Sunday, April 26, 2009

Brain Fart


Sungguh sadis tajuk entri aku ni ye. Pernah dengar ke perkataan brain fart ni? Apa dia brain fart? Pertama kali aku dengar perkataan brain fart ni beberapa tahun yang lepas...masa tu tengah layan Radio 4 (sekarang ni Traxx FM)...Macam kelakar pulak bila mendengarnya.

Aku cuba cari dalam laman web DBP apa terjemahan brain fart dalam bahasa melayu - dalam carian kamus tak ada, begitu juga dalam carian istilah. Jadi, terpaksalah aku terjemahkan sendiri mengikut sesuka hati aku (kids, don't try this at home). Brain fart ialah otak terkentut...atau kentutan otak (ada ke perkataan kentutan ni...suka2 hati aku je, eh?) Boleh terima? Boleh? Ok cantikkk...

Masakan otak kita boleh terkentut? Boleh...tapi bukan dengan cara mengeluarkan angin yang berbunyi seperti meriam buluh yang kemudian disertai dengan bau yang 'harum semerbak'...oh tidak sama sekali.

Dalam bahasa mudahnya brain fart ialah satu keadaan di mana kita melakukan kesilapan dalam menjalankan aktiviti2 atau kerja2 yang biasa kita lakukan. Contoh yang paling senang yang selalu terjadi pada aku ialah kadang2 aku belum lagi tekan butang enter aku dah pergi ke printer untuk collect printing. Itulah...banyak sangat printing. Hmmm...benda yang dibuat berulang2, ada masanya kita jadi terlupa atau hilang tumpuan yang membuatkan kita membuat kesilapan sebegitu.

Para penyelidik mengesyaki bahawa perkara ini terjadi disebabkan oleh otak kita cuba untuk memperlahankan keupayaan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan/aktiviti. Bila otak dah terlalu banyak bekerja, maka kesilapan akan berlaku. Adakah itu tanda otak kita penat? Tak ada lagi penemuan yang boleh membuktikan lagi kenyataan tersebut.

Brain fart biasanya berlaku dengan pantas dan berakhir juga dengan pantas. Ia bukanlah suatu penyakit atau gangguan kesihatan tetapi suatu keadaan yang biasa dialami oleh setiap daripada kita. Jadi kalau satu hari anda terlambat datang ke pejabat...daripada anda gunakan alasan yang dah basi seperti jalan jam...apa kata anda beritahu bos anda bahawa anda baru saja mengalami brain fart kerana anda tersalah parking kereta di pejabat orang lain...errr...Siti R dah bagi ajaran sesat pulak...oh tidakkkk....

4 comments:

LaDy NaS said...

miahahahahah! ada2 aje..aku selalu gak brain fart neh! mesej kat pakwe tapi terhantar kat ayah..ops! i did it again!

Siti R said...

hahaha..malunyer...lps nih blh la bg alasan kat ayah awk...sy terkena brain fart ayah...muahahaha..

ShaFril said...

wah tiap kali sya wat salah sbb brain fart laye..cmnila ble la wat alasan kata otak terkentut haha

Siti R said...

amboi...amboi...dan dan...jgn wat selalu nnti org x caye...hehe...