Monday, June 18, 2012

Antara Berasa dan Merasa

Berasa. Merasa.

Saya sebenarnya selalu keliru dengan penggunaan kedua-dua perkataan di atas. Bila masa perlu guna perkataan "berasa"? Bila masa pula perlu guna perkataan "merasa"?

Walaupun sudah lama keliru tetapi tidak pernah terfikir pun hendak bertanya kepada sesiapa. Kedua-duanya digunakan secara hentam keromo. Ikut sedap jari menulis atau menaip. Langsung tiada etika.

Hari ini barulah terfikir hendak mencari jawapan kepada persoalan yang sudah lama bermain di fikiran ini. Dengan bantuan profesor serba tahu Google, saya dipertemukan dengan temannya dalam bidang bahasa yang dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka. Alahai...sudah lama saya mengenalinya juga. Mengapalah saya tidak terfikir untuk bertanya terus kepadanya sebelum ini?

Daripada apa yang saya diberitahu, makna kedua-duanya hampir sama. Dari segi penggunaannya pula - berdasarkan apa yang saya faham - perkataan "berasa" biasanya dikaitkan dengan perasaan atau rasa hati, dan mendapat rasa (yang dialami oleh badan) seperti rasa sakit. Perkataan "merasa" pula biasanya dikaitkan dengan perbuatan menikmati atau mencuba sesuatu; contohnya dengan lidah.

Apa yang boleh saya simpulkan adalah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk menunjukkan rasa yang dialami oleh perasaan dan juga apa yang dirasai secara fizikal. Manakala perkataan "merasa" hanya boleh digunakan untuk menunjukkan apa yang dirasai secara fizikal sahaja.

8 comments:

Kurma said...

Saya berasa sakit perut atau saya merasa sakit perut?

Siti R said...

Saya berasa sakit hati membaca ayat di atas kerana ia membuatkan saya berasa semakin keliru.

Ayat yang betul adalah 'saya sakit perut'..kehkeh

Kurma said...

hahaha confirm betul

Fiwdaus said...

saya berasa gumbira dgn post ini...

Siti R said...

Kurma: nak gelak jugak...hahaha

Fiwdaus: saya juga berasa gumbira kerana anda berasa gumbira

niL said...

Salam Siti...

Saya nak tanya pasal Mount Huashan boleh? Boleh mintak email tak? TQVM

nirwarina@gmail.com

Norizan Yusof said...

Hahahahahahaha lawak.

Siti R said...

:D