Monday, February 01, 2010

Kisah Cinta Seorang Aku

Sebelum aku memulakan entri pada malam yang syahdu ini, ingin sekali aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Bagaimana cuti hari ini dihabiskan? Aku? Aku menghabiskannya dengan menonton televisyen. Selepas kenyang makan tengahari pula, aku membaca beberapa mukasurat novel "Takluk Jagat: Bisikan Ariasha" hasil tulisan Tuan Zaki Zainol sebelum mata ini terus terpejam tidak boleh dibuka-buka selama lebih kurang 4 jam tanpa henti (ini tiada kena mengena dengan novel tersebut...salah mata yang sudah sedia mahu terpejam sebelum aktiviti membaca dimulakan).

Baiklah, kita mulakan dengan entri yang aku hendak tulis pada malam ini sambil bertemankan bunyi kipas yang sedang berpusing di siling bilik betul-betul di atas kepala dan bunyi cengkerik di luar rumah. Tetapi bagaimana harus aku mulakan? Aku...aku sebenarnya malu kerana apa yang hendak ditulis di sini adalah berkenaan dengan kisah cinta aku. Sedangkan, aku tidak biasa membicarakan tentang cinta. Ahh...malunya...hikhikhik (gedik).

Aku mempunyai banyak pengalaman cinta. Cinta aku yang paling dalam adalah kepada 'jejaka-jejaka' dari barat - orang-orang Caucasian. Mereka ini memang pandai memikat dan mengambil hati aku. Hendak dilawan, tidak mampu untuk aku melakukannya. Hendak buat macam mana? Aku hanyalah seorang  wanita yang lemah imannya. Sering aku tertewas dengan pujuk rayu dan kata-kata indah yang mereka lafazkan. Lalu, aku menerima mereka dalam hidup aku. Yang menggembirakan aku ialah kebanyakkan daripada mereka tidak pernah mengecewakan aku. Hidup aku bahagia bertemankan mereka.

Namun sekarang, aku sudah agak jarang bersama-sama dengan mereka. Terasa cintaku telah beralih arah walaupun aku masih menyayangi mereka sepenuh hati. Aku kini mula terpikat dengan 'jejaka-jejaka' dari tanahair sendiri. Ya, 'jejaka-jejaka' yang lahir di bumi tercinta - Malaysia. Maafkan aku wahai 'jejaka-jejaka' Caucasian yang dikasihi. Aku bukan kacang lupakan kulit. Hakikatnya, aku bukan kacang, tetapi manusia semata-mata. Aku tidak kisah jika kamu semua menggelar aku sebagai seorang Playgirl...aku mengaku aku seorang Playgirl...jadi aku tidak berkecil hati dengan panggilan tersebut malah sangat mengalu-alukannya.

Siapakah mereka semua? Baik 'jejaka-jejaka' Caucasian, mahupun 'jejaka-jejaka' tanahair, mereka semua telah menghasilkan ubat guna-guna yang begitu kuat sekali sehingga berjaya mencairkan hati aku. Dari aksi ke thriller ke misteri. Ada juga fiksyen sains dan fantasi. Yang berbentuk humor juga ada.

Sebenarnya ada juga di kalangan mereka ini berjantina perempuan, tetapi amat kurang sekali.  Di bawah ini aku senaraikan ubat guna-guna mereka semua dan apa kesannya terhadap aku seperti yang ditulis dalam kurungan.

Senarai ubat guna-guna 'jejaka-jejaka' Caucasian
1. Timeline - Michael Chrichton (jatuh cinta)
2. Prey - Michael Chrichton (jatuh cinta)
3. Every Dead Thing - John Connolly (jatuh cinta)
4. Dark Hollow - John Connolly (jatuh cinta)
5. The Sword of Shannara - Terry Brooks (cinta tak kesampaian)
6. Angela Carter's Book of Fairy Tales - Edited by: Angela Carter (cintanya aku terima walau tidak dengan sepenuh hati)
7. The Lord of the Rings Trilogy - JRR Tolkien (jatuh cinta)
8. Seven Deadly Wonders - Matthew Reilly (cinta tak kesampaian)
9. State of Fear - Michael Chrichton (jatuh cinta)
10. The Observation - Jane Harris (jatuh cinta)
11. Angels and Demons - Dan Brown (jatuh cinta)
12. The Black Book - Orhan Pamuk (cintanya sukar difahami)
13. The Girls' Guide to Hunting and Fishing - Melissa Bank (cinta tak kesampaian)
14. The Killing Kind - John Connolly (jatuh cinta)
15. Congo - Michael Chrichton (jatuh cinta)
16. Confession of an Ugly Stepsister - Gregory Maguire (cintanya aku terima walau tidak dengan sepenuh hati)
17. Bad Men - John Connolly (jatuh cinta)
18. Endymion Spring - Matthew Skelton (cintanya sukar difahami)
19. Fortysomething - Nigel Williams (jatuh cinta)

Senarai ubat guna-guna 'jejaka-jejaka' tanahair:
1. Armada Azur - Firdaus Ariff (ubat guna-guna belum dibuka lagi)
2. Adi Gempa: Evolusi - Bahruddin Bekri (cinta tak kesampaian)
3. Parameter Aquila - Nuriazam Ismail (cinta tak kesampaian)
4. Mikhail - Ramlee Awang Murshid (jatuh cinta - kesayanganku kerana RAM ada meninggalkan tanda)
5. Meniti Maut - Eyman Hykal (jatuh cinta - kesayanganku kerana EH ada meninggalkan tandanya juga)
6. Transgenesis: Bisikan Rimba - Amir Husaini (jatuh cinta)
7. Advancer Si Peniup Ney - Faisal Tehrani (jatuh cinta)
8. GTO: Guru Terhebat Olan - AD Mirzai (jatuh cinta)
9. Galaksi Muhsinin - Azrul Jaini (cintanya aku terima walau tidak dengan sepenuh hati)
10. Tuhan Manusia - Faisal Tehrani (cintanya sukar difahami)
11. Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid (cintanya aku terima walau tidak dengan sepenuh hati)
12. 9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid (jatuh cinta)
13. Takluk Jagat: Bisikan Ariasha - Zaki Zainol (sedang mengenali hati budinya tetapi aku sudah merasakan aku semakin jatuh cinta kepadanya)

Setelah membuat senarai-senarai di atas, baru aku sedar betapa aku telah kehilangan banyak ubat guna-guna. Itu tidak termasuk senarai ubat guna-guna bukan fiksyen yang lebih banyak jumlahnya daripada senarai di atas. Siapakah yang berani mencuri? Ada toyolkah? Ahh...geramnya!

11 comments:

Kurma said...

Aku menggaru-garu pipi sambil berfikir ada juga jejaka berjantina perempuan?

Kau baru dapat 2 love bites la sahabat.. hahahahahaha..kena tambah lagi tuu.. ahhaha

AttOkz Dikulgai said...

Owh..
percintaan dengan karya-karya yang kebanyakkan adalah masterpiece yang tak boleh disangkal lagi kehebatanya.
tapikan, nampaknya awak perlu 'berkongsi kasih' dengan ramai antara mereka yang juga 'bercinta' dengan karya-karya tersebut.
Adakah sudi 'bermadu', Cik Siti?
:P

Pn. Rin,
2 gigitan cinta? Yang terbit daripada fenomena apa ya? :P

Siti R said...

Kurma: Aku memang sengaja hendak membuat kau menggaru2 pipi sambil berfikir benda yang tak logik...hahaha...

Love bites? Apa itu? Aku masih suci la. Kau ni tak syariah-compliant la, Rin...wakakaka...

AttOkz: Terima kasih. Adakah sama hebat dengan pembacanya..ehem..hehe..Siapakah mereka yang hendak menumpang kasih itu? Kalau boleh dipercayai saya sudi mempertimbangkannya :P

AttOkz Dikulgai said...

Kehebatan pembaca adalah dinilai dari mata pandang dan daya tafsir terhadap pembacaan karya-karya bertaraf masterpiece.
Juga diukur dalam keterlarutan diri untuk tenggelam dalam penceritaan dan diolah menjadi proses kreatif untuk ditumpahkan menjadi resensi di blog peribadi.

Setuju, Saudari?

Siti R said...

Kalau begitu pembaca merangkap penulis blog ini belum cukup hebat. Banyak perkara perlu diperbaiki dan dipelajari...

AttOkz Dikulgai said...

ahh..selagi manusia masih bergelar hamba-Nya, kita semua masih belajar. Bukankah proses belajar itu sesuatu yang 'residual' dan berpanjangan, malah dari alam malakut membawa ke liang lahad?

ShaFril said...

hoho dh jd kaki novel rupanya hehe bgs2 =)

Siti R said...

AttOkz: Benar kata2 tuan itu...membuatkan saya rasa insaf...

ShaFril: Owh, dah lama dah...cuma kebelakangan ni kegilaan terhadap novel semakin menjadi2...hoho..

fndrocka said...

aku rasa kau dah overdose dgn ubat guna2 tu..dah lalok...dah ketagihan..

Siti R said...

fndrocka: bukan setakat lalok dan ketagihan..malah sudah angau

AttOkz Dikulgai said...

Awk,
rasa cinta pada buku ~ adalah sesuatu yang harus selagi tidak melekakan dan melalaikan.
semoga semakin kuat rasa 'cinta' dan 'angaunya'.
:P