Thursday, October 27, 2011

Juara Piala Dunia

Saya sepatutnya ke Sepanyol pada tahun ini...sempena Sepanyol menjuarai Piala Dunia pada tahun lepas. Tetapi memandangkan bajet tidak cukup, terpaksalah saya 'lepaskan' Sepanyol T_T

Pada pertengahan tahun 2011 ini, saya dan rakan jenayah (partner-in-crime?) saya mengambil keputusan untuk bercuti ke New Zealand pada tahun hadapan. Tiket kapal terbang sudah saya book. Insya-Allah kami akan terbang ke sana pada awal bulan Mei 2012.

Tup, tup saya dapat tahu New Zealand menang Piala Dunia pada hujung minggu lepas. Err...Piala Dunia Rugbi maksud saya.

Pergh! Tercapai juga hasrat saya hendak melawat negara yang menjadi juara Piala Dunia. Tidak kisahlah ia merupakan sukan Rugbi. Yang penting namanya Piala Dunia. World Cup. Geddit?

5 comments:

AttOkz Dikulgai said...

Eleh.
Bukan minat rugby pun kan?
ke ada minat mana-mana ruggers?

Erk...nak kirim jersey all black tau nanti.

hehehe!

Siti R said...

Ada...Jonah Lomu...heheheh..thn bila ntah tu..

Kirim beserta dengan wangnya sekali ye :P

AttOkz Dikulgai said...

Itu masa tahun 1995, 1999 & 2003.
Lomu memang legend. Antara idola masa seorang ruggers tu main untuk MSSM dan liga U.
heheheh!

Ye la, nnt akan dikirimkan duitnya dalam bentuk RM!

Kurma said...

ha? si jonah ni main mssm?

Siti R said...

Jonah celup tu...