Sunday, November 29, 2009

Penulis Jemputan Hari Ini

Nama saya Siti Zumratul A'shikin BT. Zolkphli
Umur saya 8 thn
Saya tinggal di Putrajaya
Nama kawan baik saya ALYA,iZZATI DAN Huda
Hobi saya bermain dan menonton televisyen
Makanan kegemaran saya ayam goreng dan roti jonn
Minuman kegemaran saya air mangga,air laici,airapple dan air sirap

Nota: Entri di atas ditulis oleh anak saudaraku yang sungguh comel. Tanpa diedit. Suka tak?

Wednesday, November 25, 2009

Lalak Si Lalok

Semalam aku melalui perjalanan pulang yang cukup panjang. Nasib aku memang tidak baik. Sudahlah aku terpaksa berdiri lebih kurang separuh perjalanan, jalan pula jem di banyak tempat. Lebih kurang 3 jam baharu sampai ke rumah - lebih kurang sama perjalanan balik ke kampung. Kalau macam ini lebih baik balik kampung.

Aku sebenarnya bukan hendak bercerita panjang tentang jalan yang jem. Atau betapa penatnya aku berdiri dalam bas. Atau disebabkan lambat sampai rumah aku terlepas waktu Maghrib. Tetapi aku hendak bercerita tentang salah seorang penumpang bas yang agak 'jem' otaknya yang membuatkan otak aku rasa penat, lebih penat daripada kena berdiri lama.

Dalam entri aku sebelum ini, aku ada menyenaraikan perkara-perkara yang menjengkelkan aku. Kalau tidak percaya, silalah baca di sini (rujuk poin no. 3). Perkara yang menjengkelkan tersebut telah berlaku semalam. Sebenarnya bukan semalam sahaja...ada juga masa lain perkara ini terjadi. Tetapi semalam amat berlainan sekali.

Thursday, November 19, 2009

Masa Untuk Membunuh

Fikiran buntulah. Tak tahu sebenarnya apa yang hendak diluahkan. Hentam sajalah. Ikut suka jari ni nak taip apa. Tengok apa yang keluar.

Ya, malam ini aku hendak membiarkan jari aku yang berfikir. Haha...boleh ke jari berfikir? Gila ke apa? Memang dah gila kot?

Tolong aku. Rasa macam nak gila dah. Rasa macam nak membunuh pun ada.

Monday, November 16, 2009

Ferdinand Magellan vs Christopher Columbus

Tadi aku menonton rancangan kuiz "Are You Smarter Than a 5th Grader?" di saluran Star World. Terlambat buka sebab rancangan sudah hampir ke penghujung. Soalan terakhir yang ditanya kepada peserta yang bernama Patrick (eyewwww...tak ada nama lain ke?) sebelum rancangan berakhir adalah lebih kurang begini bunyinya: pada abad ke 16, siapakah nama pelayar/peneroka yang telah berjaya belayar mengelilingi satu dunia?

Lebih kurang macam tulah soalannya. Tak ingat sangat soalan sebenar sebab panjang sangat dan dalam bahasa Inggeris pulak tu. Aku rasa aku tahu jawapannya - Magellan. Ya, nama Magellan ter pop-up dalam kepala aku. Tapi malangnya aku tak ingat nama penuh mamat tu. 

Si Patrick jugak kata dia tahu jawapannya. Dengan penuh keyakinan yang tinggi, dia menjawab Christopher Columbus. Huh! Betul ke Christopher Columbus? Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab menjumpai Amerika? Ahh! Memandai-mandai sahaja si Patrick tu. Adakah orang yang bernama Patrick ni memang macam itu perangainya? Tapi tidak aku nafikan, keyakinan aku mula goyah bila mendengar jawapan si Patrick. Magellan atau Christopher Columbus atau orang lain yang belayar keliling satu dunia pada abad ke 16 tu? Betulkah Christopher Columbus? Betulkah? Betulkah?

Sunday, November 15, 2009

Orang Tamak Takkan Rugi Dalam Episod: Siti R's Believe It or Not? Macam Tak Percaya Sahaja!

Sedutan episod yang lepas...
"Makin banyak diklik, makin cerah peluang orang tamak ini untuk mendapat hadiah buku percuma. Bagi orang tamak ini, hadiah tersebut lebih berharga daripada emas permata, malah intan berlian sekalipun."
"Semoga usaha tidak seberapa orang tamak ini tidak sia-sia. Janganlah jadikan orang tamak ini rugi." 
Fuhh...!!! Sungguh mendebarkan, bukan? Apakah yang akan terjadi dalam episod kali ini? Yang pastinya, sesuatu yang tidak disangka-sangka telah dialami oleh orang tamak ini dan ia tidak tercapai dek akal fikiran tidak warasnya. Apakah yang telah berlaku? Adakah orang tamak ini diburu oleh pembunuh upahan? Atau adakah orang tamak ini menemui dirinya terlibat dalam kancah dunia perisikan antarabangsa? Nak tahu apa dia? Mari kita ikuti kisah seterusnya...

Friday, November 13, 2009

Orang Tamak Takkan Rugi, Dalam Episod: Saya Mahu Buku Percuma Bersempena Dengan Peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang"


Hai. Nampak tak banner dengan tangan yang merelip-relip kat atas tu? Banner tu bukan untuk dipandang sahaja, ya. Banner itu untuk diklik seberapa banyak yang mungkin. Makin banyak diklik, makin cerah peluang orang tamak ini untuk mendapat hadiah buku percuma. Bagi orang tamak ini, hadiah tersebut lebih berharga daripada emas permata, malah intan berlian sekalipun.

Open Air, Not Open Arms

Pernahkah kawan-kawan terfikir mengapakah kalau sesebuah restoran ada menyediakan tempat duduk open air, para pengunjung restoran lebih gemar memenuhi tempat duduk tersebut daripada duduk di dalam restoran? Bukan setakat mereka, aku dan juga mungkin kawan-kawan semua rasanya lebih gemar makan di kawasan open air, bukan?

Tak pernah terfikir? Ataupun malas nak fikir? Aku? Aku tak payah fikir sebab aku dah lama tahu jawapannya. Tak payah panggil ahli antropologi untuk buat kajian. Buang karan sahaja. Aku, walaupun bukanlah pakar dalam bidang antropologi tetapi jawapan kepada persoalan di atas telah lama berada dalam minda genius aku ni (maklumlah tak ada orang nak kata aku genius maka terpaksalah aku masuk lif tekan butang sendiri). Jawapannya senang sahaja. Sudah bersedia untuk merasai pengalaman merasa kagum tahap gaban terhadap kegeniusan aku?

Thursday, November 12, 2009

Macam-macam Boleh Berlaku Dalam Seminggu

Tajuk di atas bukan diciplak daripada penghujung cerita "Transgenesis: Bisikan Rimba" yang baru aku baca walaupun dah berminggu-minggu aku beli. Tidak sama sekali.

Siapa kata dalam seminggu aku pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja dan seterusnya pergi kerja, balik kerja dan lagi dan lagi. Siapa yang kata begitu memang tidak syak lagi, dia memang betul.

Bosan betul hidup aku ni, kan? Tapi tidak dalam seminggu yang lepas. Seminggu yang lepas mengajar aku bahawa penantian itu suatu penyeksaan. Seminggu yang lepas mengajar aku bahawa menangguh-menangguh itu satu sifat yang amat baik sekali malah sangat terpuji. Seminggu yang lepas mengajar aku maksud baru bagi 'berani buat berani tanggung' iaitu berani tak buat sendiri tanggunglah!

Sunday, November 01, 2009

Ilmu Tanpa Amal Adalah Sia-sia

Selalunya kalau kita mempelajari sesuatu ilmu yang baharu, seringkali kita mengharapkan agar dapat faham sefaham-fahamnya baharulah kita hendak mengamalkan atau mengaplikasikan ilmu tersebut. Kadang-kadang apa yang kita harapkan itu tidak mungkin akan berlaku kerana untuk memahami secara total sesuatu ilmu yang baharu sahaja dipelajari adalah amat mustahil sekali.