Wednesday, August 19, 2009

Jangan Aku Dipandang Hina...Walau Tak Sehebat Doktor Tapi Mungkin Setaraf Nurse

Officemate aku, Ita ada seorang housemate yang bekerja sebagai nurse. Citer nya malam tadi housemate dia ni cuba nak menyuntik ubat kat tangan dia sendiri sebab dia ni ada allergi. Ubat pil dah abis, jadi dia terpaksa guna ubat suntikan.

Walaupun dia tu nurse, tapi dia tak berjaya nak menyuntik ubat tu...bukan tak berjaya jumpa urat
(salur darah ler), tapi dia tak berjaya nak suntik ubat tu masuk ke dalam urat. Akibatnya kulit dia mengelembung mungkin kerana ubat bertakung di bawah kulit. Dua tiga kali suntik tak masuk jugak. Agaknya susah kalau nak suntik diri sendiri...lain la kalau orang lain yang suntikkan. Malangnya dalam rumah tu, takde yang bekerja dalam bidang perubatan melainkan dia.

Hmmm...apa kesnya nurse tak berjaya suntik diri sendiri? Tiba2 Ita kata kat aku, kalau housemate dia tu mintak tolong Mat Pit suntikkan mesti diorang nak tolong nyer. Tak pun diorang akan join sekali...

..kemudian seperti tersedar daripada mimpi kami terfikir...penagih dadah yang guna suntikan ni mesti pandai. Kami pun terfikir2 biasanya kat mana diorang ni suntik dadah tu? Yang boleh kami simpulkan daripada maklumat yang biasa dilihat di TV atau dibaca kat majalah ke suratkabar ke; tempat suntikan biasanya di kawasan tangan antara pergelangan tangan hingga ke siku, kan?

Gambar hiasan semata-mata...sebab takde ilustrasi salur darah la...

Pandai sungguh mereka menyuntik dadah masuk ke dalam salur darah mereka, kan? Dan macamana la Mat Pit ni boleh menganggar sedalam mana (cintamu...hehehe...merepek pulak) nak cucuk jarum tu supaya dadah boleh masuk betul2 ke dalam salur darah? Kalau tak betul boleh jadi macam housemate Ita tu ler...kulit jadi mengelembung. Tak boleh la nak lalok, kan?

Tiba2 kami merasa 'kagum' dengan 'kepandaian' Mat Pit ni. Isk, isk, isk...alangkah bagusnya kalau kepandaian tu digunakan untuk tujuan yang lebih mulia. Ni otak dan akal ada, tapi end up jadi sampah masyarakat. What a waste. Semoga ramailah daripada mereka ni dapat diselamatkan daripada terus hanyut...amin.

Note: Kids don't try this at home or anywhere in the world!

3 comments:

Siti R said...

Tq Bujang Susah....blog awk pon bagus jugak =)

selamat berpuasa...semoga amalan kita diterima Allah...

Kurma said...

Betullah.. sekarang ni pun memang kita perlukan juga jururawat lelaki.

Siti R said...

betul, betul, betul =)