Sunday, August 05, 2012

Sebakul Buah-buahan, Bakul-bakul Kebanggaan Sudah Berkurangan

Orang kata kali pertama itu akan diingati sampai bila-bila dan yang paling meninggalkan kesan. Kali kedua, sudah jadi suam-suam kuku. Maka, dengan sebab itulah saya lambat sedikit untuk meuar-uarkan di sini bahawa sekali lagi saya telah menang pertandingan write-up "Fruit of the Month" bagi bulan Julai pada hari Isnin lepas. Cerita tentang kemenangan pertama bolehlah dibaca di sini.

Syukur, Alhamdulillah. Nampaknya salah satu azam tahun baru saya sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Boleh recap apa azam saya itu di sini.

Okay, malas cerita panjang-panjang. Jadi, lihat sahajalah gambar-gambar di bawah berserta sedikit penerangan ringkas. Ewah-ewah..macam berlagak pula...hihihi!

 
Proses awal penulisan. Siap lukis-lukis wooo...macam hendak tulis novel. Padahal hendak tulis write-up yang mengandungi 150 patah perkataan sahaja..kahkah! *Siapa pandai cuba teka saya tulis tentang buah apa? Puan Azrina @ Kurma tidak dibenarkan untuk menjawab sama sekali..eheheh...

 
Inilah dia bakul buah-buahan yang dimenangi pada kali ini. Ini merupakan percubaan saya yang ketiga dalam pertandingan write-up. Kali kedua, kalah. Pertandingan ketiga saya gagal turut serta kerana kecewa tiada idea. Kali ketiga masuk pertandingan, barulah membuahkan hasil sekali lagi. Besar-besar pula buah-buahannya. Nyum, nyum!

 
Salah seekor intan-payung-gunung-meletup saya sedang cuba mensabotaj bakul buah-buahan. Cis!

 
Tak berjaya cara meniarap, cara duduk pula. Tak sabar hendak makan buah anggur agaknya.

 
"Ala Mak Iti! Cepatlah buka plastik buah ni! Kita nak makan buah anggur...meowww"

 
Sejam kemudian...
Oit! Sudah kenyang, dia bantai tidur pula! Malas solat terawihlah ni. Mengelat betul!

5 comments:

Kurma said...

Ramainya kudik ko ... eii geramm.. tomei tomeiii... grrr...

wah tahniah sekali lagi hahaha.. betul ke ko lukis? Serius ko lukis? bukan donlod dr internet? Aku ada idea bila tgk lukisan ko tu heh heh heh...

Emy Tak Kecik said...

siti suka kucing eh....sy takut ekeke

tahniah :D

Siti R said...

Kurma: Tomei mcm tuan dia, kan? Hihihi..

Tq2. Mestilah aku lukis...apa kelas donlod2 ni. Err..cantik ke aku lukis? Hihihi...
Wah2..idea apa? Cer citer, cer citer

Emy: A'ah...suka sgt. Ooo..ye ke..alahai

Tq :))

Kurma said...

siti jom kita buat komik hahahah

Siti R said...

Komik? Wawawa...sapo nak lukis? Aku setakat lukis org lidi bolehlah..wahaha