Saturday, June 26, 2010

Buku Percuma

Saya suka tahun 2010. Hendak tahu kenapa? Kerana tahun ini saya banyak mendapat buku percuma.

Pagi tadi telah berlangsungnya acara Gerakan Membaca Perdana di Taman Tasik Shah Alam sempena dengan Pesta Buku Negeri Selangor 2010. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di sini (ini cara orang malas menulis...tinggalkan pautan sahaja...hahaha...). Semasa acara ini sahaja saya telah mendapat dua buah buku percuma. Satu daripadanya adalah sumbangan Alaf21 dan satu lagi  merupakan pemberian daripada Puan Azrina. Saya sebenarnya sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan novel Pesona Sandora. Nampaknya tidak akan ada masa yang sesuai lagi sebab Puan Azrina sudahpun mendapatkannya untuk saya. Terima kasih banyak-banyak, Puan Azrina. Saya merasa sungguh terharu...

Kemudian di BookXcess pula saya mendapat satu lagi buku percuma. Yang ini betul-betul klasik. Lebih klasik daripada Klasik Nasional. Novel tulisan Charles Dickens yang paling saya gemari semasa di sekolah rendah dahulu - A Tale of Two Cities. Terima kasih Encik Zaiful atas ingatan. Really appreciate it.

Encik Zaiful, saya rasa saya ada tertinggal 6 buah buku tadi. Tetapi apabila diingat-ingat semula, rupa-rupanya buku-buku tersebut bukan saya punya. Perasannya saya...maaf ya. Harap-harap saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan keenam-enam novel daripada siri Saga Artakusiad tersebut....uhuhuhu~

9 comments:

Kurma said...

bila saga artakusiad tu? dah keluar ke siti?
Sebenonya sabtu tu aku boleh tertinggal beg yg ada buku2 ko bagi tu.. waaaa.. alhamdulillah waida tlg selamatkan dan dah pass ke Dilla.

Siti R said...

Yup dah keluar...terbitan DBP. Tp aritu cuma ada satu set jer. Terpaksalah berputih mata...huhuhu..

Huhu..sampai ati tgglkan pemberianku...

Kurma said...

alalala.. aku tak sengajaaaa.. ampun ampun.. jangan serik bagi aku buku free lagi.. please please...
time tu kemas tikar aku ingat dah masuk dalam beg..

Siti R said...

Huhu...xpelah. Kesalahan pertama bole dimaafkan..he~

fndrocka said...

kenapa selalu dapat buku percuma?

Siti R said...

Ko nak tau sbb apa? Sbb aku seorg yang sgt gorjes...

fndrocka said...

siot..aku pun gorjes jugak...tapi buku yg aku dapat percuma hanyalah bukulima. aku kerius lah..nak tahu sebab apa..manalah tahu nanti esok lusa aku pulak nak bagi buku percuma kat kau.haaaaa...kan best camtu.haha

fndrocka said...

Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam

Siti R said...

Ko memang gorjes la fndrocka. Aku kena perah idea nak dapatkan buku percuma drp ko. Iskh!