Thursday, April 15, 2010

Ini Mungkin Entri Terakhir...

...untuk bulan April 2010.

Hahaha! Saja nak buat gempak. Ada rasa terkejut ke? Mungkin tidak. Tidak mengapalah. 

Mengapa entri ini mungkin entri terakhir untuk bulan April 2010? Sebab saya (setelah berusia setahun jagung, Siti R merasakan dia perlu menjadi lebih sopan...ala-ala perempuan Melayu terakhir. Maka dia mengambil keputusan mengganti namakan dirinya daripada aku kepada saya. Sungguh sopankan, dia? ~ Walaupun dia telah ketawa terbahak-bahak di atas tadi. Maafkan dia. Dia baru hendak berubah. Pasti ada sedikit kesilapan di sana sini) sangat sibuk dengan tugas-tugas harian. Maklumlah saya akan bercuti panjang mulai Jumaat depan. Banyak pula kerja yang menanti untuk ditangani. Semoga saya cukup tangan untuk menanganinya.

Diharapkan bulan hadapan kerja-kerja saya akan berkurangan walaupun saya kira sepatutnya bulan ini kerja-kerja akan surut. Namun, saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Saya redha. Lagipun sekiranya saya berhempas pulas menghabiskan projek yang satu ini, bermakna saya akan melepaskan satu beban yang besar daripada department saya. Tolong doakan saya sabar dan yang paling penting saya berjaya dengan misi ini.

Sekian. Saya mahu terus menulis lagi tetapi terpaksa berhenti di sini. Kepala sudah pening.  Kalau ada kesempatan saya akan menulis lagi. Kalau tidak, memang entri ini entri terakhir untuk bulan ini.

Soalan cepumas: Kenapa macam tak best guna 'saya'? Adakah kerana saya belum biasa atau sebab saya ni nampak saja baik tapi sebenarnya brutal? Patutkah saya terus menggunakan 'saya' atau berbalik kepada 'aku'? Saya keliru... 

4 comments:

Kurma said...

Bila guna saya.. radius pembaca lebih besar.
Walaubagaimanapun, penggunaan aku pula tidaklah melambangkan kita menggunakan bahasa yang rendah asal sahaja budi bahasa kita tinggi.

Atau adakah menggunakan aku itu adalah tanda budi bahasa rendah?

jengjengjeng... apa pun jadilah diri kita sendiri.. adakah ini bermakna ngko akan bersaya-saya dengan aku?

Siti R said...

Aku rasa budi bahasa aku tinggi. Ko mesti setuju, kan..hehe...

Ya, betul tu kena jadi diri sendiri. Rasanya tak, kot..he...

Nuriazam said...

Salam Siti R (R = Rock n Roll?).

Mengapa harus keliru? Mahu guna saya-awak-kamu-hang-deme, aku-kau, lu-gua, ana-anta, I-you atau apa-apa istilah sekalipun, gunakan sahaja. Yang penting, ia mendatangkan keselesaan kepada si penulis yang menulis dan kepada pembaca yang membaca. Dan yang paling utama, keikhlasan. :-)

Sekian.

Siti R said...

Salam kembali Tuan Nuri,

Terima kasih atas nasihat yang diberi. Saya sangat menghargainya :)