Sunday, December 27, 2009

Avatar: Dari Sudut Kaca Mataku

Aku sebenarnya nak buat benda lain, tapi terbuat entri ni pula. Diulang sekali lagi; terbuat - bukan dibuat-buat atau membuat. Masuk ni, dah 3 kali berturut-turut aku bercerita tentang filem. Nampak sangat tak ada idea nak buat entri...huhuhu...

Semalam aku pergi menonton filem Avatar. Sudah seminggu lebih filem tersebut ditayangkan, tetapi panggung wayang tetap penuh. Aku yang sudah book tiket awal-awal pun cuma dapat tempat duduk di barisan ketiga dari hadapan. Terpaksa buat aksi ala-ala sedang tidur dengan santai - sandarkan kepala di atas penyandar kerusi supaya tidak jenuh mendongak memandang skrin sepanjang filem ditayangkan (hampir 3 jam tu...). 

Special effect sangat best. Memang tidak terlawan oleh filem-filem fantasi/sci fi yang lepas-lepas (yang belum lepas tak tahulah macam mana hebatnya pulak, kan?). Maklumlah banyak teknologi baru perfileman diperkenalkan di dalam Avatar. I was in awe. Seriously.

Dari segi cerita, boleh tahanlah. Pada aku, Avatar sangat tidak original kerana banyak lintasan fikiran berlaku di otakku sepanjang filem tersebut ditayangkan.  Sungguh tidak khusyuk aku menonton filem tersebut. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang terlintas di fikiran aku (not in particular order):

1. Kaum Na'vi mengingatkan aku kepada kaum Red Indian. Daripada gaya kepada kepercayaan, mungkin berpandukan kepada kaum Red Indian atau campuran kaum-kaum orang asli yang ada di serata ceruk dunia ni.

2. Muka kaum Na'vi aku rasa adalah gabungan muka manusia dan kucing terutama sekali di bahagian mata dan hidung. Geram betul tengok hidung mereka...rasa seperti hendak dipicit-picit. (Sekarang aku rasa macam harimau bintang pula...bukankah harimau bintang sangat pantas, licik dan pemanjat pokok yang hebat di kalangan keluarga kucing besar? Mungkin faktor ini yang diambil kira oleh James Cameron semasa dia 'mencipta' kaum Na'vi).

3. Avatar merupakan satu kritikan halus James Cameron terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat; George W. Bush. Agaknyalah. Kata-kata Colonel Quaritch untuk fight terror with terror..bukankah itu filosofi Bush?

4. Scene kaum Na'vi diserang tanpa mengira siapa dan tanpa mereka mampu melawan kerana tiada senjata yang setaraf dengan manusia. Dalam kepala aku - Amerika serang Iraq, Amerika serang Afghanistan, Israel serang Palestine. Frankly speaking, lintasan tersebut membuatkan aku rasa macam nak menangis. Mata dah berkaca-kaca tapi  tak sempat berair mungkin sebab aku berkaca mata...oleh yang demikian mata hanya sempat berkaca-kaca sahaja.

5. Scene segala macam binatang keluar membantu kaum Na'vi menyerang bala tentera manusia. Neytiri kata, Eywa dah dengar doa Jake Sully. Dalam kepala aku - teringat cerita-cerita yang aku dengar tentang bagaimana pejuang-pejuang Islam di medan peperangan yang dibantu oleh 'benda' lain semasa menentang musuh. Agaknya James Cameron/penulis skrip pun ada dengar lalu mereka menciplak cerita tersebut. Aku melopong.

6. Wei...bila filem ni nak habis ni? Show start pukul 3.45 petang. Habis pukul 6.30 petang. Letihnya...masa tengok LOTR tak adalah letih macam ni. Hmm...letih berfikir kot?

Sekianlah laporan lintasan-lintasan secara langsung yang aku dapat semasa menonton filem Avatar. Aku yang tengah moody, bertambah-tambahlah moody dibuatnya. 

Now back to work, Siti R!      

5 comments:

Kurma said...

alamak teruja plak aku..

DH said...

Nak tengok cuma belum ada masa lagi..
Aku ada juga pernah terbaca komen2 sinis dalam kartun inggeris bagaimana seekor alien menyatakan makhluk yang paling kejam di cakerawala adalah manusia..
:)

Siti R said...

kurma: teruja ya...pegilah tgk...x rugi

DH: mgkin betul apa yg dikomen tu..

Kurma said...

sebab aku dah teruja akibat komen review ko tu maka aku dah tengok.. siap ajak husband.. Husband aku pun cakap best.. sampai 2 3 hari lepas tu pun cakap best. Last aku tengok cerita sebest ini masa tengok LOTR..

Betul ko cakap.. perasaan bercampur baur.. aku siap nak menitik ayor mata hahaha emo betul..sebenarnya lebih kepada teringat nasib saudara2 di Palestin.. dan bagaimana susahnya orang kita nak bersatu.

Dan aku malu sendiri tengok cerita tu.. kerana aku patut lebih banyak berdoa...

Siti R said...

Wow! Hebat jugak review aku ni, ek (statement poyo x hengat..haha)