Sunday, May 24, 2009

Pasca Majlis Makan Malam

Selesai sudah majlis makan malam. Seperti yang dijangka aku tetap tak bertuah malam tadi. Hancur harapan nak menang hadiah cabutan bertuah. Terkelat2 tengok orang lain dapat hadiah. Tapi sekurang2nya aku tak keseorangan...ramai lagi yang tak bertuah macam aku.

Hadiah cuma ada 36 aje. Antara yang best ialah Flat Screen TV 32" (kalau aku dapat kan best...tak payah beli TV baru bila pindah rumah nanti), telefon bimbit Nokia...tapi tak tau model apa, yang cuma diberitahu oleh emcee ialah harganya bernilai RM1,000++...perghhh...Lepas tu ada kamera digital Canon Ixus...ada 2 pulak tu. Salah satunya dimenangi oleh bos aku...isk isk..tak aci sungguh! Kena bodek bos ni...huhu...Hadiah utama ada 3 iaitu pakej percutian free & easy (untuk 2 orang) - satu ke Phuket, satu ke Bandung dan satu ke Hong Kong. Semua pakej untuk 4 hari 3 malam. Alangkah syoknya kalau aku dapat hadiah ni...aku nak yang pergi ke Phuket tu sebab belum penah pergi ke sana lagi. Hong Kong, aku tak berminat sangat...tapi kalau dapat, boleh pergi Disneyland. Berangan je lebih aku ni, kan? Realitinya, orang lain dah kebas pun. Sedih...sedih... T_T

Walaupun tak dapat hadiah cabutan bertuah, aku dapat jugak hadiah penghargaan daripada pihak syarikat. Nasib baik bukan gold pendant. Dapat jam tangan - jenama CYMA. Tengoklah jam tangan baru aku...tapi kurang jelas sikit...saja tak nak bagi anda yang menengoknya jealous hehe...



Makanan ok. Kami dihidangkan dengan makanan laut. Rasa? Boleh tahan aje...takdelah sedap sangat pun.

Oh ya, lupa nak beritahu di mana majlis diadakan. Majlis diadakan di Hotel Park Royal. Aku book bilik pun di hotel yang sama. Aku book bilik Deluxe Twin. Puas hati jugaklah sebab bilik memang luas...ada pulak flat screen TV...32" kot...huhu...sungguh ironik...walau tak dapat yang cabutan bertuah, tapi dapat tengok dalam bilik hotel. Duduk kat situ terasa macam VIP pulak. Sebab floor aku tu hanya boleh di access oleh penyewa di tingkat yang sama aje. Jadi kalau naik lif tak boleh sesaja tekan nombor untuk tingkat tu...nanti terdengarlah suara perempuan yang berkata...errr...tak ingat pulak apa yang dia cakap...rasanya dia cakap "the floor is restricted." Mula2 tercengang2 jugak...apasallah restricted. Macam mana nak ke bilik kalau lif tak berhenti kat situ? Kami cuba tekan tingkat 6, boleh pulak. Lepas tu baru teringat yang front desk officer tu ada cakap kena swap kad dekat dalam lif baru tekan nombor floor. Dah buat baru boleh. Sungguh jakun aku rasa...

Walaubagaimana syok pun bilik tu, ada satu yang aku tak berapa berkenan sangat - bilik air dia. Tak ada privacy langsung. Cubalah anda bayangkan...anda masuk ke bilik air untuk mandi ke...untuk melepas hajat ke...orang luar boleh nampak anda dan anda boleh nampak orang luar. Anda boleh tengok terang2 melalui dinding kaca dekat bathtub. Nasib baik ada birai...boleh tutup. Tapi itupun kalau nak skodeng memang takde masalah. Bukan itu saja, pintunya pulak takde kunci. Pintunya jenis sliding door. Jadi kami kena berhati2...kalau pintu tertutup kemungkinan besar ada orang. Kalau terbuka tu, memang sah takde orang.

Pagi tadi pulak baru aku perasan, dari bilik hotel aku boleh nampak lukisan graffiti dekat dinding bangunan bersebelahan tempat parkir kereta yang terletak di seberang jalan. Aku suka betul tengok graffiti ni (bukan kat sini aje, kat mana2 pun aku memang suka sebab pada aku lukisan2nya menarik). Jadi, aku ambiklah gambar...




Itulah cerita aku tentang majlis makan malam dan tentang hotel. Apa yang boleh aku simpulkan di sini adalah majlis makan malam tu akan lebih bermakna kalau aku dapat membawa pulang salah satu daripada hadiah cabutan bertuah dan penginapan di hotel akan lebih bermakna kalau aku tak merasa segan silu menggunakan bilik air di bilik hotel. Sekian.

2 comments:

Zyafzan said...

teringat jam tissot zy (UAL dinner gift ) yang hilang mase training kat janda baik tu..... antara saat yg menyedihkan pd tahun 2006... pastu year 2007 my nokia N75 plak kene curi..... grrrr....

Siti R said...

huhu...kita pon hampir2 hilang masa training tu..seb baik Zy pakai bj warna terang, ek..

ye ke..camne blh kene curik plak...sygnyer...