Saturday, July 04, 2009

Edisi Tensen Tahap Gaban II


Dah tensen2 ni best jugak kalau aku senaraikan perkara2 yang menjengkelkan aku supaya makin bertambah2 rasa tensen aku ni..hehe...Banyak benda yang orang lain buat yang menjengkelkan aku...macamlah orang lain tak berasa jengkel dengan aku, ek? Tapi rasanya tak ada, kot...hehe

Oklah, daripada aku merepek merapu, lebih baik aku terus senaraikan perkara2 yang menjengkelkan yang membuatkan aku rasa nak berbuat sesuatu ke atas orang2 yang melakukannya. Tapi yang selalu terjadi ialah aku hanya mampu membayangkannya sahaja...hohoho...

1. Ludah merata2. Ni apa kesnya ni? Tak faham betullah kenapa sesetengah orang suka ludah merata2 terutama sekali orang lelaki dan kebanyakkannya pendatang asing. Sungguh menjijikkan! Kalau ye pun nak meludah, cari ler tempat yang sesuai seperti dalam longkang ke. Ni tidak..suka2 je meludah kat atas jalan, kat atas kaki lima...macam2 warna pulak tu...tambah pulak kalau orang yang suka kunyah sireh (orang Myanmar ke orang Nepal aku kurang pasti pulak)...diorang nilah yang menyebabkan kaki lima2 kat sekitar Kotaraya jadi hitam disebabkan hasil ludahan diorang. Namun ada juga peludah yang aku boleh maafkan iaitu pemain2 bolasepak...itupun sebab diorang meludah kat padang bola. Aku rasa orang yang suka meludah merata2 ni patut dijahit mulut diorang ni...tak pun kena tendang macam bola...mengotorkan alam sekitar je!

2. Buang sampah merata2. Ni lagi satu aku tak gemar. Lagi satu spesies yang tak tau menjaga kebersihan dan keharmonian alam sekitar. Susah sangat ke nak buang sampah ke dalam tong sampah? Tong sampah disediakan bukan untuk perhiasan semata2, ok. Kalau tak ada tong sampah pun, apa salahnya pegang dulu atau simpan dalam beg dulu sampah tu? Susah sangat ke? Lagi sakit hati bila tengok orang2 yang lempar sampah keluar daripada tingkap kereta. Buang karan betul...agaknya patut dikenakan renjatan elektrik je ke atas orang2 yang tak reti nak jaga kebersihan ni.

3. Dengar lagu guna speaker. Helloooo...kalau ye pun nak dengar lagu dalam handphone yang canggih tu jangan ler guna speaker. Guna ler earphone/headphone. Bukan semua orang minat muzik yang sama, ok. Kadang2 aku tak kisah sangat, tapi yang aku kisah bila lagu2 yang diperdengarkan adalah lagu2 yang aku tak suka, lagu2 dangdut...lagu2 dari negara2 entah dari mana entah...negara Antah Berantah kot? Rasa macam nak rampas je handphone diorang lepas tu baling kat dinding atau atas jalan biar hancur berkecai. Baru puas hati...muahaha...

4. Hisap rokok di tempat awam. Bikin panas betul! Kalau bau asap rokok tu wangi dan tak menjejaskan kesihatan penghidu asap yang innocent ni tak pe jugak. Sekarang ni aku rasa semakin sensitif dengan bau asap rokok...rasa tak boleh bernafas...serius! Kadang2 rasa macam nak tegur aje orang2 yang hisap rokok dekat dengan aku, tapi aku masih tak berani lagi. May be one day bila aku dah tak boleh tahan lagi, aku silambam terus penghisap2 rokok yang tak berhemah ni! (Kepada pembaca2 blog ni yang jugak merupakan perokok...tolong ler bertimbangrasa dengan orang sekeliling, ok? Bukan semua orang enjoy apa yang korang enjoy tu. Apa2 pun korang memang cool. Peace y'all).

5. Ada orang suka bercakap panjang lebar sebelum menyatakan perkara sebenar yang diorang nak sampaikan. Nak beritau sikit je, tapi dia punya penerangan tu panjang lebar macam citer Lord of the Rings pulak. Ni kes salah seorang colleague aku la ni. Kalau dia cakap aku suka mencelah walaupun aku tau mencelah orang yang tengah bercakap adalah kurang sopan. Tak boleh tahan lah. Kenapa tak boleh cakap straight to the point? Tensen betul.

6. Asyiknya bercinta. Couples...what can I say? Masa bercinta sayang berlebih2 sangat. Kalau setakat berpegang tangan aku boleh pejam mata walaupun terang2 benda tu tetap haram. Kalau lebih daripada tu...aku tak boleh terima. Menyakitkan mata aje. Apa patut buat dengan orang2 macam ni? Kawinkan aje kot? Selingan jap...dulu masa aku dengan Chik tengah lepak2 kat tepi air pancut kat Taman KLCC, kitorang nampak ada couple ni tengah bermanja2 agak melampau gak di bangku bertentangan dengan tempat lepak kitorang. Baru je kitorang mengutuk kenapalah pak guard tak ambik tindakan memandangkan tempat tu tempat awam...tak lama lepas tu memang diorang kena tahan dan dibawa ke pondok guard. Mesti kena bambu dalam tu...hehe..padan muka diorang.

Ok. Cukup sampai di sini sahaja senarai perkara2 yang menjengkelkan aku. Kalau banyak2 karang takut korang pulak yang rasa jengkel dengan entri aku ni pulak...lagipun aku dah tak boleh nak recall apa benda lagi yang membuatkan aku rasa jengkel...hehe...

Macamana dengan korang? Mesti ada benda2 yang menjengkelkan korang jugak, kan? Tak nak kongsi ke? Marilah kita kongsi kongsi kong sini...yea...hahaha...

No comments: