Friday, December 31, 2010

Malam Tadi Ku Bermimpi

Pelik betul mimpi malam tadi. Saya teringin makan nasi tomato. Lalu saya masuk ke dalam sebuah bangunan. Saya turun ke tingkat bawah bangunan dengan menggunakan eskalator. Semasa turun saya merasakan seperti berada di negara Turki. Entah mengapa? Mungkin saya ternampak kelibat beberapa orang perempuan berkulit putih dan berambut perang yang sedang bertutur dalam Bahasa Turki di tingkat bawah.

Tingkat bawah bercat putih keseluruhannya. Terasa begitu moden sekali. Di hadapan saya, di sebelah kanan ada dinding separuh...mungkin di belakang dinding ada satu bilik/kaunter. Manakala di sebelah kiri ada laluan untuk terus masuk ke dalam bangunan. Di bahagian atas dinding sebelah kanan itu ada sebuah TV LCD/Plasma yang sedang menayangkan sebuah video klip.

Video klip tersebutlah yang agak pelik, yang membuatkan saya tertanya-tanya (dalam mimpi dan dalam jaga). Kelihatan Will Smith sedang menyanyikan sebuah lagu Rap...mungkin lagu terbaharu beliau. Apa yang agak mengejutkan saya adalah lirik lagu beliau berunsur keIslaman. Bukan sahaja lirik, tetapi setelah video memaparkan muka Will Smith...ia beralih pula memaparkan animasi perkataan-perkataan seperti Allah, Alhamdulillah (ada lain-lain tetapi tidak pula saya ingat) dalam tulisan Jawi yang bercahaya-cahaya dan berwarna hijau.

Kemudian saya terjaga. Adakah benar mimpi saya atau sekadar mainan tidur? Saya mengharapkan perkara ini benar. Saya gembira kalau Will Smith benar-benar sudah memeluk Islam kerana dia merupakan seorang Penyanyi dan Pelakon Hollywood yang hampir tiada kontroversi atau dilanda gosip liar. Lagipun dia pernah berlakon menjadi peninju legenda Muhammad Ali dalam filem "Ali" pada tahun 2001.

Agak malanglah jika ini cuma mainan tidur...hmmm...

Saturday, December 25, 2010

China lagi...Lagi, lagi China

Lebih kurang dua minggu yang lepas saya bercuti ke China. Ya, ke China lagi saya tuju walaupun Travelog Beijing - Xi'an belum habis ditulis lagi..hahaha!

Ramai yang bertanya kenapa ke China? Bukankah saya baharu sahaja ke sana pada penghujung April yang lepas? Bukan saya tidak mahu ke negara lain. Tetapi rasanya pengetahuan saya terhadap sejarah negara China masih belum lengkap. Jadi, saya perlu ke sana sekali lagi.

Saya sudah ke Xi'an untuk mengetahui sejarah China lebih kurang 2 ribu tahun yang lepas dan sudah pula ke Beijing untuk mengetahui sejarah China lebih kurang 1 ribu tahun yang lepas. Jadi, tidak lengkaplah jika tidak mengunjungi Shanghai untuk mengetahui sejarah China lebih kurang 100 tahun yang lepas walaupun matapelajaran sejarah bukanlah matapelajaran yang saya gemari semasa di sekolah dahulu. Maka, tidak hairanlah saya masih kurang pasti apa yang saya belajar tentang sejarah China setelah mengunjungi ketiga-tiga tempat tersebut.

Walaupun pengetahuan saya mengenai sejarah China 2 ribu, 1 ribu dan 100 tahun dahulu masih tidak memuaskan, sekurang-kurangnya ada perkara lain yang saya telah belajar dan sangat lekat dalam fikiran sehingga ke hari ini. Kata Pemandu Pelancong, Encik Jack (bukan Jack Sparrow), lelaki Shanghai adalah bakal suami yang terbaik berdasarkan tiga perkara:

Pertama: Mereka patuh kepada isteri.

Kedua: Setiap bulan mereka menyerahkan duit gaji kepada isteri. Maksudnya, isteri mengawal sepenuhnya rumahtangga mereka.

Ketiga: Tidak kira apa pekerjaan dan pangkat yang dipegang, hatta CEO sekalipun, apabila di rumah mereka tetap membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Menarik sungguh. Oleh itu, saya ke Shanghai dengan hati yang berbunga-bunga. Manalah tahu boleh mengayat lelaki Shanghai untuk dijadikan calon suami. Tetapi malangnya tidak seorang pun yang tersangkut. Tidak mengapalah. Yang penting saya dapat melihat keunikan bangunan-bangunan di Shanghai Pudong District terutama sekali Oriental Pearl yang merupakan menara televisyen dan radio yang ketiga tertinggi di dunia; yang sebelum ini hanya dilihat di dalam gambar.

Namun, bukan Shanghai sahaja yang ada keunikan tersendiri. Berdasarkan pemerhatian saya, tiga lagi tempat yang dikunjungi ada keunikan masing-masing.

Hangzhou: Sebaik sahaja pesawat terbang rendah untuk mendarat di Lapangan Terbang, saya sudah nampak kelainan struktur bangunan di muka bumi Hangzhou. Apabila sudah berada di jalan raya, memang dapat dilihat kelainan dan kecantikan bangunan-bangunan yang kebanyakannya rumah-rumah persendirian. Semua dinding luar bangunan tersebut bagaikan dibalut dengan wall paper. Coraknya seperti batu bata yang berwarna terang diselang-seli dengan batu bata gelap dengan warna yang berpadanan (apabila dilihat dari dekat dindingnya bukanlah dibalut dengan wall paper atau diperbuat daripada batu bata, tetapi dindingnya kalau tidak silap saya diperbuat daripada jubin). Bentuk bangunannya yang comel ditambah pula dengan antena TV yang unik juga amat menarik perhatian saya. Tidak puas mata memandang.

Suzhou: Saya tidak pernah mendengar tentang Suzhou. Saya sangkakan Suzhou sebuah daerah yang tidak begitu menonjol...mungkin agak kekampungan sedikit. Tetapi betapa silapnya saya. Suzhou sangat happening dan moden! Di waktu malam ia menjadi sebuah City of Lights. Kalian mungkin kata, KL pun banyak lampu perhiasan juga. No, no, no...di Suzhou lebih banyak, lebih menarik dan lebih cantik. Full stop.

Wuxi: Sebuah daerah yang tenang dan cantik sekali. Di sini terdapat sebuah perkampungan filem/drama epik China - digelar juga sebagai Hollywood China. Antara drama yang difilemkan di sana adalah drama "The Legend of 3 Kingdoms." Saya tidak pernah tonton drama ini. Jadi tidak bolehlah komen lebih-lebih. Yang saya tahu drama ini sedang ditayangkan di Astro tetapi tidak tahu di saluran yang mana.

Sebenarnya kalau hendak menceritakan tentang keunikan dan kecantikan keempat-empat tempat di atas, lebih berkesan kalau disertakan dengan gambar, kan? Tetapi malangnya saya tiada kamera sendiri. Hanya menumpang kamera orang lain. Jadi, tidak dapatlah saya berkongsi cerita secara visual. Sangat-sangat tidak puas hati.

Kesimpulannya di sini, saya mesti beli kamera. Full stop.       

Tuesday, December 07, 2010

The Greatest View

This morning I had a chance encounter with the most beautiful kid I've ever met...I guess. I was at Popular Bookstore at that time. I was browsing at "Novel Remaja" shelves, (I know, I know...obviously I was at the wrong section...too old to be called "Remaja" but who cares) when he came on his own, browsing for children books.

He's probably 7 or 8 years old. What makes him so beautiful is the way he chooses his books. He browsed, he read synopsis and then he chose. All my life visiting bookstores, I never met any child of that age chooses his or her books without any help or guidance from an adult (I don't know where his parents were; most probably at other sections). I can't help but smiling to myself while watching him choosing his books.

He left the book shelves with two books in hand. I was in awe...he has so much freedom to decide what to read. His parents must be the coolest parents in the world! That kid must be very smart...and watching him must be the greatest view I've ever had today.    

Tuesday, November 16, 2010

I Also Want To Seek The Truth

Sekarang ini hangat betul kisah "cinta syyhh" di antara Uncleseekers dengan seorang bekas permaisuri, ya. Terlalu hangat sehingga pada tengahari tadi rakan sepejabatku berpesan supaya aku membaca pengakuan  yang dibuat oleh Uncleseekers di blog beliau.

Tetapi daripada melayan kisah "cinta syyhh" Uncleseekers yang entah apa-apa (walaupun aku dah baca kisah cintanya sampai yang terkini - part 6...To seek the truth lah, katakan. Kahkahkah!), baik layan artikel terbaharu di blog fiwdaus yang sangat menarik dan banyak kebenarannya pada pendapat aku. Tajuk artikel - Makan, termakan dan cari makan. Selain mendapat manfaat, dapat juga melayan gambar-gambar kucing yang comel-comel belaka (one of the reasons I like this blog) - orang kata sambil menyelam minum air.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Monday, November 08, 2010

Cuti-cuti China: Hari Ketiga - Bahagian Akhir

Hari Ketiga - 25/4/2010

Silk Market (Xiushui Sinchang)

Payung sudah dibeli, tinggal lagi hendak fikirkan cara untuk pergi ke Silk Market. Kami ada dua pilihan mudah untuk ke sana; sama ada mengambil tren dari Stesyen Qianmen ke Stesyen Yong'anli atau dengan menaiki teksi. Sudah tentulah kami memilih untuk menaiki teksi disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  1. kami kepenatan kerana tidak berhenti-henti berjalan kaki dari hari semalam; jarak perhentian teksi lebih dekat dengan hostel berbanding dengan stesyen subway.
  2. hujan masih turun mencurah-curah.
  3. Chik mahu cepat sampai ke Silk Market kerana dia sudah tidak sabar untuk shopping :D
Perjalanan teksi dari Jalan Qianmen ke Silk Market mengambil masa lebih kurang 20 minit. Teksi tidak berhenti di hadapan bangunan Silk Market yang mengandungi empat tingkat itu, jadi kami perlu melintas jalan untuk ke sana.
Leganya saya dapat masuk ke dalam bangunan Silk Market. Bukan sebab saya seronok hendak ke sana, tetapi disebabkan oleh cuaca di luar yang sangat sejuk. Masuk sahaja ke dalam bangunan kami disambut oleh deretan gerai yang menjual pakaian wanita, T-shirt, beg dan berbagai lagi. Pada pendapat saya inilah 'syurga' bagi Chik. Saya mengikut sahaja. Dalam kepala saya cuma ada satu - saya mahu beli T-shirt untuk diri sendiri. Simple.

Saya lihat Chik seperti seronok dilayan oleh penjual-penjual di situ. Saya pula semakin lama semakin rasa tertekan kerana tidak suka dengan cara layanan penjual-penjual di sana yang boleh dikatakan agak kasar dan kurang ajar. Kalau kita tidak membeli barangan yang sudah susah payah mereka tunjukkan, pasti kita akan jadi mangsa maki hamun mereka. Mereka juga suka menarik tangan pengunjung yang lalu lalang supaya singgah di gerai mereka. Rimas betul! Saya kagum betul bagaimana Chik boleh bersabar dengan sikap mereka. Mood saya pula hilang...terbang entah ke mana. 

Tekanan! Tekanan! 

Akibat tiada mood, saya hanya membeli sehelai T-shirt sahaja. Itupun dengan 'menumpang' Chik. Dalam kepala cuma fikir mahu pulang semula ke hostel, ambil beg dan terus pergi ke Beijing West Railway Station untuk ke Xi'an. Lagipun saya risau jika kami terlambat sampai ke Stesyen Kereta api kerana staf hostel telah berpesan bahawa kami perlu bergerak ke sana selewat-lewatnya pada pukul 19:30 atau hadapi risiko ketinggalan kereta api jika bertolak lewat.

Setelah berpuas hati dengan hasil pembelian, kami pulang semula ke hostel dengan menaiki tren dari Stesyen Yong'anli; tidak mahu menaiki teksi kerana perlu menunggu lagi sedangkan kami sudah terlewat. Sampai sahaja di sana, staf hostel terkejut melihat kami masih lagi belum pergi ke Stesyen Kereta api sedangkan jam sudah melepasi 19:30.

"You would not make it," merupakan kata-kata terakhir dan ucapan selamat tinggal daripada staf hostel semasa kami berlalu meninggalkan kaunter setelah mengambil beg kami.

Hujan masih lagi turun mencurah-curah di bumi Beijing ini. Hati saya sedingin cuaca di sini - cuak mendengar kata-kata staf hostel tadi. Perjalanan biasa untuk ke perhentian teksi dirasakan amat mencabar kerana perlu menggalas backpack dan memegang payung. Sekali-sekala perlu pula menolong Chik mengangkat beg berodanya apabila terdapat lopak air di laluan kami.

Akhirnya dalam kepayahan, kami sampai juga di perhentian teksi. Namun, teksi yang ditunggu tidak berkunjung tiba. Kalau ada pun teksi yang lalu, pasti sudah ada penumpang di dalamnya. Ini menambahkan lagi kerisauan dan tekanan di jiwa kami. 

The Amazing Race 

Dalam pada menunggu itu, kami dihampiri oleh dua orang penarik beca yang cuba menawarkan khidmat mereka. Saya pandang Chik, Chik pandang saya. Akhirnya kami bersetuju untuk bertanya sama ada mereka boleh menghantar kami ke Beijing West Railway Station. Kad bertulisan Cina dihulurkan kepada kepada salah seorang daripada mereka. Dia mengangguk-anggukkan kepala tanda boleh menghantar kami ke sana. Chik bertanya harga tambang. Katanya RMB25. Kami setuju.

Bersyukur saya rasa kerana dapat juga kenderaan yang boleh membawa kami ke Stesyen Kereta api walaupun ia kelihatan agak serba kekurangan. Ini juga merupakan kali pertama kami menaiki beca sepanjang berada di Beijing. Beca di sini tidak banyak bezanya dengan beca yang terdapat di Malaysia. Yang berbeza mungkin basikalnya yang terletak dibahagian tengah hadapan tempat duduk penumpang, bukan di tepi seperti lazimnya di Malaysia. Yang menarik lagi, basikal mereka bukan seperti basikal biasa, tetapi bermotor. Jadi, penarik beca tidak perlu mengayuh sepanjang perjalanan kerana basikal digerakkan oleh enjin motor. Mereka hanya perlu mengayuh semasa hendak memulakan perjalanan atau semasa mendaki jalan berbukit atau jika hendak bergerak laju.

Beca yang kami naiki hanya ditutupi kanvas. Bahagian hadapan pula terbuka dan penarik beca hanya memakai topi dan baju hujan. Kasihan pula saya melihatnya. Namun keadaan kami juga tidak kurang menyedihkan. Disebabkan bahagian hadapan terbuka, kami terdedah kepada tempias hujan. Nasib baiklah saya meriba backpack dalam keadaan tegak, jadi saya terlindung sedikit. Cuma rasa sejuk tetap berjaya hinggap di tubuh. Antara kami berdua, Chiklah yang paling terdedah kepada hujan. Kasihan...

Tidak sampai setengah perjalanan, penarik beca meminta untuk melihat semula kad yang ditunjukkan kepadanya mula-mula tadi. Kelihatan dahinya berkerut-kerut. Dia memulangkan semula kad tersebut kepada saya. Kemudian dia meregang dan merapatkan kedua-dua tapak tangannya secara berulang-ulang seolah-olah ada gelung getah halimunan di tangannya itu sambil berkata-kata dalam bahasa China. Saya dan Chik tidak faham apa yang cuba disampaikannya. Jadi kami menyuruh dia cepat-cepat berkayuh. Dia pun meneruskan kayuhannya.

Kemudian dia berhenti lagi dan berpaling ke arah kami. Sekali lagi dia mengulang perbuatan tadi sambil berkata-kata dalam bahasa China. Ini sudah macam satu permainan teka bahasa isyarat pula!

Setelah berfikir tanpa henti akhirnya saya faham apa yang cuba disampaikan oleh penarik beca tersebut. Dia cuba memberitahu bahawa jarak Stesyen Kereta api itu masih jauh.

Dari situlah kami mula memberikan 'kata-kata semangat' kepada si penarik beca.

"Go! Go! Go!"

"Hurry! Hurry!"

Chik kata kami seperti berada dalam rancangan The Amazing Race. Saya setuju sangat. Memang kami sedang berlumba sekarang ini. Berlumba mengejar masa. Itu yang saya katakan kepada penarik beca walaupun saya tahu dia tidak faham sepatah haram apa yang saya cakap, "Hurry! We are in a race. Race against time!"

Akhirnya sampai juga kami di Beijing West Railway Station. Apa yang menakjubkan kami masih ada banyak masa lagi sebelum kereta api kami berlepas ke Xi'an. Nampaknya ramalan staf hostel tidak benar belaka. Penarik beca menurunkan kami di tempat parkir kereta Stesyen Kereta api. Sebagai Pemegang Amanah yang berdedikasi saya mengeluarkan duit sebanyak RMB25 untuk dibayar kepadanya. Tetapi dia menolak bayaran tersebut. Sebaliknya dia meminta lebih iaitu sebanyak RMB100. Chik mula naik angin kerana dia seperti cuba menipu kami dan menyuruh saya hanya membayar RMB25 kepadanya. Penarik beca berkeras mahu kami membayarnya RMB100 sambil membuat isyarat jauh tadi dan menunjukkan keadaannya yang basah kuyup. Chik tidak mahu mengalah juga sambil berkata kami juga basah kuyup kerana becanya yang terdedah tidak bertutup.

Saya mula berasa serba salah. Takut juga saya kalau si penarik beca bertindak ganas. Saya lihat dia memandang Chik dengan penuh benci. Jadi saya bersetuju membayarnya RMB100 kerana takut jika dia mengapa-apakan Chik. Saya pula dimarah oleh Chik. Chik diam apabila saya katakan yang duit yang lebih itu saya gunakan duit sendiri. Kami pun meninggalkan penarik beca tersenyum puas mendapat habuannya pada malam ini. 

Apa Agama Kamu? 

Kami berjalan menuju ke ruang lobi Stesyen Kereta api. Setiap kali memasuki mana-mana Stesyen Kereta api di negara China ini, saya merasa amat kagum - ruang lobinya begitu luas. Ini sudah tentu kerana kereta api merupakan pengangkutan utama rakyat negara ini. Agak mudah juga untuk mengetahui di mana letaknya terminal kereta api yang akan kami naiki berdasarkan kepada papan-papan tanda digital yang terpampang di kiri kanan ruang lobi. No. kereta api kami Z53 akan bertolak pada jam 21:24. Kami perlu naik ke tingkat atas untuk ke terminal. Tiada lif atau eskelator di sini, jadi kami terpaksa memanjat tangga besar yang terdapat di tengah-tengah ruang lobi. Saya sudah jauh ke atas dan hampir terlupakan Chik. Apabila saya berpaling ke belakang, saya lihat dia bersusah-payah mengangkat beg berodanya. Saya rasa beg beroda lebih sesuai untuk percutian mewah atau secara berpakej, bukan seperti kami yang bercuti secara 'indie' ini. Tetapi Chik tetap Chik. She has her own way.

Sebelum ke boarding lounge yang terletak di satu lagi tingkat, kami ke tandas terlebih dahulu. Chik ingin menukar pakaian. Sementara Chik menukar pakaian, saya memasuki tandas. Argh! Pintu tandas tiada selak! Tak sampai hati pula hendak panggil Chik mengawal di luar, jadi saya redha sahaja. Apa nak jadi, jadilah.

Keluar sahaja dari tandas saya lihat Chik sedang bersiap-siap dan mengemas. Ada seorang makcik pencuci tandas sedang memerhatikan Chik dengan penuh minat. Kami sudah tidak peduli dengan pandangan-pandangan curious sebegitu...ia sudah menjadi pandangan yang biasa sepanjang kami berada di Beijing. Tetapi makcik ini berlainan sekali. Apabila saya berdiri di sebelahnya selepas keluar dari tandas, dia mengalihkan pandangannya kepada saya. Dia juga memandang saya dengan penuh minat. Makcik ini mungkin sedang mencari calon menantu gamaknya. Dia tersenyum mesra memandang saya. Sah! Memang dia sedang cari calon menantu.

Eh, tidak. Dia bertanya adakah saya seorang penganut Kristian. Dia tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi daripada isyarat tangannya yang membuat 'cross' di dada saya fahamlah yang dia menyangka saya mungkin seorang rahib Kristian berdasarkan tudung yang dipakai. Dalam bahasa Melayu saya kata bukan sambil mengeleng-gelengkan kepala. Saya katakan saya orang Islam. Dia tidak faham. Saya mengangkat kedua-dua tangan seperti sedang bertakbir dan sekali lagi memberitahu saya orang Islam. Dia masih tidak faham dan masih mengulang membuat 'cross' di dadanya. Saya geleng kepala sambil berkata bukan. Kemudian dia merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya di paras dada. Mungkin dia menyangka kalau saya bukan seorang Kristian, mungkin saya seorang penganut Hindu atau Buddha. Saya geleng kepala lagi sambil berkata bukan. Saya cuba lagi memberitahu saya seorang Islam dengan membuat gaya sedang bertakbir. Makcik itu masih tidak faham namun dia masih tersenyum mesra. Saya jadi putus asa dan dengan senyuman yang dibuat-buat saya berkata kepada makcik tersebut, "Saya dah tak tahu nak cakap apa dah makcik."

Chik pun sudah selesai menukar baju dan melepaskan hajat. Jadi kami berdua meninggalkan makcik tersebut dengan pertanyaannya yang belum berjawab. Sebenarnya saya merasa amat frustrated di atas kegagalan saya memberitahu makcik tersebut bahawa saya seorang yang menganut agama Islam. Saya tidak tahu apakah 'universal sign' untuk Islam. Kalau Kristian dengan membuat 'cross' di dada. Hindu atau Buddha pula dengan merapatkan kedua-dua tapak tangan di paras dada. Kalau Islam apa? Agak malang juga apabila umat Islam semakin bertambah bilangannya dari hari ke hari tetapi masih ada lagi manusia yang tidak mengenali Islam atau sekurang-kurangnya mendengar perkataan Islam.

Saya masih memikirkan perkara ini dari masa saya dan Chik meninggalkan tandas, semasa kami menunggu untuk boarding ke dalam kereta api di lounge sehinggalah kami masuk ke dalam kereta api (bahkan sampai sekarang saya masih memikirkannya). 

Bandaraya Purba 

Jadi saya masuk ke dalam kereta api dengan fikiran yang bercelaru. Sudahlah saya dan Chik tidak duduk di kerusi yang sama walaupun kami masih duduk bersebelahan. Saya di kerusi tepi aisle sebelah kiri, Chik di kerusi tepi aisle sebelah kanan.  Di sebelah saya seorang wanita China, di sebelah Chik pula seorang pemuda China. Saya sangkakan dalam keretapi akan dipasang heater, rupa-rupanya yang dipasang adalah pendingin hawa. Terpaksalah saya memakai baju sejuk. Kerusi pula agak keras walaupun ia sebenarnya 'Soft Seater'. Atau mungkin saya yang 'keras' disebabkan pelbagai kejadian yang berlaku  di hari terakhir kami di Beijing ini? Entahlah.

Di permulaan perjalanan saya mendengar penerangan yang dipasang di pembesar suara. Rupa-rupanya Xi'an merupakan salah satu daripada 4 bandaraya purba yang terdapat di dunia ini. Yang 3 lagi ialah Istanbul, Rome dan Athens. Istanbul sudah saya dan Chik jejaki. Dalam masa lebih kurang 11 jam lagi kami akan menjejakkan kaki ke Xi'an pula. 2 lagi bandar akan cuba dijejaki nanti jika ada rezeki (ada berani, Chik?). Saya lihat telefon bimbit. Sudah kehabisan bateri. Tiba-tiba rasa rindu pada tanahair sendiri. Maka, saya melayan perasaan sehinggalah terlena...   

Friday, November 05, 2010

Aku Bukan Tak Suka Masak, Tapi Tak Reti

Malam tadi sempena menjelang Deepavali, aku keluar makan-makan dan melepak dengan seorang sahabat yang ala-ala macam 'hero' (baca: samseng) filem Tamil. Sedang aku asyik menikmati nasi goreng paprik, tiba-tiba tanpa rasa bersalah (sudahlah order makanan yang sama dengan aku...nak kecek pun tak boleh, cheh!) dia bertanya kepada aku, "You suka memasak?"

Tanpa rasa terkejut atau ragu-ragu aku jawab, "sukalah jugak, tapi tak reti."

"I like your answer. Very genuine," dia kata. Aku sengih. Genuine answer, ya?

Kalau dulu-dulu aku malu hendak mengaku aku tak pandai memasak. Hanya orang-orang yang rapat dan baik dengan aku sahaja yang tahu. Sekarang aku tak kisah sebab memang betul pun. Kalau ada yang bertanya, mengaku sahajalah. Buat apa nak berpura-pura, kan?

Sebenarnya aku suka juga nak memasak ni. Masalahnya memang aku tak reti. Dulu-dulu sebelum kakak aku pindah ke rumah yang aku tinggal sekarang ini memang aku memasak kalau aku tidak ke mana-mana. Masak yang senang-senang dan cukup-cukup untuk diri sendiri dan adik. Dan selalunya adik aku akan makan apa yang aku masak. Tapi yang peliknya sejak tugas memasak diambil alih oleh kakak, dia jarang makan di rumah. Jadi aku dengan penuh rasa perasan merasakan bahawa adik aku cuba hendak memberitahu secara indirectly yang masakan aku sebenarnya lebih sedap daripada masakan kakak...ahaks!

Ermmm...sudah lama aku tidak memasak. Sudah pindah rumah sendiri nanti bolehlah praktis...hahaha! Lagipun malam tadi antara agenda kami melepak pun sebab hendak berbincang tentang kabinet dapur. Tak sabar pula hendak melihat hasilnya nanti...    

Saturday, October 30, 2010

Haji Muda

Malam ini rasa terpanggil untuk menyemak tahun aku layak menunaikan haji. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab episod Majalah 3 pada malam ini memaparkan tentang pengurusan haji di Kompleks Haji Kelana Jaya.

Rasanya sudah 2 tahun aku membuat pendaftaran haji secara online. Mungkin itu yang menyebabkan aku lupa tahun bila aku layak menunaikan haji. Hasilnya agak mendukacitakan juga. Tahun layak adalah pada 1441H bersamaan tahun 2020 Masihi. Alamak! Sepuluh tahun lagi...sudah tua daa... T___T

Bayangkan, aku daftar lebih kurang 2 tahun lepas dan hanya layak berbelas tahun kemudian. Orang yang mendaftar pada tahun ini pula bagaimana, ya? Oh ya! Ada seorang staf di pejabat yang mendaftar pada tahun ini. Kalau tak silap aku, katanya dia hanya layak menunaikan haji pada tahun 1445H (tahun Masihi kira sendirilah). OMG! Betapa ramainya yang sedang tunggu giliran sekarang!

Kalau nak potong queue, kenalah berusaha mengumpul wang sehingga cukup dalam akaun Tabung Haji, kan? Tapi buku akaun aku sudah setahun tidak dikemaskini. Jadi, aku kurang pasti berapa simpanan sebenar. Setiap bulan memang ada buat potongan gaji. Hendak semak akaun pula tidak tahu di mana. Sekitar tempat kerja aku rasanya tiada pejabat Tabung Haji. Di mana aku boleh kemaskini buku akaun selain di pejabat Tabung Haji? Pejabat Pos? Bank? Ermmm...

Apa-apapun, diharapkan janganlah sampai aku kena tunggu sepuluh tahun baharu akan dijemput oleh-Nya untuk menunaikan haji. Tetapi layakkah aku pada 'pandangan' Dia? Fikir-fikirkanlah wahai Siti R...     

Sunday, October 24, 2010

Angan-angan Biarlah Berpadanan

Suatu waktu dahulu aku selalu juga berangan-angan; suatu hari nanti aku mahu membina rumah dalam kawasan hutan dan rumah tersebut mestilah bersebelahan dengan air terjun. Ermmm...seronoknya...hikhikhik (gedik).

Iskh...ini bukan angan-angan Mat Jenin, tau. Ini angan-angan seorang remaja yang sedang meningkat dewasa...chewah! Jadi, sebagai remaja (pada masa itu) pastilah aku suka membayangkan bagaimana suasana rumah dan kawasan sekelilingnya. Mana tahu ia akan menjadi kenyataan. Inilah yang dinamakan sebagai Law of Attraction...jangan tak tahu aku sudah lama menggunakan kaedah ini lama sebelum Rhonda Byrne dan Micheal J. Losier memperkenalkannya kepada khalayak umum.

Dan memang angan-angan aku ini sudah menjadi kenyataan. Rumah baharu aku, sebelum dibina merupakan kawasan hutan...hahaha...tetapi kawasan sekitarnya masih lagi dikelilingi hutan. Kiranya masih boleh diterima, kan? Cuba lihat gambar  di bawah ini kalau tidak percaya.

  Diambil dari balkoni bilik yang akan dijadikan perpustakaan mini.

Tapi kacau betullah kabel elektrik tu, kan? Mencacatkan sedikit pandangan mata aku. Kacau daun betul!

Apa? Air terjun mana? Oh...ada...heeheehee (gelak nervous). Urmmm...aaahh...memang ada air terjun di sebelah, tetapi ia cuma terjun kalau hujan turun sahaja. Walaupun tidak sama seperti yang aku bayangkan...rasa-rasanya yang ini pun masih boleh diterima juga, kan? Mari lihat bersama-sama >.<

 Diambil dari balkoni yang sama petang tadi semasa hujan turun dengan lebatnya. Best, kan 'air terjun' ini...

Itulah dia...akhirnya impian aku menjadi kenyataan...errr...pembetulan; hampir-hampir menjadi kenyataan. Apa-apapun, yang penting aku ada rumah sendiri. Tidak perlu lagi hidup menumpang. Syukur kepada Allah.

Jadi, moralnya di sini janganlah malu dan segan untuk membayangkan apa yang kita mahu dalam hidup kita...mana tahu kalau diizinkan Allah lambat laun kita akan memilikinya. Bukankah nikmat namanya tu? Maka, nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan? 

Nota: Suatu waktu dulu aku juga sering membayangkan aku sedang memandu kereta Satria berwarna biru. Alhamdullillah...kereta itulah yang menjadi kereta pertama aku. Cuma sayangnya jodoh kami tidak panjang. Aku terpaksa melepaskannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...(maaf tiada gambar untuk tujuan menunjuk-nunjuk di sini..uhuhuhu~)

Thursday, October 21, 2010

I Laugh Until I Cry

Pagi tadi dalam bas, teringat masa aku masih di zaman kanak-kanak. Kalau aku bergelak ketawa yang tak ingat dunia dengan adik aku, mak mesti marah. Dia akan kata suka-suka sangat nak ketawa, nanti menangis. Bukan apa, dia marah sebab biasanya lepas bergurau dan bergelak ketawa, aku dan adik akan berkelahi yang akan menyaksikan sama ada aku yang menangis atau adik aku yang menangis atau dua-dua sekali menangis. Biasalahkan; budak-budak.

Tetapi aku rasa kata-kata arwah mak tu telah meninggalkan kesan abadi dalam diri aku sehingga sekarang. Mana taknya; setiap kali aku ketawa akibat rasa gelihati yang amat sangat, mesti mata aku berair. Orang lain sediakan tisu sebab menangis. Aku pula bukan setakat menangis, ketawa pun kena sediakan tisu. Orang putih kata, "I laugh until I cry."

Sebelum ni aku tak terfikir pula tentang kata-kata mak tu. Mungkin sebab bosan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas...macam-macam benda yang melintas dalam fikiran...huhuhu... 

Sunday, October 17, 2010

Bersihkan Sawang

Aih!! Sudah lama tidak update blog ini.

Ok, sudah update.

Sunday, October 03, 2010

Cuti-cuti China: Hari Ketiga - Bahagian 3

Hari Ketiga - 25/4/2010

Selamat Tinggal Badaling

Kalau orang bertanya apa yang bagusnya tentang China selain daripada tempat-tempat yang menarik, saya akan jawab saya sangat suka dengan sistem pengangkutan awamnya terutama tren. Sangat menepati masa. Begitu juga dengan perjalanan pulang ke Beijing. Tren bergerak tepat pada masa yang dijadualkan. Jadi, tidak sia-sialah saya dan Chik berkejar-kejar menuju ke stesyen tadi. Tapi apabila kami masuk ke koc dan menuju ke tempat duduk seperti yang tertulis dalam tiket, kami dapati tempat kami telah diduduki oleh orang lain. Bukan kami sahaja, malah tempat duduk dua orang gadis China yang di sebelah kerusi kami juga telah diduduki oleh orang lain. Tidak mahu memanjangkan cerita, dua orang gadis tadi pergi duduk di tempat lain yang masih kosong. Saya dan Chik juga duduk di kerusi di hadapan orang yang duduk di tempat kami. Dalam hati berkata-kata, "kalau tak ada apa-apa yang terjadi memang tak sah!"

Perjalanan pulang akan mengambil masa sejam lebih kerana kami dijangka akan tiba di Beijing pada pukul 14:29. Awal-awal perjalanan Chik sudah melelapkan mata. Saya pula seperti biasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Takut ada pemandangan yang menarik lagi, saya harus menangkap gambarnya. Namun, tidak banyak gambar yang dapat saya tangkap melainkan pemandangan Great Wall dari jauh pada awal perjalanan tersebut. Semakin jauh kami meninggalkan kawasan pergunungan di Great Wall, pemandangan menjadi biasa-biasa sahaja.

Hot Pot Terakhir

Sebaik sahaja sampai di Beijing North Station, kami terus ke stesyen Subway untuk pulang ke hostel. Kami perlu mengambil tiket keretapi ke Xi'an yang ditempah semalam dan seterusnya check out dari hostel. Jadi, sebaik sampai di hostel saya terus ke kaunter penyambut tetamu untuk mengambil tiket.  Sambil-sambil itu saya bertanya cara hendak ke stesyen keretapi  daripada  staf yang bertugas di kaunter. Selain daripada teksi, kami boleh menaiki bas untuk ke Beijing West Railway Station. Nombor bas ialah  673 dan menurut katanya, stesyen keretapi tersebut merupakan perhentian terakhir bas 673. Saya juga meminta dia menulis nama stesyen keretapi dalam tulisan China agar mudah untuk kami meminta pemandu teksi menghantar kami ke sana jika kami tidak menaiki bas.

Sementara saya berurusan di kaunter, Chik pula sibuk melayari internet untuk mencari restoran halal yang ada menghidangkan menu Peking Duck. Perut sudah lapar, tetapi Chik tidak berjaya mencari Peking Duck-nya. Saya pun cuba cari setelah selesai urusan tetapi tidak berjaya juga. Nampak gayanya kami terpaksa makan Hot Pot sekali lagi. Oleh itu, sebaik check out, kami meninggalkan beg di ruang tempat menyimpan bagasi di lobi hostel.  Mula-mula kami ingat hendak pergi ke Summer Palace dahulu, tetapi staf hostel kata kami tidak akan sempat ke sana kerana Summer Palace akan ditutup pada pukul 17:00 dan jaraknya dari hostel pula agak jauh. Jadi kami teruskan niat kami untuk mengisi perut dan terus berjalan menuju ke restoran yang biasa kami kunjungi untuk kali terakhir.

Seperti biasa apabila sampai di sana, kami disambut dengan senyuman mesra. Dan untuk kali terakhir kami berada di Beijing, kami memesan hidangan Hot Pot. Entah mengapa saya rasa hidangan kali ini tidak sesedap semasa pertama kali kami datang ke sini. Mungkin sebab salah memilih hidangan utama atau sebab salah memilih kuah cicah. Kuah cicah mengandungi kisaran bawang putih. Bayangkan betapa pedas kuah tersebut. Pedas cili saya boleh tahan, tapi pedas bawang putih buatkan saya rasa seperti hendak jelirkan lidah. Tapi tak boleh, nanti Chik ingat saya sudah buang tebiat pula jelirkan lidah depan dia. Atau lebih teruk dia ingat saya mengejek dia pula. Maka terpaksalah saya berlagak 'macho' dan menghabiskan makanan yang ada di depan mata. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Betul tak?

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Sedang kami asyik menikmati hidangan makanan, hujan tiba-tiba turun. Patutlah cuaca mendung dari pagi tadi. Rupa-rupanya hujan hendak turun pada waktu petang. Risau pula rasa. Saya berharap hujan ini cuma sekejap. Janganlah membawa hingga ke malam. Susah pula kami hendak ke stesyen keretapi nanti. Sudahlah saya tidak membawa payung. Selalunya kalau kemana-mana, termasuk kalau travel ke luar negara saya sentiasa membawa payung setiap kali keluar berjalan-jalan. Entah kenapa kali ini saya tidak membawanya langsung. Saya tidak sangka pula bumi Beijing akan ditimpa hujan kerana sekarang ia sedang berada dalam fasa peralihan dari musim bunga ke musim panas. Nampaknya saya tidak boleh membuat andaian sendiri. Sekarang saya perlu belajar daripada kesilapan ini - saya perlu sentiasa sediakan payung sebelum hujan walau di mana bumi dipijak dan di mana langit dijunjung (walaupun saya rasa tiada sesiapa boleh menjunjung langit).

Hujan masih juga tidak berhenti walaupun kami telah lama berhenti makan.  Tidak mahu menunggu lama, Chik mengajak saya meredah hujan. Lalu kami berdua pun meredah hujan yang hendak kata lebat tidak juga, hendak kata  gerimis tidak juga. Sejuk tidak boleh cakaplah...sebab kalau bercakap bibir mengigil-gigil. Nasib baiklah jarak antara restoran dengan hostel tidak berapa jauh. Kata orang putih within walking distance walaupun saya tidak tahu berapa jarak maksimum walking distance yang sebenarnya. Ah, abaikan sahajalah persoalan tersebut kerana belum sempat saya memikirkan berapa jaraknya, kami sudahpun sampai di hostel.

Di lobi hostel sekali lagi kami terserempak dengan pasangan dari Malaysia yang menginap di hostel yang sama. Nampak seperti mereka hendak keluar. Kami bertegur sapa. Chik bertanya kepada wanita Malaysia tersebut (entah mengapa kami tidak teringat hendak bertanya namanya dan nama suaminya) sama ada dia tahu bagaimana hendak ke Silk Market. Tetapi dia tersalah memberitahu kami cara hendak ke Pearl Market dengan merujuk kepada guide book yang dipegangnya. Nasib baik dia menyedarinya tidak lama selepas itu. Kami pula tidaklah seratus peratus berpandu kepada apa yang diberitahunya kerana kami ada juga bertanya kepada staf hostel yang menjaga kaunter dari tadi. Chik juga sempat melayari internet untuk mencari bukan sahaja di mana dan bagaimana hendak ke Silk Market, tetapi dia juga mencari tempat-tempat membeli-belah di Tianjin kerana kononnya dia hendak shopping dahulu di Tianjin sebelum naik kapal terbang balik nanti.

Di luar, hujan masih turun mencurah-curah tanpa ada tanda-tanda menunjukkan ia akan berhenti. Kami bertanya kepada staf hostel di mana kami boleh membeli payung. Mula-mula dia tidak berapa faham apa yang kami mahu. Pelik juga saya rasa...mungkin perkataan umbrella tidak begitu popular di China sehinggakan wanita Malaysia yang berbangsa Cina itu terpaksa masuk campur.

"Ohhh...sal...sal..." kata staf hostel sambil terangguk-angguk. "You can buy it next door," sambungnya lagi.

Bagus juga dia tidak faham. Sekurang-kurangnya sekarang saya tahu dalam bahasa Mandarin, payung disebut sebagai sal (mungkin kena belajar cara sebutan yang betul). Maka kami pun terus ke kedai sebelah untuk membeli payung. Kepada jurujual kami memberitahu hajat kami hendak membeli payung. Dia terpinga-pinga tidak faham apa yang kami mahu kerana Chik menyebut umbrella. Saya rasa lagu Rihanna yang bertajuk 'Umbrella' tidak mendapat tempat langsung di China kerana jurujual tersebut merupakan orang China yang kedua yang tidak faham apa maksud perkataan ini. Kemudian masuk pula orang ketiga yang saya kira tauke kedai tersebut yang juga tersengih-sengih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan umbrella. Kemudian saya teringat perkataan 'sal'. Sebaik sahaja saya menyebut perkataan magik tersebut, serta-merta kedua-dua mereka tertawa girang dan menyebut-nyebut perkataan yang sama sambil menunjuk ke arah depan pintu kedai. Rupa-rupanya koleksi payung diletakkan di pintu masuk kedai. Macam manalah kami boleh terlepas pandang semasa masuk tadi sedangkan saya rabun jauh bukan rabun dekat. Manakala Chik pula telah menjalani pembedahan Lasik untuk mengubati masalah rabunnya. Mungkin ini yang dikatakan - kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Kasihan... 

Saturday, October 02, 2010

True Blue

Just took a colour personality quiz. So, I'm happened to be a Relaxed person...just as I thought. Colour that suits me is none other than blue! No wonder I always inclined to this colour.

Oh, well...below is the result of the quiz:

"You are easy-going and likes to take on life at a relaxed pace. You have a deep need for peace and harmony in your life and don't like your feathers ruffled.

You are not impulsive or spontaneous - you always think before you speak and act and do everything at your own pace in your own time. You take time to process and share your feelings.

You don't like to draw attention to yourself - you prefer to be in the background. You are approachable and friendly, always making people feel welcome in your life."

Yup. Couldn't agree more. Now you know what kind of person I am. Don't you think now it's your turn to find out what is your true colour? Click here then.   

Thursday, September 30, 2010

Ratu Sanggul

Aku tak ada niat hendak mengata ke apa. Cuma hendak melepaskan apa yang sudah lama terbuku di dalam jiwa... 

Aku peliklah tengok perempuan pakai tudung tetapi sengaja meninggikan sanggul. Rakan sepejabat aku kata ada yang sanggup pakai sanggul palsu sebab rambut tidak cukup panjang untuk buat sanggul tinggi. Tidak aku sangka sampai begitu sekali mereka ini mahu bergaya dan nampak 'cantik'. Aku tak tahu apa yang cantik sangat kalau sanggul ditinggikan. Rasa macam haram sahaja (tak tahulah...pendapat aku sahaja). 

Yang paling aku tak suka kalau aku terserempak dengan perempuan yang bertudung sedemikian rupa, aku tidak dapat mengelak daripada membayangkan mereka seperti makhluk di bawah:

Ya, Conehead.  Salahkah aku berfikiran sedemikian? Salahkah? Salahkah? OMG! Tak fasal-fasal aku pun berdosa kerana berfikir di luar kotak (kon?). Apa yang perlu aku buat? Iskh, iskh, iskh...

Monday, September 20, 2010

New Feature from Blogspot : Stats

Aku baharu perasan blogspot ada new feature iaitu 'Stats'. Stats ni lebih kurang satu feature untuk penulis merangkap pemilik blog seperti aku untuk melihat berapa ramai orang yang sudi menjenguk blog ini.

Tak...aku bukan nak memperkatakan tentang berapa ramai yang telah masuk blog ni. Buat malu sahaja sebab tak ramai mana...sob, sob....

T___T

Yang sebenarnya aku cuma nak kongsi entri aku yang mana paling ramai orang jenguk sepanjang aku berblog. Agak-agak yang mana ya? Jeng, jeng, jeng...Entri yang bertuah itu ialah entri yang bertajuk Menyimpan Duit dan Berjimat Cermat Cara Siti R. Kalau nak baca apa yang aku merepek dalam tu, silalah klik di sini...aku yakin entri ini akan menjadi bertambah popular dalam Stats aku tu kalau kalian klik...muahahaha~

Entri tersebut juga sangat popular untuk tempoh sebulan (dari pertengahan Ogos hingga hari entri ini ditulis). Nampak gayanya ramai juga orang tercari-cari cara-cara hendak menyimpan duit ya (sumber carian kebanyakkannya melalui Google). Tak sangka betul. Tak sia-sia aku tulis entri tersebut walaupun rasanya tip-tip yang aku kongsikan tu kebanyakkannya tak boleh pakai...hehehe...

Sepanjang minggu ini pula entri yang paling banyak orang view adalah entri Pantun Raya 2010M/1431H. Entri Menyimpan Duit... jatuh ke tempat kedua pula. Orang tengah mood raya agaknya, ya. Masa ni lakulah pantun-pantun canggih (Chik yang kata, bukan aku) aku tu. Pantun-pantun tu aku karang pun sebab tension tak dapat balik beraya di kampung (tapi nasib baik keesokkan paginya kakak aku ambil keputusan untuk balik. Semuanya gara-gara buah duku. Terima kasih buah duku kerana menyelamatkan mood raya saya!). Lagipun aku tengok blog orang lain semua ada tulis fasal raya...aku pun tidak mahu ketinggalan walaupun tiada idea hendak tulis apa. Jadi aku buat kelainan dengan mengkucar-kacirkan pantun-pantun klasik tersebut tanpa rasa bersalah.

Dan yang terakhir sekali...nak tahu tak orang dari negara mana yang banyak view blog Siti R ni? Yang paling banyak sudah tentulah dari Malaysia. Cuba teka yang kedua banyak dari negara mana? Singapura? Salah. Orang Singapura tak ada seorang pun yang baca blog ni...huhu...Indonesia? Salah juga. Indonesia tempat ke-enam. Brunei? Brunei tempat ke-limalah, babe.

Oklah, oklah...aku tak mahu membuang masa. Tempat kedua ialah United States...wa cakap lu..!! Ermmm...Agak-agak Presiden Obama ada baca tak blog aku ni? 

Sunday, September 19, 2010

Lemak Berkrim Disukai Ramai

Dah naik lemak dah ni, dah naik lemak dah ni! Aduhai... 

Kalau ada yang sangka lemak badan aku sudah meningkat naik sempena raya, minta maaflah kerana sangkaan anda itu salah. Aku maintain lagi. Berat badan tak sampai 40 kg pun...beza 1 kg sahaja daripada berat badan anak saudara perempuan yang tinggal serumah dengan aku ni...Unbelievable!

Lemak yang naik ialah lemak 'malas'. Sebab itulah aku malas nak ambil cuti panjang-panjang. Macam inilah jadinya. Esok dah nak masuk kerja balik, tapi tak ada feel langsung nak kerja. Di mana nak cari feel ni? Masalah, masalah...

Friday, September 10, 2010

Pantun Raya 2010M/1431H

Buah Cempedak di luar pagar 
Ambil galah tolong jolokkan
Setelah sebulan menahan dahaga dan lapar
Hari ini Aidilfitri diraikan

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Tahun ini beraya di KL lagi
Entah bilalah nak pulang-pulang
 
Pisang emas dibawa belayar 
Masak sebiji di atas peti
Zakat fitrah baru semalam terhegeh-hegeh nak bayar
Macam manalah kau boleh lupa, oh Mak Iti

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Pagi tadi sampai masjid imam dah baca khutbah
Orang dah habis solat rayalah..astaga!!

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Kuih raya dah habis orang rumah ni makan
Habis kalau tetamu datang apa nak dijamu?

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Nasib baik tak ada tetamu datang
Rasanya ramai masih di kampung halaman lagi

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari ini tak beraya ke mana-mana
Esok? Entahlah tak tahu lagi...

Saturday, September 04, 2010

Entri Syahdu di Hari Sabtu

Hai. Eh, bukan. Start balik. Assalamualaikum (bulan puasa kena lebih bersopan).

Hari ini aku menulis secara langsung dari meja berita tempat kerja aku. Sungguh berani aku hari ini. Tapi nak buat macam mana. Hati ini meronta-ronta hendak menulis walaupun sebenarnya tiada apa sangat yang hendak ditulis. Harap-harap HR tidak akan memberikan show cause letter kepada aku kerana 'curi tulang' pada hari ini semata-mata hendak menulis entri yang tidak seberapa ini. Maafkan saya ya, HR. Lain kali saya tidak buat lagi...huhu...

Pagi tadi aku keluar rumah hendak pergi kerja. Cantik betul cuaca pagi ini. Sangat nyaman. Dalam bas aku terpandang wajah matahari yang terselindung sedikit di sebalik awan. Cahaya yang dipancarkan berwarna putih hening...dapat dilihat secara terus tanpa menyakitkan mata sebelum awan menutup kembali keseluruhan matahari. Sebab itu waktu aku keluar tadi lebih kurang pukul 8.20, cuaca tidak begitu panas. Ada sesiapa perasan tak?

Setelah dicongak dalam kepala, benar telahan aku. Hari ini merupakan hari ke-25 kita berpuasa. Jadi, mungkinkah apa yang aku lihat dan rasa pada pagi tadi merupakan petunjuk bahawa malam tadi ialah Lailatul Qadr? Wallahualam...

Thursday, August 26, 2010

Tak tahu Nak Letak Tajuk Apa

Dulu masa zaman kanak-kanak, aku tak tahu kenapa emak suka cakap dia pungut aku dari tong sampah. Lepas tu dia akan ketawa mengekeh-ngekeh. Lawak emak memang lawak paling brutal dalam dunia ni. Aku pula jadi serba salah - nak ketawa samakah atau nak rasa kecil hati? Jadi aku ambil jalan tengah; ketawa tidak, rasa kecil hati pun tidak. Paling koman pun aku cakap, "apalah emak ni," sambil merengek-rengek dan memukul-mukul tangannya mengikut kudrat seorang budak kecil.

Dulu masih di zaman kanak-kanak, aku ingat lagi masa kakakku yang ke-enam hendak melahirkan anak sulungnya. Emaklah orang pertama yang lari dari bilik (kakak bersalin di rumah), tak mahu menemani kakak yang sedang menanggung sakit hendak bersalin. Emak kata dia tak berani tengok orang bersalin. Hairan betul aku dengan emak. Mananya aku tak hairan, emak dah melahirkan 10 orang anak berderet-deret tapi takut hendak tengok orang bersalin? Bukan orang lain pun. Anak dia juga. Musykil, musykil. Atok Mak  (nenek aku merangkap emak kepada emak aku) pun rasa musykil. Kenapa kami emak beritahu, dia tak sanggup melihat kakak. Nanti dia yang akan rasa sakit sebab dia memang dah terasa-rasa sakitnya walaupun bukan dia yang hendak bersalin. Perbuatan emak membuatkan aku jadi curious.

Maka, senyap-senyap aku mengintai kakak dari balik langsir pintu. Tapi, ya Allah...rasa menyesal tengok. Tapi nak tengok juga walaupun aku stres. Punyalah payah dia meneran baby supaya keluar. Dia teran, aku tahan nafas. Dia ambil nafas, aku lepas nafas. Macam aku pulak yang nak bersalin (patutlah emak tak sanggup tengok). Bila dah keluar baby, terus dia terkulai tak bermaya. Touching sungguh aku melihatnya T___T

Masa itu baharu aku tahu susah rupanya hendak melahirkan anak. Tapi aku hairan, ada juga orang yang sangat mudah melahirkan anak iaitu perempuan-perempuan yang mengandung secara tidak halal atas kelemahan sendiri. Dulu aku ada dengar orang cakap, mereka sangat mudah melahirkan anak sebab syaitan yang jadi bidan. Iskh...betul ke? Macam cerita seram pula. Wallahu'alam.

Tapi kalau bulan puasa macam sekarang ni macam mana pula? Syaitan dah kena ikat. Dan aku tak rasa mereka amalkan bacaan doa untuk mudah bersalin. Jadi, aku rasa mereka ini diberi kesenangan untuk bersalin bukan sebab apa. Sebab mereka memang tidak layak pun untuk merasa sakit (kecuali mungkin kalau mereka dah bertaubat). Kenapa? Sebab setahu aku wanita yang mula rasa sakit hendak bersalin, diberikan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Kemudian kesakitan yang dirasai pada setiap urat sarafnya pula, Allah kurniakan pahala satu haji. Mana nak dapat pahala macam tu punya best kalau tidak secara yang halal?

Apa-apapun, itu cuma pendapat peribadi aku. Betul atau tidak, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Nota: Sekarang, kalau baca tentang bayi-bayi dibuang dalam tong-tong sampah (atau di mana sahaja...dah merata-rata), aku mesti teringatkan lawak emak tu. Kalau perkara ni dah berlaku secara berleluasa sejak aku di zaman kanak-kanak lagi, aku yakin emak tidak akan berani hendak buat lawak seperti di atas.

Wednesday, August 18, 2010

Cuti-cuti China: Hari Ketiga - Bahagian 2

Hari Ketiga - 25/4/2010 

Baju Sejuk 

Sebelum meneruskan perjalanan ke Great Wall, kami membeli tiket balik ke Beijing. Waktu balik adalah 1.10 petang. Harga tiket sama sahaja dan kami membeli tiket first class sesuai dengan orang yang ada class seperti kami. Disebabkan ada class, paras keegoan turut meningkat naik.

Maka, dengan penuh rasa keegoan saya mengajak Chik meneruskan perjalanan ke Great Wall yang terletak sejauh 800 meter dari stesyen keretapi. Walaupun kesejukan, saya rasa saya masih mampu bertahan berjalan kaki dalam cuaca yang sejuk. Maklumlah, ego...lagipun saya ada shawl. Chik memandang saya dengan penuh curiga apakah saya benar-benar boleh bertahan dalam keadaan sekarang.

"Siti, hidung tu dah merah," kata Chik merujuk kepada hidung mancung saya.

"Hah! Ye ke?" tanya saya buat-buat terkejut. Dalam kepala sudah terbayang wajah badut.

Mungkin kerana risaukan saya, Chik mencadangkan agar kami berpatah balik ke stesyen keretapi. Mungkin di sana ada kedai yang menjual baju sejuk. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan cadangan Chik kerana saya memang sedang mengigil dengan kuatnya. Ego ditolak ke tepi. Nyawa lebih penting. Nasib baiklah kami baharu berjalan tidak sampai 10 meter meninggalkan stesyen, jadi hendak patah balik tidaklah jauh sangat.

Di stesyen cuma ada satu sahaja kedai serbaneka. Sebenarnya nak kata kedai, tak macam kedai. Nak kata kiosk, tak macam kiosk juga. Macam kaunter pertanyaan adalah. Cuma dalam 'kaunter' itu ada bermacam-macam barangan yang dijual daripada makanan, cenderahati hinggalah kepada baju sejuk. Ya, baju sejuk. Itulah yang saya cari walaupun terpaksa menunggu mamat-mamat dan minah-minah China yang mengerumuni depan 'kaunter' untuk membeli mee segera selesai dengan urusan mereka.

Sebaik sahaja mereka berlalu, saya dan Chik pun pergi ke depan 'kaunter'. Jurujual di situ merupakan seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an. Di atas meja di 'kaunter' memang sudah ada diletakkan contoh baju sejuk. Saya mengambil baju sejuk itu. Perkara pertama yang saya check adalah saiz baju. Kening saya terangkat apabila melihat saiznya. Saya lihat baju dan kemudian saya pandang seorang lelaki caucasian bertubuh besar yang berada di sebelah kiri saya yang sedang mencuba baju sejuk yang mungkin bersaiz sama dengan baju yang sedang saya pegang. Kepada jurujual saya bertanya adakah baju yang bersaiz 'S' sambil menulis huruf 'S' di atas meja menggunakan jari telunjuk saya. Dia juga menulis huruf 'S' di atas meja dengan menggunakan jari telunjuknya. Kemudian tangannya diangkat ke paras dada dan digerakkan ke kiri dan ke kanan sambil mengeleng-gelang kepala. Saya hampa; tiada saiz 'S'. Bagaimana pula dengan saiz 'M'? Saya bertanya dengan cara yang sama. Dengan cara yang sama juga dia kata tiada saiz 'M' dalam stok. Hampa lagi.  Dia kata cuma ada satu saiz sahaja yang tinggal sambil menunjuk baju-baju sejuk yang ada di atas meja dan yang bersusun di belakang 'kaunter'.

Chik menggesa saya membelinya walaupun tiada saiz yang sesuai dengan saya. Katanya lebih baik pakai yang ini dahulu daripada saya mati kesejukan. Sungguh tidak sayang mulut betul si Chik ni. Tapi betul juga apa yang dikatanya. Saya hanya perlu memakai sementara sahaja baju sejuk tersebut. Apabila sampai di Great Wall nanti, pasti ada banyak lagi kedai yang menjual baju-baju sejuk yang mungkin sesuai dengan saiz badan saya. Jadi, mahu tidak mahu saya terpaksa membeli baju sejuk di situ dahulu walaupun saiznya begitu besar - XXXL! 

Akhirnya...Great Wall! 

Baju sejuk yang dibeli terus disarungkan ke badan. Saya rasa diri ini seperti sebiji nangka yang disarung guni untuk diperam sehingga masak. Tetapi tidak mengapa, yang penting saya tidak lagi kesejukan. Jadi perjalanan sejauh 800 meter tidaklah begitu menyeksakan sangat.

Lebih kurang 15 - 20 minit kemudian kami pun sampai di Badaling. Memang benar ada banyak terdapat kedai-kedai di sepanjang jalan menuju ke pintu masuk Great Wall. Sekali lagi saya membeli baju sejuk. Kali ini ada banyak pilihan dan yang penting ada saiz yang sesuai dengan saya. Alhamdulillah.

Setelah membeli dan setelah mengambil gambar-gambar yang sebenarnya tidak patut, kami menuju ke kaunter tiket. Harga tiket masuk ke Great Wall ialah RMB45 seorang. Tiket sudah berada dalam tangan. Dengan penuh rasa teruja (sayalah tu, Chik relaks sahaja sebab ini kali kedua dia ke Great Wall) kami menuju ke sana.

Rasa macam tidak percaya akhirnya saya sampai juga ke Great Wall yang sudah berusia 2000 tahun itu. Kami berjalan di atas tembok sambil sakan bergambar. Binaan Great Wall memang sangat hebat...tetapi pada pendapat saya, pemandangan di sekitar Great Wall adalah berkali-kali ganda hebatnya. Sukar hendak dibayangkan betapa indahnya pemandangan di sana ditambah pula dengan cuaca yang sejuk, menambahkan lagi suasana indah dan nyaman. Apatah lagi apabila kami sampai di puncak antara yang tertinggi di bahagian tembok Badaling ini...pemandangannya sungguh breathtaking, bak kata orang putih.

Panjang Great Wall kalau tidak silap saya adalah lebih daripada 6000 kilometer. Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, maka saya dan Chik tidak dapat menghabiskan perjalanan sejauh 6000 kilometer itu. 6000 meter yang bersamaan dengan 6 kilometer (eh, betul ke?) pun tidak mampu dihabiskan, inikan pula 6000 kilometer. Gila apa? Jadi, apabila jam sudah menunjukkan pukul 12, Chik mengajak saya untuk pulang segera ke stesyen keretapi kerana seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi, tren ke Beijing akan bertolak pada pukul 1.10 petang. 

Berada Dalam Kesesatan 

Dengan lenggang kangkung kami beransur pergi dari Great Wall. Tetapi sebelum itu sempat juga saya memberikan pose istimewa untuk seorang lelaki mat salleh yang berminat hendak mengambil gambar saya (nak beritahu juga tu..hahaha). Kami berjalan keluar dari Great Wall dan berjalan terus ke hadapan. Sambil-sambil berjalan, sambil-sambil bergambar. Tak puas-puas bergambar. Setelah berjalan beberapa minit, Chik bertanya adakah jalan yang kami lalui sekarang memang jalan menuju ke stesyen keretapi. Saya pun tidak berapa pasti. Saya bertanya balik kepada Chik, ada nampak jalan yang lainkah? Rasa macam tiada. Chik pun kata macam tiada. Maka, kami pun teruskan juga perjalanan kami.

Namun, semakin jauh terasa seperti jalan tersebut semakin tidak familiar. Seperti lain daripada jalan yang kami lalui semasa hendak ke Great Wall pada pagi tadi. Sehinggalah kami sampai ke sebuah terowong di hujung jalan, baharulah kami sedar yang kami telah tersesat jalan. Oh tidak! Di kiri kanan bahagian dalam terowong berderet peniaga-peniaga memperagakan barangan jualan mereka. Kepada salah seorang peniaga yang gerainya terletak di hadapan pintu terowong, Chik bertanya arah ke stesyen keretapi. Nasib baik peniaga wanita tersebut boleh berbahasa Inggeris, jadi tidak ada masalah untuk dia beritahu bahawa kami sepatutnya mengambil jalan yang satu lagi. Dan untuk berpatah balik ke sana sahaja akan mengambil masa lebih kurang setengah jam lagi. Jam pada waktu itu pula sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari!

Kami berpatah balik. Saya sudah merasa risau...takut ketinggalan tren. Jalan tidak pandang kiri kanan. Chik yang berjalan di belakang pun saya tidak pandang. Takut. Mesti dia marah saya. Tidak lama selepas itu Chik potong saya. Muka masam mencuka. Sah, dia memang marah sayalah tu. Saya biarkan dia. Saya tidak akan tegur dia or else she will burst out. Tapi dalam hati ada rasa tidak puas juga, kenapa hendak marah saya pula sedangkan dia pun sama tidak ingat jalan.

Jadi apabila sampai di luar kawasan Great Wall semula, saya biarkan dia membuat silap. Kami sepatutnya berjalan terus melalui terowong pendek yang berada di hadapan untuk keluar semula dan bukannya belok ke kiri seperti yang dilakukan oleh Chik. Tetapi saya ikut sahaja. Mungkin apabila dia sedar bukan itu jalan yang sepatutnya diambil, dia akan bercakap semula dengan saya. Dan memang betul pun telahan saya. Setelah perasan itu adalah sebenarnya jalan menuju sebuah bangunan, baharulah Chik bersuara.

Kami keluar dari situ dan meneruskan perjalanan pulang. Kali ini kami agak berhati-hati dengan memastikan jalan yang diambil adalah betul berdasarkan kepada papan tanda yang disediakan. Sebagaimana pantasnya kami berjalan semasa berpatah balik tadi, pantas juga kami berjalan menuju ke stesyen keretapi. Ada sekali Chik merasa ragu-ragu. Katanya mungkin kami tidak sempat mengejar tren. Tapi saya berkata-kata dalam hati, 'we will make it, yes we can' sambil mempercepatkan lagi langkah.

Ya, Malaysia boleh! Memang kami sempat sampai ke stesyen keretapi sebelum tren bertolak. Jangan tidak percaya kami sampai di sana lebih kurang dalam pukul 1.00 petang. Tapi penatnya tak boleh nak cakap...rasa seperti mahu tercabut kepala lutut saya. Apa-apapun saya bersyukur sangat-sangat sebab masih sempat sampai...kalau tidak, terpaksalah kami membeli tiket baharu dan menunggu tren seterusnya yang kalau tidak silap saya akan bertolak pada pukul 3 lebih.

So Beijing, we are coming back for our next adventure...

Monday, August 16, 2010

Cerita Ramadan II

Bila tiba Ramadan aku bukan sahaja teringatkan Samdol, tapi teringat perangai 'samdol' anak buah aku masa dulu-dulu. Masa masih kanak-kanak. Masa masih sweet, sweet, gitu. Kenakalannya hampir membuatkan aku jadi cacat seumur hidup. 

Kejadian berlaku sudah lama. Semasa aku baharu sahaja melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti yang terkenal di tanahair. Aku pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Biasalah sudah hujung-hujung Ramadan adik beradik yang lain juga sudah pulang bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Meriah, memang meriah. 

Dan aktiviti kegemaran kami (malah semua orang, mungkin) adalah bermain bunga api dan mercun beramai-ramai. Aku punya standard cuma main bunga api sahaja. Mercun memang aku tak berani main. Tengok mereka main, beranilah. 

Anak buah aku yang hiperaktif (rasanya semua anak buah aku hiperaktif), Aya namanya, sedang bermain bunga api yang jenis macam fireworks...ala yang letak tegak atas tanah lepas tu nyalakan sumbu  dan bunga-bunga api akan keluar macam fireworks. Tapi si Aya ni tersangatlah kreatif, dia tidak letak atas tanah...bunga api itu dipegang dan apabila dinyalakan ia jadi seperti pistol...lalu mulalah dia buat aksi tembak menembak (kids, don't try this at home!) ke arah abang dan sepupu-sepupunya. 

Entah macam mana nasib tak baik, tembakan dia terkena telinga sebelah kiri aku. Menjerit aku nama Aya. Tapi dia dan yang lain-lain buat dek dan  terus bermain macam biasa. Telinga dah terasa panas...rambut pula dah terbakar sikit. Nasib baik aku tidak panik...maklumlah sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah aku tahu apa yang perlu dibuat. Cepat-cepat aku pergi tadah kepala bawah paip. Lecur mesti diredakan secepat yang mungkin. Cara yang terbaik ialah membiarkan air mengalir di tempat yang tercedera lebih kurang dalam 10 minit. 

Rasa dah cukup masa, aku naik ke rumah. Mak bertanya dengan penuh concern kenapa aku menjerit tadi lepas tu naik dengan muka monyok. Aku tunjuk telinga aku yang dah merah sambil cerita apa yang telah terjadi. Mak sapukan ubat hijau kat telinga aku. Sambil tu mulutnya membebel-bebel. Macam-macam dia membebel, yang paling tak tahan tu dia kata inilah balasannya untuk aku yang tak mahu pakai tudung. Telinga yang sudah sedia pedih dan panas menjadi bertambah panas dibuatnya. Sungguh ironik sekali.

Untuk beberapa minggu telinga aku jadi hitam. Buruk sungguh. Risau juga kerana aku perlu balik ke kolej dengan telinga yang masih cedera. Nasib baik rambut aku panjang, jadi kecederaan ditutup dengan rambut sahaja. Lebih kurang 3-4 minggu kemudian, kulit yang rosak tertanggal sendiri dan diganti dengan kulit yang baharu. Lega...telinga aku tidak cacat. Alhamdulillah...    

Sunday, August 15, 2010

Cerita Ramadan I

Setiap kali tiba bulan Ramadan aku mesti teringatkan Samdol (bukan nama sebenar), bekas staf yang bekerja satu department dengan aku dulu. Dia berketurunan Sikh tetapi sangat baik dengan kebanyakan staf Melayu.

Aku pula memang kamceng dengan Samdol. Dia aku anggap seperti seorang abang, maka aku memanggilnya sebagai Abang. Ada sahaja cerita yang dia kongsikan dengan aku; tidak kisahlah yang berkaitan dengan kerja atau yang berbentuk personal dan aku pula sentiasa menjadi pendengarnya yang setia. 

Pada suatu hari di bulan Ramadan yang aku tidak ingat tahun bila, dia pulang dari makan tengahari dengan berwajah muram. Hairan juga aku rasa. Dalam kehairanan aku beritahu dia supaya return call Dogol (bukan nama sebenar). Dia angguk dan terus menelefon. Telefon Dogol barangkali. Selepas meletak gagang telefon, wajahnya daripada muram bertukar menjadi seperti wajah orang yang sedang dalam keadaan disgusted.

Susah hati juga apabila melihat dia begitu. Sebagai seorang adik yang busybody prihatin aku bertanya, "Kau kenapa, Bang?"

Dia pandang aku sekilas. Lepas tu dia pandang PCnya kembali. Lepas tu dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengepal-ngepal tangannya. Apabila dia memandang aku kembali, aku mengangkat kening sebagai isyarat bertanya kenapa. Dia pula mengisyaratkan tangannya kepada aku untuk datang ke mejanya. Meja kami bersebelahan sahaja. Jadi apabila dia sudah mengisyaratkan begitu, aku terus sahaja pergi ke sana; seperti biasa menonggeng di mejanya jika ada gossip sesuatu perkara penting yang hendak disampaikan.

Dengan suara yang perlahan takut ada orang dengar - maklumlah bulan puasa ramai yang tidak keluar dari pejabat pada waktu tengahari - dia memulakan cerita. Bla, bla, bla, bla dia bercerita. Siap dengan gaya tangan...siap dengan ekspresi muka. Habis mendengar cerita, aku balik semula ke tempatku dengan perasaan malu yang amat.

Mananya tak malu. Samdol kata dia fed up. Fed up dengan siapa? Dengan Dogollah...sudahlah tak puasa, lepas tu suruh dia belikan makanan di kedai mamak. Sudahlah suruh belikan makanan, dia minta Samdol guna duit dia sendiri dulu. Dia call tadi pun sebab nak tanya berapa harga makanan kerana semasa Samdol deliver bungkusan makanan tadi di basement (tempat filing yang biasa menjadi medan lepak budak-budak lelaki), dia tiada di situ. "Tak tahu malu punya orang," kata Samdol. Samdol kata bukan Dogol sahaja, malah salah seorang daripada orang atasan pun pernah meminta dia belikan makanan kerana tidak berpuasa. Dan dia sangat tidak senang dipergunakan begitu. Cuma memikirkan mereka ini kawan dan juga sebab hormatkan orang atasan yang membuatkan dia tetap menolong mereka.

Sungguh-sungguh aku tidak sangka, buah cempedak menjadi nangka. Eh, apa kena-mengenanya buah cempedak dengan nangka dalam cerita ini? Tiada apa-apa kaitan pun. Baiklah berbalik kepada cerita...aku memang malu...malu kerana saudara seagama aku sanggup mempergunakan seorang non-muslim untuk kepentingan perut diri sendiri. Tiadakah rasa malu dalam hati mereka? Aku sebagai perempuan dan ada masa diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa pun tidak tergamak hendak melakukan perkara yang sama; masih tetap berpuasa seperti orang lain, tau.

Dalam pada aku duduk mengelamun memikirkan hal Dogol, tidak lama selepas itu dia datang ke tempat kami. Aku pandang dia sambil tersenyum, dia pula macam mahu mengelak tapi tak sempat lalu dia pun tersenyum...tapi macam senyum yang dibuat-buat. Dia ke meja Samdol...sambil sedaya upaya membelakangkan badannya daripada aku. Aku tidak berapa dapat menangkap perbualan ringkas mereka tetapi daripada gesture badannya aku rasa seperti dia sedang melakukan transaksi dengan Samdol (bayar hutang makanan tadilah tu).

Sebaik sahaja Dogol berlalu, Samdol memandang aku. "Tengoklah tu, tak malu," sambil tangannya menunjuk ke arah Dogol.

Aku senyum kambing. Dalam hati berkata nasib baiklah hubungan kami tak menjadi. Syukur.

Saturday, August 14, 2010

Can You Keep a Secret?

A good friend of mine asked me, "If I ask you, what do you want in your life? Would you be able to tell me now or do you need to think first?" 

Without hesitation, I said, "I need to think first." And can't help but feeling like a loser. 

I've been in this world like for ages but still couldn't figure out what I want in my life? If that doesn't sound pathetic, I don't know what is.

Saturday, August 07, 2010

Aku Menulis Bukan Kerna Nama...

Sudah lama sangatkah aku (tukar semula gantinama 'aku'...lagi best!) tidak menulis sehingga ada orang mengugut hendak bom blog ini sekiranya aku tidak membuat entri baharu? Aku tengok entri terakhir ditulis lebih kurang 2 minggu yang lepas. Tidaklah lama sangat. Atau mungkin orang yang mengugut itu rindu dengan hasil tulisan aku yang tidak seberapa tetapi dia tidak mahu mengaku? Mungkin juga, kan? Terharunya! Disebabkan itu, aku mengambil keputusan untuk menulis semula...kerana aku memang ada sesuatu yang hendak dikongsikan di sini...kisah tentang nama... 
Kepada kawan-kawan yang mengenali diri aku secara personal, pasti tahu nama sebenar aku. Kepada kawan-kawan yang mengenali aku hanya sebagai Siti R, pasti tidak tahu nama sebenar aku. Tetapi rasanya daripada nama blog ini sendiri pasti kalian dapat mengagak, bukan? Ya, nama aku Siti Rahmah. Selamat berkenalan... 
Kalian rasa nama aku tidak glamour? Kalian sama sahaja dengan kakakku yang bernama Siti Rafidah. Masa kecil-kecil dulu dia yang paling suka mengejek-ngejek nama aku. Katanya dalam adik beradik kami, nama aku yang paling tidak best...macam nama orang tua-tua. Sudahlah macam nama orang tua-tua, kalau disebut banyak-banyak kali lama-lama daripada Rahmah terus jadi lemah. Hendak tahu kenapa dia begitu menjadi-jadi mengata-ngata nama aku sebegitu sekali? Sebab masa itu ada lagu Lefthanded bertajuk 'Rafidah dan Sejarah'. Ya, lagu yang mengabadikan nama dia sebagai tajuknya. Mahu dia tidak perasan? Katanya namanya sungguh sedap sehingga boleh dijadikan tajuk lagu. Katanya lagi, kalau nama aku diabadikan dalam lagu, pasti lagu itu tidak laku. Pada aku lagu 'Rafidah dan Sejarah' tidaklah best sebagaimana lagu-lagu Lefthanded yang lain...lembab! Tak percaya dengarlah sendiri. You'll be the judge.

Kalian mesti fikir aku rasa down apabila kakak aku mengusik aku begitu. Sebenarnya tidak. Aku katakan kepadanya aku tidak kisah kalau tiada lagu yang menggunakan nama aku sebab nama aku begitu banyak disebut di dalam Quran. Lagu cuma sementara sahaja popularnya. Lama-kelamaan orang akan bosan. Tetapi Quran, sepanjang masa orang baca. Bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Ada ke nama atau perkataan Rafidah disebut dalam Quran? Rasanya tiada... 
Masa aku kecil-kecil dulu juga emak ada bercerita semasa aku baharu dilahirkan abah baharu pulang daripada menunaikan haji. Emak kata, semasa di tanah suci abah sering mendengar nama Siti Rahmah disebut-sebut. Kebetulan pula apabila pulang ke tanahair, dia mendapat anak perempuan yang comel tiada bandingan. Maka, dinamakanlah anaknya itu sebagai Siti Rahmah. Pada masa itu aku tidaklah tahu mengapa nama Siti Rahmah selalu disebut-sebut semasa abah menunaikan haji. Mungkin ramai jemaah wanita yang bernama Siti Rahmah menunaikan haji pada waktu itu. Entahlah. Aku pun tidak tahu. Sehinggalah... 
...aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal di seluruh Malaysia. Pensyarah kelas Intermediate English yang aku rasa namanya Puan Syarifah (cik Chik or cik Eny, please correct me if I'm wrong. I really have problem remembering names...huhu), suka sangat mengusik aku. Katanya apabila melihat aku, dia pasti teringat pengalamannya semasa menunaikan umrah. Di hadapan kelas dia bercerita tentang bagaimana peniaga-peniaga Arab menarik perhatian wanita-wanita terutamanya yang datang dari Malaysia atau Indonesia. Kebanyakan peniaga tersebut pandai berbahasa Melayu. Jadi mereka akan memanggil-manggil wanita-wanita tersebut untuk membeli barangan jualan mereka yang kononnya murah-murah dengan panggilan Siti Rahmah. Mereka memanggil begini, "Siti Rahmah! Siti Rahmah! Murah! Murah!"
Satu kelas ketawa, termasuklah aku. Ada baik dan ada buruknya Puan Syarifah bercerita kepada kami tentang 'Siti Rahmah'. Yang baiknya, akhirnya aku tahu mengapa abah namakan aku dengan nama ini. Yang buruknya, selepas itu aku menjadi bahan usikan rakan-rakan sekelas (lelakilah). Pantang nampak aku, 'Siti Rahmah Murah, Murah' mereka panggil aku. Dasar lelaki! Sudah besar panjang pun masih nakal lagi. Tetapi nasib baik tidak lama. Dua tiga minggu selepas itu mereka tidak lagi mengusik aku. Mungkin mereka merasa bosan sebab aku tidak memberikan apa-apa reaksi jika mereka memanggil aku begitu melainkan menunjukkan muka bosan. Nampak gayanya taktik aku memang menjadi...hahaha!
Hampir 3 tahun yang lepas, aku pula berpeluang menunaikan umrah. Pengalaman Puan Syarifah sudah menjadi pengalaman aku pula. Ya, benar. Peniaga-peniaga Arab ini memang memanggil wanita-wanita dari Malaysia/Indonesia dengan panggilan Siti Rahmah. Pertama kali mendengar nama ini dipanggil, berderau juga darah aku. Terpinga-pinga juga kerana aku merasa musykil bagaimana mereka tahu nama aku? Tidak lama selepas itu, baharu aku tersedar...namaku cuma gelaran untuk jemaah wanita sahaja. Pheww!!
Tetapi seronok juga. Untuk pertama kali dalam hidup, aku merasa seperti seorang Rockstar. Semua orang kenal aku (lelaki pula tu...hehehe). Aku tidak lagi halimunan. Kiri, kanan, depan, belakang...semua memanggil-manggil nama aku. Tetapi tiba-tiba...seorang peniaga memanggil, "Ya Siti Nurhaliza..." 
What?! Siti Nurhaliza? Potong stim betul!
Apa-apapun aku bersyukur diberikan nama ini. Walaupun kakak aku kata nama aku tidak sedap, yang penting maknanya baik dan tetap  glamour seperti seorang rockstar di Mekah dan Madinah. Dan yang penting, aku tidak merasa malu apabila nama aku dipanggil untuk ditimbang amalan semasa di akhirat kelak. Semoga amalan yang aku  bawa juga bergemerlapan seperti 'rockstar' di sana nanti...Kalau tidak buat malu sahaja. Nauzubillah...     

Thursday, July 15, 2010

Soalan Berbangkit

Kenapa ya? Rasa macam nak menulis...dalam kepala pun dah beratur-atur ayat demi ayat minta dikeluarkan. Tapi sebaik sahaja pen berada dalam tangan atau jari-jari sudah berada di keyboard, ayat-ayat tadi terus hilang entah ke mana. Apabila pen dilepaskan atau jari-jari diangkat daripada menyentuh keyboard, ayat-ayat tadi muncul semula...beratur-atur balik dalam kepala.

Tidak ada ke device yang boleh menterjemahkan ayat-ayat dalam kepala kepada ayat-ayat dalam bentuk tulisan? Kalau ada, tolong beritahu saya. Saya amat-amat memerlukannya.

Nota: Disebabkan perkara di atas, maka saya semakin jarang update blog ini. Apa? Alasan je? Mana ada...

Monday, July 12, 2010

Cuti-cuti China: Hari Ketiga - Bahagian 1

Hari Ketiga - 25/4/2010

Hari Baru Bermula 

Tembok Besar China (Great Wall). Hmmm...siapa yang tidak mahu ke sana ya? Sementelah lagi ia telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban dunia yang baharu pada tahun 2007. Saya juga menyimpan impian untuk ke sana. Pagi ini impian itu akan saya laksanakan dengan izin-Nya. Saya sangat teruja!

Maka seawal pagi iaitu lebih kurang pukul 7 yang tidaklah begitu awal mengikut standard negara China (di sana pukul 5 pagi sudah terang benderang seperti pukul 7 pagi di Malaysia), saya dan Chik turun dari bilik hostel. Sampai di lobi, tidak disangka-sangka kami terserempak lagi dengan pasangan dari Malaysia yang menegur kami di Houhai Lake pada malam pertama kami sampai di Beijing. Dunia ini sederhana kecil (tiada kena-mengena dengan novel Bahruddin Bekri), rupa-rupanya mereka juga menyewa di hostel yang sama. Kuat betul jodoh kami dengan mereka...ahaks...

Setelah berbual ringkas, kami tinggalkan pasangan dari Malaysia tersebut dan berjalan kaki menuju ke Stesyen Qianmen. Destinasi kami ialah Stesyen Xizhimen yang terletak bersebelahan dengan Beijing North Station. Saya merasa sedikit bimbang kerana langit kelihatan mendung dan cuaca pula agak sejuk berbanding dengan dua hari yang lepas. Bimbang juga jika jaket hitam yang saya pakai tidak mampu melindungi tubuh daripada sejuk kerana ia tidak begitu tebal. Selain daripada itu saya tiada baju sejuk yang lain, jadi saya hanya membawa shawl. Agak mengigil juga semasa saya berjalan menuju ke Beijing North Station dari Stesyen Xizhimen.

Sampai di stesyen, kami sudah terlepas tren pukul 7.26 pagi. Jadi, kami membeli tiket untuk tren seterusnya yang dijadualkan bertolak pada pukul 9.33 pagi ke Badaling (salah satu daripada bahagian Great Wall yang menjadi tumpuan pelancong). Harga tiket adalah RMB17 untuk kelas pertama, manakala kelas kedua berharga RMB14.

Ada banyak masa lagi sementara menunggu waktu bertolak. Rasa menyesal pula tidak membawa apa-apa bahan bacaan untuk dibaca untuk mengisi masa yang terluang. Tetapi saya tidak kekok sangat kerana saya perhatikan tiada seorang pun orang China yang berada di ruang menunggu yang menghabiskan masa dengan membaca. Bukan sahaja di sini, malah sepanjang saya menggunakan pengangkutan awam terutama sekali Beijing Subway, saya tidak pernah lagi melihat orang China membaca...cuma sekali sahaja saya melihat seorang wanita membaca surat khabar. Saya rasa saya perlu memperkenalkan aktiviti Baca@Subway kepada masyarakat Beijing. Saya yakin kerajaan China akan menghargai usaha saya itu nanti.

Errr...Ok, saya cuma berangan. Hakikatnya, saya lebih kurang sama sahaja seperti mereka. Tetapi, janganlah pandang serong kepada saya. Saya cuma menyesuaikan diri dengan masyarakat Beijing. Kata orang; masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Begitulah saya lebih kurangnya...hohoho...

Brrrr...Sejukkk!!!

Kami bertolak ke Badaling tepat pada pukul 9.33 pagi. Kami dijangka sampai pada pukul 10.42 pagi di Stesyen Keretapi Badaling. Sepanjang perjalanan, tren cuma berhenti sekali di stesyen yang saya tidak ingat namanya. Pemandangan agak membosankan pada mulanya. Tetapi apabila hampir sampai ke Badaling, saya (tidak termasuk Chik) dan para penumpang yang lain disajikan dengan pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan. Saya sibuk mengambil gambar manakala Chik pula sibuk melayan layar mimpinya (agaknyalah). Jealous sungguh saya dengan Chik, asalkan ada peluang dia tidak akan melepaskan peluang untuk melelapkan mata. Saya tidak boleh, apatah lagi saya sudah tahu (melalui research di internet) yang kami akan disajikan dengan pemandangan yang indah sebaik sahaja tren mula mendaki gunung. Sayang kalau tidak diabadikannya ke dalam kamera di samping memuji kehebatan dan kekuasaan Allah dalam mencipta alam yang begitu indah ini. 

Dalam pada mengagumi ciptaan Allah, saya dilanda kerisauan sekali lagi apabila melihat orang-orang di luar yang memakai baju sejuk yang tebal-tebal. Saya pasti di luar sana sangat sejuk. Ada kemungkinan besar saya akan mati kesejukan sebaik sahaja keluar daripada tren. Ok, saya mengarut lagi. Saya tidaklah mati kesejukan (kalau tidak, tiadalah travelog ini, duh!), cuma mengigil sahaja. Keluar sahaja daripada tren memang sangat terasa kesejukannya. Saya tidak tahu suhu sebenar pada waktu itu, tetapi apa yang boleh saya beritahu; kalau bercakap, wap akan keluar berkepul-kepul dari mulut.

-Akan bersambung- (^__^)V 

Cawan Dunia a.k.a World Cup

Saya ada aktiviti best pada awal pagi tadi. Eh, tak. Saya tak curi telur ayam. Buat apa curi telur ayam. Bukannya best pun.

Saya cuma menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia; ayam belanda menentang spanar. Eh, bukan. Belanda menentang Sepanyol. Maafkan saya, mengantuk agaknya.

Sememangnya perlawanan akhir Piala Dunia adalah satu daripada acara sukan yang saya wajib tonton biar apapun yang terjadi kecuali kalau bekalan elektrik terputus. Lebih best jika dapat menontonnya dengan kawan-kawan yang saya suka. Dan awal pagi tadi saya menontonnya bersama-sama dengan dua orang kawan-kawan yang saya suka - dua orang gadis yang sama anggunnya dengan saya - tak lain tak bukan Chik dan Eny Ryhanna.

Dipendekkan cerita, Sepanyol menang. Puyol (ganti kepada fuyoo!)! Saya suka. Suka sangat. Sangat-sangat suka. Sejak Piala Dunia bermula sebulan yang lalu saya dah rasa Sepanyol akan merampas kejuaraan daripada tangan Itali. Nampaknya ramalan saya benar belaka. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa saya lebih psikik daripada Paul si Sotong Kurita.

Oleh itu, sotong kurita tersebut bolehlah dimasak bersama-sama dengan ayam belanda. Goreng pun sodap!

Nota: Sebab entri ini dilabel 'Liverpool' - kedua-dua pasukan ada pemain Liverpool yang bermain pada pagi tadi waktu Malaysia bukan waktu Afrika Selatan; Dirk Kuyt (Belanda) dan Fernando Torres (Sepanyol). Harap maklum.   

Saturday, June 26, 2010

Buku Percuma

Saya suka tahun 2010. Hendak tahu kenapa? Kerana tahun ini saya banyak mendapat buku percuma.

Pagi tadi telah berlangsungnya acara Gerakan Membaca Perdana di Taman Tasik Shah Alam sempena dengan Pesta Buku Negeri Selangor 2010. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini (ini cara orang malas menulis...tinggalkan pautan sahaja...hahaha...). Semasa acara ini sahaja saya telah mendapat dua buah buku percuma. Satu daripadanya adalah sumbangan Alaf21 dan satu lagi  merupakan pemberian daripada Puan Azrina. Saya sebenarnya sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan novel Pesona Sandora. Nampaknya tidak akan ada masa yang sesuai lagi sebab Puan Azrina sudahpun mendapatkannya untuk saya. Terima kasih banyak-banyak, Puan Azrina. Saya merasa sungguh terharu...

Kemudian di BookXcess pula saya mendapat satu lagi buku percuma. Yang ini betul-betul klasik. Lebih klasik daripada Klasik Nasional. Novel tulisan Charles Dickens yang paling saya gemari semasa di sekolah rendah dahulu - A Tale of Two Cities. Terima kasih Encik Zaiful atas ingatan. Really appreciate it.

Encik Zaiful, saya rasa saya ada tertinggal 6 buah buku tadi. Tetapi apabila diingat-ingat semula, rupa-rupanya buku-buku tersebut bukan saya punya. Perasannya saya...maaf ya. Harap-harap saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan keenam-enam novel daripada siri Saga Artakusiad tersebut....uhuhuhu~