Sunday, June 09, 2013

Dilema Tuan, Puan

Puan Ainon Mohd., Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah memberikan tiga tips komunikasi perkhidmatan pelanggan. Menurut beliau,

1. Semua pelanggan lelaki dibahasakan sebagai 'Tuan'.

2. Semua pelanggan wanita yang diketahui sudah bersuami dibahasakan sebagai 'Puan'.

3. Semua pelanggan wanita yang tidak diketahui akan status perkahwinannya pula dibahasakan sebagai 'Cikpuan'.

Rasanya bukan setakat itu sahaja, dalam urusan rasmi juga sesuai dipraktikkan tips komunikasi di atas.

Di kesempatan ini saya ingin juga menambah sedikit ilmu penggunaan kata nama Tuan/Puan ini. Kalau dalam surat rasmi, penggunaan nama panggilan yang betul lagi tepat adalah Tuan. Bukan Puan, bukan Cikpuan, melainkan Tuan sahaja - tidak kira penerima surat itu lelaki atau perempuan.

Sebenarnya, semasa saya sekolah menengah dulu (tingkatan 2, 3), cikgu BM sudah ajar cara menulis surat rasmi yang betul. Cikgu saya ini pula bukan calang-calang guru. Beliau merupakan salah seorang panel penulis buku teks "Bahasa Malaysia" untuk sekolah menengah. Cikgu Ayob Jantan namanya.

Namun apabila memasuki alam pekerjaan, saya terikut-ikut dengan apa yang biasa ditulis oleh rakan-rakan sekerja iaitu menggunakan nama panggilan Tuan/Puan dalam surat rasmi yang ditulis dalam dwi-bahasa. Mungkin sebab mereka menterjemah "Sir/Madam" terus ke dalam Bahasa Melayu, maka terjadilah kesalahan tersebut.

Mulai sekarang saya tidak mahu mengikut cara 'biasa' yang ternyata tidak betul itu. Kalau bukan kita yang mulakan, siapa lagi? Semuanya keranamu, Tuan.

#Bak kata Puan Nisah Haron, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Atau adakah, biasakan yang betul, betulkan yang biasa? Hmm...apa-apa sajalah. Janji betul.

5 comments:

Emy Tak Kecik said...

kita plak terikut CEO kita bahasakan lelaki - tuan...walaupun dia tu layak di 'tuan' kan tapi dia tetap panggil orang lain tuan..

cik puan...ok noted... :)

Siti R said...

Bagus betul CEO cikpuan :)

Nak tambah, panggilan cikpuan - selain untuk perempuan yg kita tak tahu status perkahwinan dia, ia juga panggilan untuk:
1. perempuan yg muda
2. perempuan yg cantik

:D

Anonymous said...

Kat kompeni orang, semua lelaki panggil Mister, semua pompuan tak kira kawin ke idak panggil Miss...

So panggil I Miss B******* ye....haha

-syira-

Kurma said...

Baik, tuan!

Ingat lagi dulu2 ikut Kem Bina Negara. Nak buat parasailing ke? yg gayut2 pakai tali turun bukit tu.
Org tu tanya dah sedia? Aku jawap sedia, Tuan!
Tapi jurulatih tu kata.. manader Tuan.. saya encik je.
Terus aku tukar.. Baik, Encik!

Mungkin pangkat dia bukan Pegawai dia segan dipanggil Tuan.

Siti R said...

Syira: Iye la, Miss B******...ehekk

Dah habis pantang ke? Baby sihat? (Eh, pecah rahsia...hihihi)

Kurma: Ooo...abseiling, eh? Ye kot..sbb biasa kita panggil Tuan utk org yg berpangkat besar...huhu