Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku

Hari ni aku berkunjung ke Pesta Buku yang telah aku war-warkan sebelum ni. Letih betul rasa...tapi tak kisahlah sebab dapat jumpa kawan aku, Eny Ryhanna yang dah lama aku tak jumpa. Rasanya kali terakhir aku jumpa dia adalah lebih kurang setahun yang lepas...juga di Pesta Buku tersebut.

Seronok betul tengok dia menandatangan autograph untuk pembeli novel dia. Semoga dia akan terus berjaya dalam bidang penulisan dan seterusnya menghasilkan karya-karya yang mendapat sambutan ramai hendaknya...amin...

Seperti biasa ramai betul orang yang berkunjung ke pesta buku ni. Kat mana-mana booth memang jam...bukan jam kereta, tapi jam manusia. Rimas jugak rasa...tapi dalam pada masa yang sama aku rasa bangga jugak. Sekurang-kurangnya perkara ni menidakkan satu kajian yang mengatakan bahawa orang Malaysia cuma membaca 2 atau 3 buah buku sahaja setahun. Aku dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa kajian tersebut tidak dijalankan dengan cara yang betul...kiranya para peserta yang menjadi bahan kajian adalah sangat meragukan...hmmm...

Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca? Aku ni salah seorang daripada rakyat Malaysia yang suka membaca...errr...walaupun kebanyakan masa aku tak ingat apa yang aku baca..haha...Membaca ni seronok sebenarnya...lebih2 lagi kalau kita dapat membaca satu bahan bacaan yang bermutu. Membaca ni salah satu cara untuk aku melepaskan stress...cara untuk aku berangan...haha...sebab nya, kalau aku baca novel aku suka imagine setiap babak yang aku baca...Oleh itu novel yang aku paling suka ialah yang bercorak thriller...baru ada thrill...penulis novel yang paling aku suka sudah tentunya mendiang Michael Chrichton...

Selain novel, aku suka baca buku non-fiction. Kalau non-fiction ni aku suka sangat buku2 tulisan Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni. Cara penulisan dia tegas...membuatkan aku rasa bersemangat...Itu baru baca terjemahan buku dia. Kalau baca karya asal dia entah macam mana agaknya ye? Nampak gayanya aku kena belajar bahasa arab...boleh juga baca Quran tanpa rujuk terjemahan, kan...Entah bila agaknya aku nak belajar ni...isk..isk...

Lagi seorang penulis yang aku suka baca buku2nya ialah Michael Collins Piper...Michael lagi...hehe...Dia ni boleh dikira sebagai musuh ketat Israel...tu yang aku suka tu. Antara buku2 dia yang aku dah baca ialah The High Priests of War, The New Jerusalem dan Final Judgment. Tadi aku baru beli bukunya yang terbaru - The Golem (bukan Gollum dalam cerita LOTR tu ye). Oleh itu aku ingin mengucapkan selamat membaca untuk diri aku...

Kepada yang lain2...selamat membaca juga diucapkan...

2 comments:

ShaFril said...

bc komik n novel pn kira bc gk kn?hehe

Siti R said...

komik n novel ok pe..membaca gak tu...