Monday, August 31, 2009

Vanakkam

Ini kisah cinta antara dua darjat. Si Jejaka berasal daripada keluarga yang miskin. Manakala si Gadis berasal daripada keluarga berada. Si Jejaka jatuh cinta pandang pertama pada si Gadis. Atas dasar cinta dia berusaha untuk memenangi hati si Gadis. Dan usahanya itu tidak sia-sia apabila si Gadis akhirnya menerima cinta si Jejaka walaupun ditentang hebat oleh keluarga (abang) si Gadis.

Eleh, macam dah basi jer jalan cerita macam ni, kan? Dah biasa sangat orang buat filem (ye ke...hehe). Tapi kalau cerita tu digarap dan diolah oleh pengkarya2 di Kollywood...it would be a different story.

Yup, I'm talking about Tamil movies. Cerita di atas adalah daripada filem Tamil yang aku tengok 2 hari yang lepas di saluran 202. Jangan tanya aku apa tajuknya sebab aku tak boleh ingat langsung...lainlah kalau aku boleh berbahasa Tamil, kan? Sayang seribu kali sayang aku tak dapat tengok sampai habis. Filem start pukul 6 (tapi aku tengok dari pukul 6.30)...dah dekat nak berbuka. Lepas tu habis lebih kurang dalam pukul 9. Memang tak boleh tengok habis...huhu...

Aku bukanlah peminat tegar filem2 Tamil. Tapi kebanyakannya aku boleh layan. Macamana aku boleh terjebak menonton filem2 Tamil? Walaupun korang tak berminat nak tau, aku tetap nak beritau jugak...harap bersabar ye...hehe...

Masa sekolah menengah dulu aku berkawan baik dengan classmate aku; sorang budak India. Memang dia salah sorang daripada best friend aku (tapi sekarang dah lost contact...dimanakah dikau wahai Usah Rani...huhu...). Dialah yang menggesa aku untuk cuba2 menonton filem Tamil ni. Dia kata filem Tamil lebih baik daripada filem Hindi. Dia kata macam tu pun sebab aku selalu cerita kat dia yang mak minat sangat tengok filem Hindi...kalau dia tengah tengok jangan ada sapa2 kacau (anak2 dia la...) atau cuba nak tukar siaran TV. Kalau tak, memang cari nahas.

Mula2 rasa macam tak yakin jer dengan kata2 Usah. Maklumlah, filem Hindi aku tak suka, inikan pulak nak tengok filem Tamil yang pada pendapat aku masa tu mesti lebih tak best daripada filem Hindi. Tapi Usah tetap tidak berputus asa menyakinkan aku. Akhirnya disebabkan rasa ingin tahu yang meluap2 hasil 'hasutan' Usah, aku pun cuba menonton sebuah filem Tamil yang ditayangkan di TV2. Usah yang suruh tengok sebab katanya filem tu filem box office.

...and I was blown away...dan pandangan aku terhadap filem Tamil berubah sama sekali. Filem Tamil memang lebih hebat daripada filem Hindi atau filem Melayu.

Apa yang best sangat dengan filem Tamil ni? Meh aku bagitau sebab musababnya mengikut pandangan peribadi aku...cheh...

Sebab pertama yang aku paling suka tentang filem Tamil ialah ia sangat dekat dengan kisah masyarakat. Eleh, filem Melayu pun banyak macam tu. Aku dah agak dah korang mesti kata macam tu...hehe...Memang betul. Tapi yang membezakannya ialah cara dialog diolah dalam skrip filem Tamil tu sendiri. Memang aku tak faham bahasa Tamil. Tapi daripada sarikata kita boleh tau yang dialog2 bagi watak2 terutama sekali watak utama (hero ler) sangat berfalsafah. Maksud aku, mereka ada pandangan yang menarik tentang kehidupan. Banyak juga diguna metafora dalam dialog2 mereka. Aku rasa cara mereka mengolah dialog sangat bijak dan menarik. Kadang-kadang buat aku terfikir bahawa apa yang mereka katakan sangat betul dan memberi aku satu pandangan yang baru tentang apa saja yang berkaitan dengan hidup kita selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Tengok, aku pun dah berfalsafah...hehehe...

Sebab kedua yang aku rasa ramai orang tau. Kebanyakan filem Tamil ada menyelitkan unsur2 komedi. Komedi mereka kalau ada sesiapa yang perasan tak banyak berbentuk slapstik, tapi sekali lagi mereka menggunakan kekuatan dialog; dialog yang "witty."

Sebab ketiga. Jalan cerita yang berbelit2 tapi diceritakan dengan cara yang tidak merimaskan dan tidak mengelirukan (pada pandangan aku). Setiap filem mesti ada twist dalam plot dia. Kadang2 susah nak ramal apa kesudahan cerita...kadang2 sangat kreatif (ada jugak yang tak masuk akal) yang membuatkan aku terfikir kenapa la aku tak terfikir benda yang sama sebelum ni?

Itulah 3 sebab utama yang aku rasa membuatkan sesuatu filem Tamil tu sangat menarik untuk ditonton. Aku tak tau macamana penulis skrip/penulis lakon layar mereka mendapat idea untuk menulis sesuatu cerita yang sangat simple tapi menarik. Aku rasa kalau ada sesiapa yang berhasrat nak jadi penulis skrip/penulis lakon layar kena banyak tengok filem Tamil...belajar macamana mereka mengembang dan twist cerita dengan cukup berkesan sekali. Kemudian sesuaikan dengan cara hidup masyarakat kita. Sebabnya? Sebab skrip filem Tamil antara yang diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Bukan aku cakap, tapi Radhi Khalid yang cakap. Tak salah aku Rosyam Nor dulu pun ada cakap filem Tamil adalah antara yang terbaik. Aku setuju dengan kedua2 mereka.

Kes ditutup.

5 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

Siti, Filem Tamil ade tari-menari x mcm cite Hindustan? Part tue lah yg paling bosan sekali..hehe =)

Siti R said...

Ada, Putra. Nak wat camne. Tu dah jadi trademark diorang dah...Sy pon boring gak bila masuk babak ni...tp kadang2 kalau layan best gak...hehe...

AttOkz Dikulgai said...

Industri Filem Kolywood (untuk filem tamil) adalah antara industri filem paling prolifik dalam dunia.

Agak suka dengan cerita tamil yang banyak menggambarkan masyarakat dan cara hidup sebenar mereka di India khususnya bahagian utara India yang masih jauh ketinggalan berbanding selatan.

Tidak seperti filem hindi yang terlalu mengikut aliran hedonistik dan kapitalisme sehingga membumbu kehidupan orang kaya-kaya secara berlebihan (formula sama yang digunakan oleh DYH di Malaysia).

Pun begitu, agak kurang berminat dengan aturan lagu-lagu yang menjadi elemen filem sehingga boleh membuai ninabobok yang panjang..seperti sengaja menarik-narik dan menyeret cerita menjadi lebih lama.

* Minat dengan Sivaji, Vijhanti Mala - itu felem-felem lama la. Kalau yang baru Vijay dan pastinya hero Padaiyappa...Rajinikhand!

Siti R said...

Owh..minat filem Tamil jugak ke...saya setuju dgn pendapat awak...hidup AttOkz!! :P

Errr...DYH tu apa dia?

AttOkz Dikulgai said...

Saya berpeluang tengok filem hanya pada hujung minggu yang tidak ada event project atau outstation shj.
Terus terang, saya adalah penyokong tegar DVD Cetak Rompak! hahahaha!
Selain tamil, hindi dan japan..saya juga peminat filem france.

Awak, DYH tu Datuk Yusuf Haslam.. ala, penerbit yang byk buat cerita panjang yang melankolik tu. heh~