Sunday, May 31, 2009

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Aku rasa ramai yang sudah tahu bahawa hari ini merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Di dalam mana2 surat khabar ada mengandungi artikel2 mengenai bahaya merokok dan kesan2nya terhadap kehidupan kita bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.

Tapi seperti biasa ramai yang masih tak ambil peduli akan hal ini. Aku pulak? Aku tak merokok dan yang pastinya aku memang tak suka dengan rokok. Apalagi kalau terbau asap rokok. Macam nak mati lemas dibuatnya. Tak boleh nak bernafas...sebabnya sebagai perokok sekunder atau perokok pasif aku menyedut 5 kali lebih karbon monoksida, 4 kali lebih tar dan nikotin dan 40 kali lebih karsinogen (agen penyebab barah) daripada perokok sebenar. Kadang2 aku terfikir juga kenapa boleh jadi macam ni?

...sehinggalah seorang kawan memberikan sebab yang aku rasa sungguh brilliant sekali. Sebabnya orang yang menghisap rokok tu cuma sedut sekejap aje asap rokok tu, lepas tu mereka lepaskan balik asap tu. Orang yang tak menghisap rokok yang ada berhampiranlah yang menjadi mangsa sebab bila dah terhidu asap rokok tu dah tak boleh nak hembus balik. Macam kelakar...tapi rasanya macam ada betul jugak, kan?

Di laman ini, anda boleh dapat lebih banyak statistik menarik tentang merokok. Namun aku lebih berminat untuk memperkatakan tentang kematian (bukankah mengingati mati itu sangat baik?).

Punca yang menyebabkan kematian yang cepat ke atas seseorang di seluruh dunia ada 2 iaitu HIV/Aids dan merokok. Penggunaan tembakau/merokok menyebabkan hampir 10,000 orang mati setiap hari di seluruh dunia. Dijangkakan menjelang 2030, dalam setahun 10 juta orang akan mati disebabkan merokok iaitu lebih kurang 27,400 kematian sehari; 2,280 kematian sejam; 1 kematian setiap 3 saat.

Begitulah besarnya impak merokok ke atas kehidupan (atau kematian?) kita. Ini kerana secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Bayangkan...secara purata perokok di Malaysia menghisap 14 batang rokok sehari. Jadi dalam sehari mereka telah memendekkan usia mereka sebanyak 70 minit yang bersamaan dengan 1 jam 10 minit setiap hari. Oleh itu, tidak hairanlah 10 - 20% kematian yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan merokok.

Cuba pula tengok peratusan sebab kematian akibat merokok di bawah:

50% perokok akan mati akibat penyakit berkaitan merokok

25% perokok akan mati akibat penyakit jantung

30% perokok akan mati akibat barah

25% perokok akan mati akibat stroke (angin ahmar)

90% perokok akan mati akibat parah paru-paru

85% perokok akan mati akibat COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease - Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik)

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan langkah untuk berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok. Kalau yang baru hendak berjinak2 dengan dunia merokok, baik lupakan sahaja. Anda tentu tidak mahu jadi seperti lelaki dalam video ini.

No comments: