihat 'kulit' baru aku ni.
Hahaha...memang betul aku dah tukar theme baru. Tak payah gosok-gosok mata atau membetulkan skrin PC/Notebook korang. Tak ada apa-apa masalah dengan mata dan juga PC/Notebook korang tu. Yang bermasalah ialah aku. Sejak dua menjak ni entah kenapa rasa macam tak ada apa-apa idea nak tulis dalam blog ni. Maka dengan itu aku pun dengan penuh pengharapan menukar 'kulit' sekali lagi...manalah tahu kalau aku tukar 'kulit', idea akan datang mencurah-curah selepas ini.
Hahaha...rupa-rupanya aku silap. Idea tak juga berkunjung datang. Apa sudah jadi dengan kepala otak aku ni? Mungkin sebab aku tidak mengadakan 'open brain' sempena bulan Syawal yang dah hampir meninggalkan kita semua. Mungkin juga perlu di CT (bukan Siti R) scan. Atau adakah theme ni tak serasi dan serasa dengan aku? Mungkin jugak...maklumlah theme ni theme percuma, langsung tak mengujakan dan menerangkan kepala otak aku. Perlukah aku membeli mentol banyak-banyak dan lekatkan ia di kepala? Mungkin dengan cara demikian idea akan datang mencurah-curah.
Hahaha...aku rasa betul-betul macam orang kurang siuman ketawa tak tentu pasal. Perlukah aku berjumpa dengan pakar sakit jiwa? Mungkin beliau akan dapat membantu menyelesaikan masalah aku ni. Atau perlukah aku berjumpa dengan bomoh? Bolehlah beliau menyeru idea keluar dari kepala aku, kan?
Hahaha...kenapalah tak lawak sungguh entri ni? Tak ada sesiapa yang ketawa melainkan diri aku sendiri. Maka, lebih baik aku berhenti di sini sebelum ada orang yang silambam kepala aku ni...huhuhu...

2 comments:
baik ko tuko theme lain cepat!
erm...nanti la...x jumpa yg berkenan di hati lagi (sbnrnya x cari pun lg...heheh)
Post a Comment