Friday, November 13, 2009

Orang Tamak Takkan Rugi, Dalam Episod: Saya Mahu Buku Percuma Bersempena Dengan Peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang"


Hai. Nampak tak banner dengan tangan yang merelip-relip kat atas tu? Banner tu bukan untuk dipandang sahaja, ya. Banner itu untuk diklik seberapa banyak yang mungkin. Makin banyak diklik, makin cerah peluang orang tamak ini untuk mendapat hadiah buku percuma. Bagi orang tamak ini, hadiah tersebut lebih berharga daripada emas permata, malah intan berlian sekalipun.
Ayuh, kawan-kawan...bantulah orang tamak ini. Dengan penuh tamak haloba, orang tamak ini turut meletakkan banner di sidebar blog ini sehingga bulan Januari 2010. Semoga usaha tidak seberapa orang tamak ini tidak sia-sia. Janganlah jadikan orang tamak ini rugi.

Sebelum mengundurkan diri, terimalah pantun daripada orang tamak ini:

 Terima kasih daun keladi
Silalah klik lagi dan lagi 

Baiklah, jumpa lagi di episod yang akan datang.

3 comments:

fndrocka said...

tamaknye

B E L L A said...

haha dh tolong klik dh..hehehehe

Siti R said...

fndrocka: biasa ler...heheh

BELLA: makasih..makasih..i lap u... =)