Wednesday, January 18, 2012

Saya dan Ovarian Cyst - Satu Advencer 1

Di mana Segalanya Bermula

Saringan kesihatan (heath screening). Untuk pertama kali dalam hidup, saya mengambil keputusan untuk membuat saringan kesihatan.  Apa hendak jadi, jadilah! Saya perlu tahu tahap kesihatan saya berada di paras mana. Nekad betul saya rasa. Untuk membuktikan betapa serius dan nekadnya diri ini, saya mula mencari pusat-pusat kesihatan atau hospital-hospital (anda dinasihatkan agar tidak membuat saringan kesihatan di hospital) yang ada menawarkan khidmat saringan kesihatan. Setelah puas membuat pertimbangan, akhirnya saya memilih MJ Health Screening Centre kerana begitu kagum dengan video mengenai proses menjalani saringan kesihatan yang terdapat di laman webnya itu.

Maka pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada hari Jumaat, 25/11/2011 saya memberanikan diri untuk pergi membuat saringan kesihatan tersebut. Daripada mula saya membuat temujanji hingga ke hari temujanji, saya telah tetapkan dalam diri bahawa apa sahaja keputusan saringan kesihatan ini, saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif. Ya, memang itu yang saya tanamkan dalam minda walaupun dalam hati Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa sepanjang perjalanan saya ke MJ Health Screening Centre itu. 

Ujian Sonogram

Setelah mendaftar, menukar pakaian, ditemuduga dan diberikan taklimat; sambil menunggu ujian dimulakan, saya ditanya oleh nurse yang memberi taklimat tadi, "You sudah rasa mahu kencing, kah?"

Janganlah dihairankan jika anda ditanya begitu nanti kerana untuk membuat ujian sonogram yang melibatkan Gynaecology ultrasound yang menggunakan teknik transabdominal (teknik yang lagi satu adalah transvaginal; hanya sesuai untuk orang yang telah berkahwin secara sah atau tidak sah), sebaik-baiknya pundi kencing kita perlu dibiarkan penuh.

Setelah berkali-kali ditanya dan berkali-kali juga saya jawab saya memang sudah rasa hendak terkencing, saya diminta menunggu di hadapan pintu bilik yang pertama. Nama saya sudah terpampang di skrin LCD yang terletak di atas pintu. Belum sempat saya melabuhkan punggung di sofa, saya sudah dipanggil masuk. Wah! Efisien sungguh!

Setelah berbaring dan perut saya disapukan gel, doktor memulakan scan. Kagum sungguh saya melihat organ-organ di dalam badan saya walaupun kadangkala saya sebenarnya tidak tahu apa yang saya sedang lihat. Ada masanya nurse (doktor tidak berapa peramah sampai saya terlupa namanya) akan beritau apa yang sedang di-scan; mungkin kerana melihat dahi saya yang sedang berkerut tetapi malu hendak bertanya...hehe...Sebenarnya doktor juga akan melabel setiap organ yang sedang di-scan. Semua organ di bahagian abdomen di-scan kecuali usus yang hanya boleh dilihat melalui x-ray abdomen nanti. Apa-apa pun saya berasa kagum melihat organ-organ saya. Comel-comel rupanya saiz organ dalam badan kita ini, ya. Maha suci Allah! 

Penemuan Yang Tidak Disangka-sangka

Selepas itu doktor meneruskan scanning di bahagian peranakan. Seperti biasa beliau tidak bersuara. Tetapi apabila beliau sedang scan di bahagian kiri perut, saya lihat air muka doktor berubah seperti orang yang kehairanan. Berkali-kali beliau scan di tempat yang sama sambil tangannya yang satu lagi bermain dengan keyboard di monitor untuk membesarkan imej yang sedang di-scan.

'Ah, sudah!' Kata saya dalam hati. Ada rasa cemas tetapi saya cuba berlagak cool. Tidak mahu bertanya selagi doktor sendiri tidak memberitahu apa yang beliau nampak. Apa yang saya buat hanya merenung siling sambil berdoa agar tiada apa-apa yang tidak diingini yang ditemui oleh doktor.

Tiba-tiba doktor bersuara, "Nurse, please check whether Dr. Yong is available?"

'Ah, sudah! Siapa pulak Dr. Yong ni?' Saya bertanya dalam hati.

Sementara menunggu Dr. Yong datang, baharulah doktor memberitahu saya apa yang beliau nampak. Di ovari kiri saya ada cyst yang sudah agak besar. Sudah melebihi 5 cm. Menurut doktor, jika saiznya masih kecil dan tidak melebihi 2 cm, doktor biasanya akan berikan ubat untuk mengecutkan cyst. Katanya lagi biasanya cyst mengandungi cecair tetapi yang beliau nampak pada saya ini ia kelihatan solid iaitu jenis complex ovarian cyst. Huh! Sedangkan perkataan shopping complex saya tidak suka mendengarnya, inikan pula complex ovarian cyst. Complex ovarian cyst, what??

Mengapa selama ini saya tidak tahu akan kewujudan cyst ini? Tentu ada simptom-simptomnya, bukan?

Doktor tanya ada rasa sakitkah semasa haid (senggugut)? Tiada.

Haid datang tidak tetap? Haid saya datang dalam jangkamasa yang normal. 

Heavy bleeding? Ya, dalam sehari atau dua hari saya akan mengalami aliran yang tenat semasa haid. Mungkin ini simptom saya. Entahlah.

Tetapi doktor seperti tidak puas hati apabila saya beritahu bahawa saya tidak mengalami rasa sakit terutama sekali semasa haid. Hendak buat macam mana. Memang betul saya tidak ada masalah itu. Kalau sakit sudah lama saya mengadu dengan doktor yang biasa saya kunjungi seperti semasa pertama kali saya diserang senggugut (yang juga merupakan kali terakhir...alhamdulillah) pada tahun 2007 dahulu. Setelah di-scan memang tiada cyst atau fibroid pada masa itu.
Tidak lama kemudian Dr. Yong sampai. Doktor menunjukkan imej cyst saya di monitor dan meminta pendapat beliau. Setelah meneliti imej tersebut, Dr. Yong mengesahkan apa yang doktor suspek. Memang ia merupakan complex ovarian cyst.

Setelah Dr. Yong meninggalkan kami, doktor menasihati saya untuk merujuk hal ini kepada pakar perbidanan dan sakit puan. Saya bertanya kepada doktor, untuk kes saya ini biasanya apa yang doktor pakar akan lakukan?

"You mean the management?"

"Yes"

Doktor kata itu bergantung. Kalau seperti kes saya, takut cyst itu akan pecah atau twisted. Jalan terakhir biasanya surgery. Gulp! Surgery...satu lagi perkataan yang saya tidak suka. Surgery, what?? 

Ujian Perlu Diteruskan

Doktor meneruskan ujian sonogram yang masih ada lagi berbaki. Ini baharu ujian pertama, mereka sudah menjumpai sesuatu. Bagaimana dengan ujian-ujian yang lain nanti? Kalau tidak kerana saya sudah menyiapkan minda dengan berfikiran positif, rasanya mahu saya akan menangis di situ. Tetapi mungkin tidak. Saya tidak biasa menangis depan orang lain, apalagi orang yang tidak dikenali.

Jadi, saya jalani setiap ujian sehingga habis dengan hati yang terbuka. Menjelang tengah hari, keputusan akhir saringan kesihatan siap dan ia diterangkan kepada saya oleh seorang doktor. Nampaknya tahap kesihatan saya agak memuaskan. Ada beberapa masalah kecil yang saya perlu jaga dan berhati-hati, tetapi ia tidak begitu membimbangkan.

"And for your cyst, you need to refer to your Gynae."

Bila masa pula saya ada Gynaecologist peribadi. Terpinga-pinga saya dibuatnya sambil menyoal balik kepada doktor, "My Gynae?"

"Yalah, your Gynae. You're married, right?"

"I'm not married yet."

Doktor menyemak semula status saya. Beliau terangguk-angguk.

"Oh, you're still single. Never mind. See your Gynae, ok."

'Eh, doktor ni. Lempang kang.' Dalam hati.

Luar hati, "Ok." 

Hari Yang Panjang

Sepanjang perjalanan pulang memang banyak perkara yang saya fikirkan. Berserabut juga fikiran. Soalan yang biasa ditanya jika kita ditimpa sesuatu situasi yang tidak menggembirakan, "why me?" ada juga meracuni fikiran. Tetapi saya kuatkan juga semangat. Allah tidak akan memberi ujian melebihi apa yang boleh ditanggung oleh hamba-Nya, bukan? Pasti ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya perlu berusaha sedikit untuk merungkaikannya.

Hari Jumaat itu merupakan hari yang panjang bagi saya.


Nota: Begitulah bagaimana saya mengetahui tentang kehadiran ovarian cyst dalam tubuh saya. Walaupun agak sedih, tetapi saya rasa bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati saya untuk melakukan saringan kesihatan tersebut. Kalaulah saya tidak melakukannya, entah apalah yang akan terjadi. Mungkin cyst ini akan pecah yang akan menimbulkan kesakitan yang teruk. Daripada tidak sakit, menjadi sakit. 

Ovarian cyst sebenarnya masalah yang common bagi wanita. Tetapi malangnya ramai yang tidak ambil tahu, termasuklah saya. Saya ini ibarat, 'sudah terhantuk baru terngadah.' Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengalaman saya di samping menyelit serba sedikit maklumat tentang ovarian cyst ini. Di samping itu, suka juga saya mengingatkan anda agar meluangkan masa untuk membuat saringan kesihatan. Bukannya perlu buat selalu. Setahun sekali sahaja. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? 

Don't let our ignorance becomes common. Ignorance is not bliss. It's a disease.

Akan bersambung...(harap-harap entri bersiri ini tidak akan ambil masa sampai setahun...hehe)    

9 comments:

Emy Tak Kecik said...

kita paling takut nk g wat checkup...ni pon rasa nak check tp takut...

cmne???wawawa

Kurma said...

baru baca entry ko ni.. health screening ni ada amik2 darah tak? Dia check scan2 je ke atau check semua skali ngan cholesterol . BP seme ke?

Siti R said...

Emy: Pegi la, Emy...jgn fikir yg bukan2...think positive, ok. Kalau kita dpt tau kita sihat mesti lagi rasa lega. Berbaloi2..

Kurma: A'ah, semua tu ada. Ada tmpt tgk package juga la. Amik darah tu kira basic.

Tp yg kat MJ ni mmg comprehensive gak dia punya screening. Cuma yg certain screening kalau nk buat gak kena extra charge. Mcm aku, yg Gynaecology Ultrasound tu x termasuk dlm package tp aku amik gak sbb aku x buat Pap Smear. Berbaloi la...kalo x, xtau pun ada cyst ni..huhu

Kurma said...

camne nak cakap kat org tu? Kita nak check apa? Full medical checkup ke?
Aku tak penah buat yg full punya.. takat check gula ngan bp je bila ada org bukak booth kat sini.

Siti R said...

Kalau org bukak booth mmg tu aje yg dorg boleh check pun.

Ko cuba masuk website BP Lab ke, Pathlab ke...tgk yg comprehensive package (kena berkorban duit sket la). Biasanya jugak dorg akan bg list ujian apa yg dorg buat utk setiap package.

Private hospital pun ada offer health screening ni. Cuma hari tu officemate aku ckp kang kalau kita ada something yg x perlukan treatment pun takut dorg kata benda tu kena buat treatment. Wallahualam...

Kurma said...

MJ ni bkn private ek?
eh kawan2 aku pergi berurut utk slimming. Diorang punya tukang urut bleh rasa kat lymph node kat area kelengkang.. diorang boleh tau ada cyst nak jadi ke tak. Kalau baru nak jadi diorang boleh urut.

Siti R said...

MJ private. Tp kena jadi member dulu baru boleh buat health screening kat sana.

Uihh...ye ke? Kat mana tu?

Latifah said...

Assalam.

Tengah google-google pasal Cyst, jumpa blog ni. :)

Latifah start ada problem dengan period dari tahun 2008 sebab berat badan mula naik. Tapi bila pergi pusat kesihatan universiti, Dr. yang merawat selalu kata kalau tak kahwin lagi tak ada masalah. Jadi Dr. tak lah referkan ke mana-mana. Setelah 5 tahun, rasa macam badan tak berapa sedap, bila pergi pusat kesihatan universiti, Latifah paksa juga Dr. untuk referkan ke hospital pasal masalah period ni. Bulan 9 tahun 2012 pergi hospital, bulan 12 baru dapat appointment untuk jumpa pakar O & G - lama gila kan kena tunggu. So end up, bulan 12 tu punya ultrasound dapatlah tahu yang Latifah ada PCOS, saiz besar dari 5cm. Setelah 2 kali follow up, bulan 7 ri tu Dr. decide suruh buang cyst yang ada. Bulan 10 ni nak operate, takut giler.

Sis ada apa-apa nasihat untuk Latifah? =.=''

Siti R said...

Waalaikumusalam Cikpuan Latifah.

Terima kasih sudi membaca entri saya ni... :)

Susah juga saya nak bagi nasihat sebab jenis cyst kita berbeza dan saya tak tahu jenis pembedahan yg akan cikpuan lalui. Kalau macam saya open surgery maksudnya memang kena bedah perut. Ada org cuma perlu buat laparoscopy..doktor cuma tebuk lubang kecik pd perut. Tp memandangkan cyst cikpuan lbh kurang sama besar dgn cyst saya dulu, mungkin cara bedah yg sama kot.

Ermm...cikpuan tak mau cuba cara perubatan Islam dulu? Sebab tarikh pembedahan cikpuan ada lbh kurang dua bulan lagi. Dulu kakak saya ada suggest pergi ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah (tmpt Asyraf Muslim tu..hehe), tp sebab dia beritau dah lambat, saya ambik keputusan utk teruskan pembedahan.

Agak menyesal juga...tapi saya anggap itu takdir buat saya. Lepas pembedahan dah lain, tak sama macam masa kita 'normal' dulu.

Jadi, kalau bolehlah...kalau mmg boleh, cuba elakkan drp kena bedah. Cuba dulu cara alternatif sementara ada masa ni. Kalau dah mmg tak boleh, teruskan dgn nasihat doktor tu. Mmg akan rasa takut, tp sebenarnya tak ada apa2 yg perlu dirisaukan sgt. Cuma spt yg saya beritau kat atas, akan ada perubahan sikit la..

Apa2pun think positive, ok :)