Monday, December 07, 2009

Kucing Kena Penjara....Apekah?

Sebagai seorang pecinta kucing aku merasa sungguh bengang dengan kebangangan pihak Israel durjana yang telah memenjara seekor kucing semata-mata kucing tersebut didapati telah banyak memberikan khidmat dan bantuan kepada penghuni-penghuni penjara "Nakab". Penghuni-penghuni penjara tersebut sudah tentunya adalah terdiri daripada orang-orang Palestin.

Dikatakan bahawa kucing tersebut membantu penghuni-penghuni penjara dengan mengerakkan objek-objek ringan seperti surat, roti dan sebagainya dari satu sel ke satu sel yang lain. Aku merasa sungguh kagum dengan kebolehan kucing tersebut. Ini adalah disebabkan kucing merupakan antara haiwan yang paling sukar untuk dilatih. Hairan juga bagaimana kucing tersebut mampu melakukannya...dan siapa pula yang melatihnya?

...tetapi bukankah Allah mampu melakukan apa sahaja? Mungkin ini merupakan bentuk bantuan yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang teraniaya...wallahualam...



Kucing ini juga terkejut setelah mendengar berita ini... 

Baca selanjutnya di sini.

5 comments:

Kurma said...

kudik yang terkejut tu siapa nama dia? terbeliak eh mato dio.. cungkil kang!!!

Kurma said...

ek ele kecohla Israel.. ngan kudik pun nak carik gado...

Siti R said...

Biasa ler tu...Israel bkn setakat dgn orang diorg nak gadoh..dgn binatang pun nak gadoh...dasar bengong x bole blah!

Gamba kudik dirembat drp kamera kakak aku...memndgkan xde copyright aku berani rembat..hahaha...kesimpulannya aku xtau apa nama kudik ni...blm sempat berkenalan..

fndrocka said...

kucing yg sgt istemewa.mesti israel tu takut dgn kucing tersebut

Siti R said...

a'ah...sbb tu kucing tu kena penjara..