Thursday, October 22, 2009

Nak Melintas Pun Susah...

Susah betul aku nak melintas jalan untuk ke tempat menunggu bas pada pagi tadi. Entah kenapa banyak pulak kenderaan yang lalu lalang. Mungkin sebab aku lewat keluar (read: I overslept) rumah untuk pergi ke pejabat.

Lama juga aku tunggu masa yang selamat untuk aku melintas. Mungkin lebih dari 5 minit. Masa menunggu tu, tiba-tiba aku teringatkan sesuatu...
Aku teringatkan satu joke yang aku baca dalam Readers' Digest. Tak ingat pulak keluaran yang mana, tapi mungkin dalam tahun lepas. Aku tak ingat sangat butir-butirnya, tapi ceritanya lebih kurang macam di bawah (aku terjemahkan mengikut apa yang aku ingat dan mengikut sesuka hati aku):

Ada seekor ayam dan seekor lembu (kalau tak silap aku lembu, ataupun mungkin kambing...ahhh...hentam sajalah) yang berkawan baik. Mereka tinggal di satu tempat yang sedang dilanda peperangan. Disebabkan tidak tahan lagi tinggal di situ, si lembu mengajak si ayam untuk pergi ke tempat yang tidak dilanda peperangan yang hanya terletak di seberang jalan. Si ayam pun bersetuju dengan cadangan tersebut.

Mereka pun memulakan perjalanan. Setelah berjaya mengharungi cabaran dan halangan, akhirnya mereka sampai di tepi jalan. Si lembu dah nak melintas, tetapi si ayam tiba-tiba kaku.

Si lembu pun merasa hairan, lalu bertanya kepada si ayam, "Kenapa kau berdiri kaku di situ? Tunggu apa lagi, ayam? Marilah kita melintas jalan ni."

"Aku tak mahu melintaslah."

"Kenapa? Kita dah dekat dah ni."

"Aku tak mahulah, lembu. Kalau aku melintas jugak, orang pasti akan mula bersoal, why did the chicken cross the road? Tak ke naya tu?" 

Did you get the joke? I find it quite hilarious...nasib baik aku tak tergelak masa nak melintas jalan tadi. Kalau tak, sah-sah orang ingat aku dah tak siuman. Tak ke naya tu?

2 comments:

B E L L A said...

haha smpt lagi pk lawak mase nk lintas. naseb idop g . ;p

Siti R said...

heee...saja nak menghiburkan hati yg dah panas