Friday, January 15, 2010

Mari Membaca

Aku tidak mahu tulis panjang-panjang. Cukuplah untuk aku beritahu kawan-kawan sekelian bahawa esok aku akan membaca dengan khusyuknya di dalam LRT walaupun aku amat jarang menggunakan perkhidmatan LRT. Kenapa? Kerana esok akan diadakan aktiviti Baca@LRT bermula dari pukul 10 hingga 11 pagi. Pembacaan akan dimulakan dari stesyen Terminal Putra hingga ke Stesyen Kelana Jaya.

Baca@LRT sebenarnya bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pengguna-pengguna LRT khasnya dan kenderaan awam yang lain amnya. Ia ingin menjadikan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang cool. Belum apa-apa aku dah rasa aku seorang yang cool. Tetapi malangnya apabila aku beritahu hasrat mulia aku ini kepada Ita si rakan pejabatku...dia mentertawakan aku. Ita, kau sangat tidak cool!

Hanya pencinta-pencinta buku sahaja yang dapat memahami akan keterujaan aku untuk terlibat dalam aktiviti penuh bersejarah ini. Siaplah kau Ita, selepas tamat aktiviti tersebut dan bila kita berjumpa di pejabat tengahari esok, kau akan aku hidangkan dengan cerita-cerita cool sepanjang aktiviti berlangsung. Masa itu kau akan tahu langit itu tinggi atau rendah.

3 comments:

Syira said...

Mak ET,

Orang mmg sokong sgt2 hasrat murni Mak ET, kalau Mak ET kabor kat orang, mesti orang tak gelakkan, in fact, ntah-ntah, orang yang drag Mak ET ke LRT tu kekekeke.

Tapi orang cepat pening la kalau membaca dlm moving vehicle :(, cemana nak buat tu????

Kurma said...

Siti! You rawkkk and cool!!!
Berjaya jugak kita kan.. Alhamdulillah hheeh..

Siti R said...

Syira: I know..kita kan suka membaca ;)
Owh...jgn baca menunduk sangat. Angkat buku supaya sama level dgn mata..kalau x blh jugak..jgn paksa diri...baca sekejap2..

Kurma: U2, Rin! Ya, berjaya...alhamdulillah..seronot kan...hehe..