Berjumpa Pakar
Mati akal saya dibuatnya. Tiada pengalaman dimasukkan ke hospital membuatkan saya tidak tahu hendak merujuk situasi yang saya hadapi ini kepada siapa atau hospital mana. Banyak masa saya dihabiskan dengan membaca tentang Complex Ovarian Cyst di internet dan juga membuka laman web-laman web hospital swasta yang terlintas di fikiran saya. Namun masih juga saya tidak dapat membuat keputusan untuk merujuk ke mana.
Dalam pada kebuntuan, tiba-tiba saya teringat bahawa berdekatan dengan taman perumahan saya ini terdapat sebuah Klinik Pakar Wanita. Kenapalah saya tidak terfikirkannya awal-awal lagi? Maka, pada hari cuti ganti Maal Hijrah, iaitu pada 28/11/2011, saya merujuk kes saya di sana.
Sekali lagi ujian ultrasound dilakukan ke atas saya. Doktor yang bernama Achaiah Kumar Rao mengesahkan apa yang ditemui sebelum ini. Beliau berpendapat bahawa Complex Ovarian Cyst saya ini adalah daripada jenis endometrioma (secara ringkasnya ada tiga jenis Complex Ovarian Cyst - dermoid cyst, endometrioma dan cystadenomas).
"Tapi doktor, kenapa saya tak rasa sakit?" tanya saya ingin tahu.
"Cyst biasanya memang tak menyakitkan. Kalau sakit maknanya (ia) dah teruk," jawab doktor dengan selamba.
Disebabkan saiznya yang telah besar doktor juga berpendapat saya perlu dibedah. Apabila saya bertanya adakah Laparoscopy (pengalaman mengendalikan kes-kes tuntutan insurans sebelum ini membolehkan saya mengetahui serba sedikit jargon-jargon perubatan) sesuai untuk membuang cyst tersebut? Doktor menggelengkan kepalanya dan mengatakan ia tidak sesuai kerana saiz cyst yang besar itu. Well, size does matter after all...sigh.
Selepas perut saya di-scan, doktor menuliskan surat rujukan untuk saya. Sepanjang masa itu, saya hanya berdiam diri dan melihat doktor menulis, tetapi tiada tanda-tanda doktor merasa gementar. Saya fikir mungkin beliau sudah biasa ditenung begitu. Ahaks!
Membuat Temujanji
Walaupun sudah mendapat surat rujukan, saya masih buntu hendak merujuk kes saya ini di hospital mana. Lalu saya mengadukan hal saya ini kepada Kak Ferry (bukan nama sebenar), rakan sekerja yang berpengalaman luas dalam hal tuntutan insurans. Jadi saya kira dia pasti boleh mencadangkan kepada saya di hospital mana saya boleh rujuk kes saya itu.
Nampaknya Kak Ferry memang tidak menghampakan. Bukan sahaja dia mencadangkan hospital, tetapi dia turut membantu saya mencari nama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (kerana saya ada beritahu bahawa saya hanya mahu doktor perempuan) beserta nombor telefon dan nombor sambungan kliniknya sekali. Akhirnya saya membuat temujanji untuk berjumpa Dr. Siti Zaleha, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di KPJ Tawakkal Specialist Hospital (Hospital Tawakkal) pada hari Isnin, 12/12/2011.
Hari Temujanji
Pada hari yang dijanjikan, saya bertemu dengan Dr. Siti Zaleha di Hospital Tawakkal. Setelah menyerahkan surat rujukan dan bercerita serba sedikit tentang 'sejarah' cyst saya seperti yang diminta oleh doktor, sekali lagi saya di-scan.
Semasa sedang di-scan, doktor bertanya sama ada saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Dalam terhairan-hairan kerana merasakan soalan doktor tidak relevan dengan penyakit yang dihidapi, saya menjawab tidak. Rupa-rupanya soalan doktor itu agak relevan kerana selepas itu beliau menerangkan bahawa sekiranya saya berkahwin dalam masa terdekat ini, ada kemungkinan cyst itu akan 'tidur.' Masih dalam kehairanan saya bertanya apa yang dimaksudkan oleh doktor sebagai cyst itu akan 'tidur'?
Maksudnya, sekiranya saya mengandung, cyst itu akan 'tidur' sepanjang saya mengandung, iaitu ia tidak akan membesar lagi. Oh...begitu rupanya. Tetapi sebenarnya saya masih lagi berasa hairan. Sepanjang pembacaan saya mengenai cyst, kebanyakannya mengatakan bahawa cyst ini antara penyebab wanita sukar mengandung. Tetapi daripada apa yang doktor cakap, seolah-olah tiada masalah atau mudah untuk mengandung walaupun saya ada cyst. Namun, mulut saya ini tidak ringan pula hendak bertanya lebih lanjut. Anggap sahajalah itu sebagai salah satu daripada rahsia Tuhan. Habis cerita. Cuma...terasa sayang sungguh kerana saya tidak akan berkahwin dalam waktu terdekat ini. Ahaks!
Endometrioma
Sebagaimana Dr. Achaiah, Dr. Siti Zaleha juga berpendapat bahawa cyst saya ini adalah daripada jenis endometrioma. Katanya cyst ini terjadi disebabkan darah haid saya yang tidak 'turun' habis semasa datang bulan, sebaliknya ia berkumpul di kantung yang tumbuh di ovari (dalam kes saya di sebelah kiri). Proses ini dikenali juga sebagai "retrograde menstruation." Lama-kelamaan darah yang berkumpul itu bertukar warna menjadi coklat, sebab itu ia juga dikenali sebagai Chocolate Cyst. Setiap kali haid, cyst akan membesar disebabkan darah yang terkumpul itu. Pelik juga saya, bagaimana aliran darah tersebut boleh melawan graviti? Sungguh-sungguh misteri. Lebih misteri daripada misteri nusantara.
Dr. Siti Zaleha juga sependapat dengan Dr. Achaiah, saya memang perlu dibedah. Dan perlu dibedah dalam masa yang terdekat ini. Ada beberapa kemungkinan yang boleh terjadi sekiranya dibiarkan. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, ada kemungkinan cyst akan pecah atau bersimpul (twisted) di ovari. Doktor juga khuatir jika ia akan banyak 'memakan' atau merosakkan ovari saya. Jika masih OK, doktor akan reconstruct ovari mengikut berapa banyak bahagian yang masih elok. Kalau rosak teruk, ada kemungkinan ovari perlu dibuang terus! Gerun juga saya mendengarnya, sama gerunnya semasa saya mendengar bahawa saya perlu dibedah.
Doktor juga menasihatkan saya supaya mula mengatur dan menguruskan kerja saya di pejabat. Ini adalah kerana saya perlu berehat selama satu hingga dua bulan selepas dibedah. OK, yang ini saya tidak gerun mendengarnya tetapi terasa seperti hendak melompat-lompat kegembiraan...hehehe!
Namun, doktor tidak mahu terburu-buru untuk membedah saya. Beliau mahu memastikan keadaan sebenar cyst saya itu. Seperti yang diberitahu kepada saya, beliau tidak mahu ada 'surprise' semasa saya dibedah nanti. Jadi, beliau meminta saya menjalani dua ujian bagi beliau menganalisa keadaan saya. Saya perlu menjalani ujian Tumor Marker CA-125, dan juga CT Scan pada hari tersebut.
Maka, sekali lagi, bermulalah hari yang panjang bagi saya...

5 comments:
tak sabar nak tunggu the next story.. :)
Terima kasih, Zy.
Sekarang mmg tgh menggarap sambungannya. Insya-Allah, akan di-publish dlm masa terdekat. Cewah...hehe~
Terima kasih :)
Salam siti r ade x nombor tel dokter pakar sakit puan.. bole bagi ke saya? Emergency sgt..
Ini no. telefon o&g di Tawakkal Hospital 03-40267777 ext. 5073 (klinik dr. Siti Zaleha)
Post a Comment