Tuesday, January 26, 2010

Aku Sedang Berpuasa

Bermula dari dinihari 27 Januari 2010 sehingga terbit fajar 30 Januari 2010, aku akan mula berpuasa Facebook. Sebelum lupa (takut nanti tidak sah pula puasaku...tak fasal-fasal kena berbuka), kena baca niat lebih kurang seperti yang diajar oleh Puan Azrina di sini dan mengikut kesesuaian semasa:

"Sahaja aku berpuasa Facebook selama 3 hari kerana Allah Ta'ala."

Tujuan puasa ialah untuk menahan nafsu daripada mengacau/mengecheck status kakak/adik/anak-anak saudara/kawan-kawan dan menghabiskan terlalu banyak masa di sana. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh aku buat daripada membuang banyak masa di Facebook. Contohnya, mengupdate blog ini yang makin lama makin bersawang aku tengok. Selain itu aku ingin menghayati rasa kekurangan orang-orang yang tiada akaun Facebook. Semoga aku akan insaf.

Adakah aku akan berjaya dengan misi mustahil aku ini? Nothing is  impossible? Kita tunggu dan lihat... 

P/S: Rin, jangan marah aku kerana tiru aksi berani kau berpuasa Facebook...kau sumber inspirasiku...hehe...

18 comments:

AttOkz Dikulgai said...

Maksudnya, cuti Wilayah dah boleh mula bermaharajalela kembali menjarah setiap pelusuk inci 'muka buku' la ye?
:P Selamat berpuasa! Semoga nawaitu yang baik kekal ke akhirnya dan beroleh keberkatan yang bukan pekerjaan sia-sia.

*pssst...wujud juga 'kahwin campur' dalam kosa kata seperti mengecheck dan mengupdate ye? hehehehe! (memeriksa | mengemaskini)

Kurma said...

ahahaha... okla ko tiru aku pulak.. selalu aku je tiru ko :D
woo ko dah niat awal-awal, kalau batal ko kena ganti tau, siap kifarah ehehehe...

apa amalan masa puasa ni? Tulis manuskrip?

Siti R said...

AttOkz dan Kurma: Setakat ini puasa masih belum batal. Alhamdulillah, saya berjaya melawan hasutan2 yg datang bertubi2. Baru saya tau kuat juga iman saya...hehe...
Kurma, amalan puasa aku ialah tidur dan juga menjawab komen2 korang di blog ni..haha..

AttOkz Dikulgai said...

Rsnya tekad dan semangat...dan kalau nawaitu itu untuk menghindar dari melakukan sesuatu yang cela dan melekakan, Insya Allah...DIA pasti melorongkan dan melapangkan dada para hamba utk melaksanakan dengan sempurna.

Iman manusia dinukilkan seperti laut. Ada pasang dan surutnya. sbg org awam dlm syariat, pastinya iman kita tidak seperti para aulia dan mereka yg memilih jalan kerohanian. Tapi, satu langkah yang bagus untuk mengukuhkan keimanan. Cuma saya kurang setuju dengan parameter iman yang kita sendiri ukur.

Teruskan! mungkin boleh menerjah untuk mengenali diri yang 7. :P

Kurma said...

Sepanjang berpuasa Facebook di pejabat saya rasa seperti orang ketagihan rokok. Bila nak merokok, makan chewing gum, bila nak Facebook, saya check e-mail atau intai blog orang.
Siti.. kita kena buat puasa kita ni tahap Gaban.. melakukan kerja-kerja yang memberi kesejahteraan pada manusia hahahaha...

AttOkz Dikulgai said...

Pn. Rin,
Tauke syarikat tempat kita kerja tidak bayar gaji kita untuk melayari facebook! :P

Kurma said...

Baiklah Tuan AttOkz.. sementelahan pula gaji saya dari sumber zakat Selangor... isk isk...

Anonymous said...

Mak ET, orang tak de facebook, okay je. So kalau takat nak puasa facebook tu, orang takde hal lah, kalau tak de pun tak pe, tak effect orang pun

-syira-

Siti R said...

Anonymous yang bernama Syira: Takde facebook mmg la ok. Taknak join facebook ke? Hohoho...

AttOkz Dikulgai said...

aii, memancing anak sedara ke utk join muka buku?
hahahahhaa~

Siti R said...

Harharhar...syira tu bkn anak sedara saya tp kawan rapat. Kawan2 rapat suka panggil saya mak et...tapi saya tak kisah..hehe..

Kurma said...

Saya pun suka panggil dia Mak ET supaya saya rasa muda, kelihatan muda, jadi muda.. hahahaha

AttOkz Dikulgai said...

Awk,
Mak ET ni xde kena mengena ye dengan citer E.T tu ye?
Hahahahahaha~ jgn marah..gurau aje~

Pn. Rin,
Boleh la buat konsep mcm tu..
tp sian kat si dia..
:P

Anonymous said...

Tak mo lah join facebook, dulu dh join tapi skrg dh delete. Orang ingat nk setat poll "Who hates facebook?"...hehehehe

-syira-

Siti R said...

Kurma: Yelah, bagi 'can' kat ko rasa muda...tp ko kan mmg muda drp aku...

AttOkz: Owh, saya mak angkat E.T. tu...

Anonymous yang bernama Syira: Tak mo sudah...Orang nak setat poll "Who hates Syira who hates facebook"...muahhahahaha..

AttOkz Dikulgai said...

Owh...nasib baik mak angkat E.T, kalau mak biologi macamana? hahahaha~
Saya kurang berminat dengan poll di mukabuku yang sering melibatkan individu dan kumpulan.
Rasanya bukan tujuan itu rangkaian sosial di wujudkan.

* Ehem! nak panggil Mak ET jugalah, boleh ke awk? :P

Siti R said...

Suka hati la nak panggil Mak ET...gua tak kisah...

AttOkz Dikulgai said...

Peace~
Mak ET rawks!!!
hehehehehehe~