Sunday, March 14, 2010

Ia Datang Lagi...

19 - 28 Mac 2010
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2010) 

Masa untuk menghabiskan duit datang lagi. Yahooo!!! \(^0^)/

Tak sabar nak serbu PWTC. Tak sabar juga nak jumpa cik Eny Ryhanna pada 27 Mac nanti. Nak tuntut buku-buku yang dia dah bertahun-tahun janji nak bagi. Dah lama orang bersabar ni, cik Eny. Harap-harap tahun ni hasrat tercapai. Rasanya bukan orang seorang saja yang tunggu...Chik pun mesti menunggu juga. Betul tak Chik? Bersiap sedialah cik Eny, ya! Jangan lupa lagi, tahu? 

19 Mac 2010 
UAL's Bowling Tournament 

Tak sabar nak tunjuk kepakaran aku masa perlawanan nanti.  Kepakaran membaling bola bowling ke dalam longkang. Hehehe... 

27 Mac 2010
Baca@Komuter 
Earth Hour 2010 

Bersempena dengan PBAKL 2010, aktiviti pertama Baca@Komuter akan diadakan pada tarikh ini. Walaupun secara rasminya aktiviti ini bermula di Stesyen Komuter Seremban, aku tetap akan menyokongnya dengan bermula di  Stesyen Komuter Rawang secara bersendirian. Hidup Baca@Komuter!

Pada sebelah malam pula, marilah kita beramai-ramai menyokong Earth Hour dengan menutup lampu-lampu utama di mana-mana sahaja. Bermula pada pukul 8.30 malam selama satu jam. Agak-agaknya di PWTC nanti lampu akan ditutup atau tidak, ya? Susah pula peminat-peminat buku hendak membeli-belah nanti. Hmmm...

2 comments:

Anonymous said...

Ehem ehem, bukan mak et and chik je, orang pun dia dah janji nk bagi, tak bagi pun. Tu pun buku no. 1 orang beli sendiri, kalau nak tunggu cik eny, jawab nyer tak baca lah....:p

-syira-

Siti R said...

Syira: A'ah, kan...(panas jer bila cik Eny baca..hehe..)