Thursday, May 07, 2009

Filem yang Ku Nanti-nantikan


Akhirnya sampai juga masa tayangan filem Star Trek: The Future Begins. Walaupun aku bukan seorang fanatik atau dikenali sebagai Trekkie, inilah filem yang aku nanti2kan sempena musim panas (macamlah kat Malaysia ni ada musim panas...panas dan lembab sepanjang tahun ada la...); selain X-Men Origins:Wolverine. Erm...kebetulan kedua2nya adalah filem prekuel. Sekarang ni musim prekuel pulak...dulu banyak sekuel.

Apa2 jelah...janji filem ni aku mesti tengok walaupun aku rasa orang Malaysia tak minat filem Star Trek. Kenapa aku rasa macam ni? Sebabnya masa aku masuk poll dalam laman web GSC bagi filem yang paling dinanti2kan oleh orang ramai pada musim panas ni, Star Trek mendapat undi yang terendah sekali. Agaknya aku seorang saja yang undi filem ni. Kesian Star Trek. Aku rasa ramai yang tidak menyedari bahawa filem ini secara tidak langsung telah banyak berjasa dalam kehidupan seharian kita. Tak percaya? Nanti akan aku kupaskan dalam entri yang akan datang :-)

No comments: