Saturday, October 10, 2009

Pengakuan Seorang Yang Gila Shopping II

Hai, bertemu kita sekali lagi dalam rancangan...rancangan apa ye? Rancangan mari membaca kot...

Malam ini aku hendak membuat satu lagi pengakuan. Pengakuan yang bakal membuatkan, eh salah. Bukan bakal lah! Salah tatabahasa aku ni. Bakal hendaklah digunakan sebelum katanama ye adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. Perkataan yang sepatutnya aku guna ialah apa dia? Ya betul...perkataan yang sepatutnya digunakan ialah akan kerana selepasnya aku menggunakan katakerja iaitu membuatkan. Bagus, bagus. Nampaknya semua dah faham. Pandainya anak-anak muridku, alhamdulillah.

Hehe...ada gaya seperti seorang guru tak? Apa? Aku dah lari daripada tajuk? Eh, taklah. Apa yang aku tulis ni ada kena mengena dengan tajuk. Tak percaya? Tak percaya tak apa. Tapi teruskanlah membaca. Cerita belum bermula pun lagi.

Baiklah. Sambung balik ayat yang tergantung di atas. Malam ini aku hendak membuat satu lagi pengakuan. Pengakuan yang akan membuatkan anda semua menggelengkan kepala bila membacanya. Eh, salah. Bila adalah kata tanya waktu dan sentiasa diiringi dengan tanda soal. Perkataan yang sesuai adalah apabila. Ia merupakan sendi waktu. Jadi, perkataan yang betul adalah seperti berikut: pengakuan yang akan membuatkan anda semua menggelengkan kepala apabila membacanya.

Petang tadi selepas balik daripada mengunjungi rumah terbuka, aku singgah di dua kedai di kawasan perumahanku. Kedai pertama ialah kedai buku dan alatulis. Aku pergi dengan niat hendak membeli notebook. Bukan notebook komputer...tapi notebook...alah...takkan tak tahu notebook tu apa? Direct translation ialah buku nota. Aku memang datang dengan niat hendak membeli notebook sahaja. Tak ada agenda tersembunyi atau terselit yang lain. Betul...aku tak tipu. Tapi entah kenapa, setelah memilih notebook yang dikehendaki, dengan rasa penuh kegatalan dan kegedikan aku telah pergi browse ke bahagian buku-buku cerita pulak.

Alamak! Perkara yang ditakuti telah menyelubungi jiwa dan raga aku. Banyak pulak buku-buku terbitan PTS di situ. Buku-buku fiksyen dan buku-buku bukan fiksyen tersusun rapi dengan indah sekali dan terus membuatkan aku rambang mata. Jangan salahkan aku...tolong salahkan tokey kedai yang mempamerkan buku-buku tersebut berdekatan dengan alat-alat tulis.

Belek sana, belek sini...beberapa minit aku berjaya menahan hawa nafsu. Gembiranya rasa. Tiba-tiba aku terpandang pulak satu novel terbitan PTS. Tajuknya hampir membuatkan aku merasa cair. Namun aku masih berjaya tahan nafsu lagi...alhamdulillah. Belek buku-buku yang lain pulak. Lepas tu terpandang balik novel tadi. Hish...tak boleh jadi ni. Aku pegang...sungguh kemas ia berada dalam genggaman tanganku. Aku baca muka belakang novel tersebut. Nafasku terasa sesak. Sesak sebab aku selsema, jadi hidungku agak tersumbat yang membuatkan nafas jadi sesak sedikit.

Akhirnya keputusan muktamad pun dibuat. Aku harus memiliki novel tersebut. Dan aku telahpun memilikinya bersama-sama dengan notebook pilihan hati. Terasa begitu indah sekali cuaca petang tadi walaupun sedikit mendung. Nak tau ke tajuk novel yang aku beli dan kenapa aku beria-ia sangat hendak membelinya? Tajuknya ialah "GTO: Guru Terhebat Olan."



Inilah buku yang telah berjaya mencairkan hati rocker ku ini...

Aku tahu mesti ramai yang kutuk aku sebab beli buku tu, kan? Baik mengaku cepat! Tak kisahlah apa orang nak kata. Yang penting, sebagai seorang yang berjiwa remaja, aku amat tertarik untuk membaca buku tersebut. Perkataan GTO tu sahaja dah menarik perhatian aku. Kenapa? Kerana ingatan aku terus dibawa kepada zaman muda-muda aku dulu.

Aku ni bolehlah dikategorikan sebagai peminat tegar drama-drama Jepun. Salah satu drama yang aku paling minat ialah GTO: Great Teacher Onizuka. Pernah dengar atau tonton drama tu? Best, tau. Aku rasa aku sanggup masuk sekolah balik kalau ada cikgu yang cool macam Onizuka ni. Drama tu sebenarnya diadaptasi daripada sebuah manga dengan tajuk yang sama. Boleh rujuk di sini kalau nak tahu lebih lanjut.

Aku rasa novel yang aku beli tu diilhamkan daripada cerita GTO: Great Teacher Onizuka; with Malaysian style. Mesti best ceritanya. Baru baca sinopsis pun dah rasa macam best, itu belum baca keseluruhan cerita lagi. Tamak halobanya aku rasa diriku ini. Buku-buku yang lepas tak habis baca lagi, dah beli buku baru...

Jadi, untuk mengelakkan aku rambang mata, maka aku telah pergi ke kedai cermin mata. Itu kedai kedua yang aku kunjungi petang tadi. Hehe...ni bukan nak mengelak, tapi nak menambahkan kerambangan mata ada lah.

Dah setahun lebih aku membiarkan mata ni menambahkan tahap kerabunannya sejak aku kehilangan cermin mata di Pulau Pinang pada penghujung 2007. Tak sanggup lagi nak menangguh dan setelah memikirkan aku akan menyertai banyak bengkel bermula minggu depan...Takut pulak aku tak nampak apa yang akan ditulis di depan kelas atau tak nampak muka pengajar, susah aku nak fokus dalam kelas nanti. Oleh yang demikian, terpaksalah aku memaksa diri memeriksa mata dan seterusnya membuat cermin mata. Gerenti aku akan bertambah jelita dan smart lepas ni...hahaha...

4 comments:

Kurma said...

mato dah ompek.. copek2 tulis bukuu heeheh...
eh macam besnye buku geto tu..akupun suke cite geto dulu tp tak dpt tgk byk time tu.. tak igt sbb apa.. timing tak kena kot..

Siti R said...

hehe...mato jo ompek...tangan masih duo layi...x mampu layi nak tulih buku, eh...hohoho..

bkn mcm, mmg besh gilos buku geto ni...g la beli rin...w/pun citer psl budak sekolah tp syok betul aku membacanya sama mcm syoknya aku tgk citer geto jepang masa zaman dulu2...lawak xbleh blah la..hahaha..

Welma La'anda said...

Kelakar lah pulak entri ni :)

Siti R said...

Tq Welma krn sudi membaca... ;)