Wednesday, September 23, 2009

Syoknya Raya!

1 Syawal dah pun berlalu. Macam mana dengan sambutan raya tahun ni? Best ke? Sambutan raya aku? Mestilah best.

Disebabkan terlalu best aku rasa macam nak berkongsi gambar-gambar my big and happy family di hari raya tahun ni.

Keluarga kakak aku yang keempat. Dia ada 5 orang anak. Yang sulung dalam tingkatan 4; yang bongsu baru berusia 6 tahun.

Keluarga kakak aku yang keenam. Dia yang paling ramai anak - 10 orang. 4 lelaki, 6 perempuan. Masing-masing dah besar panjang. Yang sulung 23 tahun, kedua 22 tahun, ketiga 21 tahun (baju oren, baju putih dan yang pakai sunglasses). Ingat masa diorang ni kecik-kecik dulu punyalah nakal. Dah besar-besar ni semuanya baik-baik belaka...tapi masih ada saki baki nakalnya...suka menyakat...huhu...Anak kakak yang paling kecik dah darjah 2 (tudung putih tu).

Kakak ketujuh aku ni yang paling vogue dan popular di kalangan ahli keluarga kami...hehe...Aku dan adik bongsu tinggal dengan dia nilah. Anak dia sepasang jer. Yang perempuan tu tingkatan 4, adik dia tingkatan 2.

Jejaka-jejaka idaman Malaya. Abang kedua, adik bongsu dan anak-anak sedara lelaki aku. Semua masih single...available ke tak, tu aku kurang pasti pulak (tapi yang pasti si kecik tu masih single...hehe). Malas nak tanya...ada yang aku tanya tak nak mengaku pulak...hmmm...

Bergambar beramai-ramai...

Gambar beramai-ramai lagi (tukar cameraman)

Aku juga nak kongsi gambar rumah kami di kampung yang dah berwajah baru.

Inilah rumah kampungku yang dirindui. Dah dicat baru dan papan dah divarnis. Nampak berseri dah rumah ni...walaupun masih belum siap sepenuhnya. Sebahagian dapur dah di renovate. Begitu jugak dengan tandas dan bilik air. Rasa macam dah tak nak balik KL dah...tapi apakan daya, terpaksa balik jugak...huhu...

Seronoknya dan bersyukur aku rasa tahun ni...dapat balik kampung dan dapat berkumpul dengan adik beradik dan anak-anak sedara aku yang ramai giler tu...hehe...Anak-anak sedara ramai yang dah besar panjang. Ini menyebabkan aku pulak yang disangka sebagai anak salah seorang kakak-kakak aku bila kami beraya bersama-sama...har har har...that is priceless.

Tapi sayanglah. Kakak aku yang ketiga tak dapat balik pada masa yang sama (tak adalah gambar Along dalam ni...aiyaaa...). Abang aku yang sulung pulak tak balik langsung. Kalau tak, lagi meriah raya tahun ni. Tak pelah. Mungkin tahun depan semua dapat berkumpul ramai-ramai atau masa raya Qurban nanti ke (tak jadi pulak rasa nak raya jauh-jauh...hehe...).


3 comments:

fndrocka said...

AKU BUAT BLOG TERBUKA..meh lawat dan tukar2 link..jom..hehe

izzatul said...

best nye korang....sayangnye takde huhu..uish anak2 mak bedah memang ramai...yang lelaki dah makin hensem ;) yang pompuan dah makin lawa...yg lain pun macam tu banyak yg dah besao panjang...gambar anak2 ayah ngah xde plak ek...hehe

Siti R said...

fndrocka:
Dah lawat dah...dan akan dilawati selalu...hehe...

izzatul a.k.a along:
Mmg best giler...rugi korang x blk skali. Kalau x, mesti dr pg sampai mlm x abis org guna bilik air...hahaha...yelah sume dah besar2, hensem2, lawa2...tp mak iti ttp yg paling lawa...hahaha...
gambar anak2 ayah ngah br amik semlm jer...malas pulak nk mintak kamera dr mak apit..