Monday, July 13, 2009

Pavilion, KL

Semalam aku pegi menonton filem Ice Age 3 (versi 3D, ok) di GSC, Pavilion. Aku bukan nak komen pasal filem tu...malas nak komen. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa citernya biasa2 je. Yang best mungkin pada watak Buck...aku suka dengar dia punya English accent...Kalau takde Buck mungkin citer ni agak hambar...atau adakah aku yang hampeh dah takde feel nak tengok wayang? Dan kenapa aku masih rasa Star Trek citer paling best aku tengok tahun ni diikuti dengan Angels and Demons, ye? Hmmm...

Lupakan pasal Ice Age 3. Aku ni nak citer pasal Pavilion sebenarnya...hehe...Pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Aku suka la pegi Pavilion. Pelik, kan? Apa kena entah dengan aku ni?

Aku rasa mungkin sebab kat sana tak ramai orang. Tak macam KLCC dan tak macam Mid Valley. Boleh tak korang bayangkan pukul 12 di hari ahad tak ramai orang beratur nak beli tiket wayang? Kalau kat KLCC, pukul 10 pagi aku gerenti mesti dah ramai beratur sampai kat luar pintu TGV tu. Kalau kat Mid Valley biasanya pukul 11.30 pagi dah mula nampak orang ramai beratur panjang nak beli tiket wayang. Kat Pavilion boleh lengang2 kangkong nak beli tiket wayang. Syoknya tak boleh nak cakap. Lain kali kena tengok wayang kat Pavilion la...hehehe...

Window shopping kat Pavilion pun best jugak. Walaupun sekarang tengah mega sales, masih tak ada orang ramai bersesak2 berbanding dengan KLCC, or even Mid Valley. Agaknya sebab Pavilion ni tempat orang2 kaya bershopping kot (ni officemate yang cakap, bukan aku)? Kalau macam tu aku ni orang kaya la ye sebab dah terbeli sepasang suit Edmundser dengan harga diskaun sebanyak 50%...hohoho...gilos betul tapi dah dapat beli separuh harga, sapa tak nak! Terasa macam orang kaya walaupun beli dengan harga murah...hehehe...

No comments: