Saturday, September 04, 2010

Entri Syahdu di Hari Sabtu

Hai. Eh, bukan. Start balik. Assalamualaikum (bulan puasa kena lebih bersopan).

Hari ini aku menulis secara langsung dari meja berita tempat kerja aku. Sungguh berani aku hari ini. Tapi nak buat macam mana. Hati ini meronta-ronta hendak menulis walaupun sebenarnya tiada apa sangat yang hendak ditulis. Harap-harap HR tidak akan memberikan show cause letter kepada aku kerana 'curi tulang' pada hari ini semata-mata hendak menulis entri yang tidak seberapa ini. Maafkan saya ya, HR. Lain kali saya tidak buat lagi...huhu...

Pagi tadi aku keluar rumah hendak pergi kerja. Cantik betul cuaca pagi ini. Sangat nyaman. Dalam bas aku terpandang wajah matahari yang terselindung sedikit di sebalik awan. Cahaya yang dipancarkan berwarna putih hening...dapat dilihat secara terus tanpa menyakitkan mata sebelum awan menutup kembali keseluruhan matahari. Sebab itu waktu aku keluar tadi lebih kurang pukul 8.20, cuaca tidak begitu panas. Ada sesiapa perasan tak?

Setelah dicongak dalam kepala, benar telahan aku. Hari ini merupakan hari ke-25 kita berpuasa. Jadi, mungkinkah apa yang aku lihat dan rasa pada pagi tadi merupakan petunjuk bahawa malam tadi ialah Lailatul Qadr? Wallahualam...

5 comments:

Kurma said...

alaa.. aku tersilap ari.. percaya cakap kawan punya pasal aku ingat malam tadi malam genap.. eheh tak larat bangun pun sebenonya..

tapi jangan pulak ada yang demotivated lepas rasa malam lailatul qadar dah lepas ehhehehe

mymentalhealth.blog said...

ha ah la....memang ramai pon orang cakap gitu....pagi sabtu tadi hening + sejuk jer...

Siti R said...

Kurma: X larat bgn tu salah satu tanda tu..hehe..

A'ah, btl tu. Jgn demotivate ye..

Zy: owh, ye ke. Nampaknya bkn sy sorang je yg rasa camtu, eh

fndrocka said...

beruntunglah org2 yg menemui lailatul qadar.


salam aidil fitri:-P

Siti R said...

Selamat Hari Raya, fndrocka yg kacak :P
Maaf zahir & batin.